Wednesday, December 9, 2009

RAYUAN MENUNAI IBADAT HAJI LEBIH AWAL

Assalamualaikum

Dimaklumkan kepada mereka yang telah membuat pendaftaran haji dengan Tabung Haji yang bercadang untuk menunaikan ibadat haji lebih awal dari giliran yang ditetapkan bolehlah membuat permohonan rayuan pada tahun berkenaan. Pihak Tabung Haji akan mempertimbangkan jika ada kekosongan pada tahun berkenaan. Bagi mereka yang membuat permohonan rayuan adalah lebih baik mengambil tindakan berikut:
1. Menghadiri Kursus Haji Bersiri
2. Mencukupkan Wang Perbelanjaan Haji
3. Mendapatkan pengesahan doktor bahawa keadaan kesihatan stabil untuk melakukan ibadat haji.

Rayuan ini bukan jaminan terpilih untuk menunaikan ibadat haji tetapi adalah usaha yang dilakukan dan Insya Allah jika telah disuratkan Allah kita menjadi tetamunya maka kita akan mendapat peluang seperti yang dihajati.

2 comments:

kak ngah said...

sya berumur 33thn, setelah mndafter haji saya mendapat giliran pd 2042 ketika umur saya 63thn mcm tak rasional rasanya. bagaimana saya hendak membuat rayuan untuk pergi ketika umur saya sebelum 40thn?

Haji Mazlan said...

Assalamualaikum

Kak Ngan

Sila buat persiapan mendalami Ilmu Ibadat Haji dan Fardu Ain 3 tahun sebelum tahun dirancang untuk menunaikan Haji. Pada tahun berkenaan (ketika umur 40 th) cukupkan Bayaran Haji dalan Akaun TH dan hantar surat rayuan ke Pejabat TH berhampiran.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes