Assalamualaikum.............
Bakal haji 1431H dan kaum muslimin dan muslimat saya berdoa agar kita dirahmati dan diberkati kehidupan kita.
Bakal haji 1431H mari kita sama-sama melihat haji dari sudut pengorbanan. Pengorbanan bakal haji telah bagitu lama dilakukan dari mula-mula bertekan untuk melaksanakan haji.Mari sama-sama lihat pengorbanan seperti berikut:
Wang ringgit.
Bagi melaksanakan haji, bukanlah sedikit perbelanjaan yang perlu disediakan. Ada yang mengambil masa yang lama untuk mencukupkan perbelanjaan. Ada yang melakukan kerja-kerja tambahan. Ada yang meninggalkan kehidupan yang selesa bagi memperuntukan untuk haji.Kesimpulannya pengorbanan terhadap keperluan diri ditinggalkan bagi mencapai maksud haji.
Masa.
Bakal haji dikenendaki mengorbankan masa bagi tujuan persiapan haji dengan TH iaitu kerap datang ke pejabat bagi urusan menjawab tawaran, mengambil gambar,menghantar pasport,mengambil barang-barang haji, urusan pemeriksaan kesihatan,membuat pertanyaan dan bebagai lagi. Masa ujung minggu dikorbankan untuk menghadiri Kursus Haji Bersiri, hari yang ditentukan untuk Kursus Haji Intensif dan Kursus Haji Perdana. Ada yang membuat kursus tambahan lagi.Masa menunaikan haji juga lama lebih kurang 40 hari.
Keluarga,saudara mara dan kawan.
Bakal haji akan menghadapi tekanan kerana keperluan keluarga, saudaramara dan kawan-kawan tidak dapat dipenuhi keseluruhannya. Majlis kenduri kendara, menziarahi saudaramara dan kawan-kawan ada kemungkinan tidak dapat dilakukan. bagitu juga mereka hendak menziarahi kita kerana kesibukan persipan haji. Semasa melaksanakan haji kita tinggalkan mereka.
Peniagaan dan Pekerjaan
Sedikit sebanyak ada waktunya kita dikehendaki meninggalkan perniagaan dan pekerjaan kita bagi urusan persiapan di tanah air dan waktu yang lama semasa melaksanakan haji.Beberapa masalah perniagaan dan pekerjaan tidak dapat kita sendiri menyelesaikannya.
Banyak lagi pengorbanan yang akan dilakukan. Bagi bakal haji sama-sama kita berdoa agar Allah s.w.t memberi kita kekuatan bagi menempuh pengorbanan ini.