Saturday, January 2, 2010

CARA PEMERGIAN HAJI

Bakal haji 1431H yang akan menerima tawaran Terpilih atau Menunggu dari TH boleh membuat pilihan cara pemergian samada Muassasah, Pakej THTS atau Pakej Swasta mengikut kehendak dan kesesuaian masing-masing.
Muassasah adalah pengendali bakal haji biasa. Mereka yang mengikuti Muassasah akan disediakan perumahan, pengangkutan, urusan Arafah/Mina, makan dan lain-lain mengikut keselesaan secara umum. Sebagai contoh, bakal haji tidak boleh membuat pilihan penginapan yang berhampiran dengan masjid, muatan bilik, tingkat dan lain. Petugas Maktab terdiri dari anggota TH.
Pakej THTS adalah dikendalikan oleh Anak Syatikat TH dan bakal haji boleh membuat pilihan pakej yang disediakan. Seperti contoh, memilih bangunan penginapan, berapa orang sebilik dan lain. Petugas yang disedia ramai mengikut imbangan bakal haji dengan jumlah kecil.
Pakej Swasta adalah dikendalikan oleh ajensi pelancongan yang diluluskan oleh TH. Kelulusan bergantung keupayaan dan pengalaman ajensi tersebut.Perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza. Pakej ini akan dibuat pemantauan oleh TH semasa di Tanah Suci. Bagi musim 1431H pakej ini belum diluluskan oleh TH untuk membawa jemaah Haji. Kelulusan ini akan dimaklumkan kemudian.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes