Bakal haji 1431H akan menerima surat tawaran untuk menunaikan haji pada tahun tersebut. Tawaran ini terbahagi kepada dua status iaitu Terpilih dan Menunggu. Terpilih adalah bakal haji yang termasuk kuota 26,000 dan menunggu adalah bakal haji tidak termasuk kuota. Bakal haji menunggu adalah bagi tujuan mengambil tempat bakal haji terpilih yang menolak tawaran.
Bakal haji yang menerima surat tawaran samada terpilih atau menunggu perlu menjawab tawaran tersebut walaupun mereka menolak tawaran. Jika mereka yang ditawarkan tidak menjawab, TH tidak membuat tawaran pada tahun berikutnya. Bakal haji hendaklah mengambil perahatian dan tindakan sewajarnya.
1 comments:
Salam Haji
Kebiasaannya bila akan surat tersebut akan dikeluarkan. selalunya berapa bulan sebulan haji.
TK
Post a Comment