Assalamualaikum
Bakal Haji 1431H hendaklah melakukan pemeriksaan kesihatan berkala mulai sekarang bagi menentukan tahap kesihatan diri. Bakal Haji warga emas dan yang mengidapi penyakit seperti darah tinggi, lemah jantong, kencing manis hendaklah mendapatkan nasihat doktor supaya kedudukan kesihatan stabil untuk tujuan menunaikan haji.
TH akan mengaturkan pemeriksaan kesihatan bagi mengesahkan tahap kesihatan bakal haji pada suatu masa yang akan ditentukan. Bakal haji akan dijemput melalui surat bagi tujuan ini.
Semasa hadir membuat pemeriksaan bakal haji perlu membawa bersama perkara berikut:
- Buku Rekod Kesihatan yang boleh di dapati di TH
- Rekod kesihatan dari pada klinik yang bakal haji selalu membuat pemeriksaan kesihatan.
- Kad Kumpulan Darah.
- Senarai nama ubat yang biasa dimakan
0 comments:
Post a Comment