Thursday, May 30, 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI DENGAN KLINIK SWASTA

THWP telah menjalani Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji di kawasan Wilayah Persekutuan, Ampang dan Batu Caves.

Bakal haji yang tiada kesempatan untuk menjalani Pemeriksaan Kesihatan dengan Jabatan Kesihatan yang di aturkan oleh THWP boleh mendapatkan perkhidmatan di Klinik Swasta yang dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan.

Klinik Swasta akan diberi No Daftar kepada Pegawai Perubatan Swasta untuk memeriksa Bakal Haji.
Bakal haji boleh mendapatkan perkhidmatan Pemeriksaan Kesihatan dengan membawa Buku Rekod Rawatan yang boleh diperolehi di TH secara Percuma.

Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta akan dikenakan bayaran dan ditanggung sendiri oleh bakal haji.

Bakal Haji boleh mendapatkan senarai Klinik Swasta yang dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan dengan memohon melalui email : phptdwil@lth.gov.my

GELANG PENGENALAN HAJI (GPH)


Bakal Haji 1434 telah menerima GPH yang di hantar oleh pembekal yang dilantik oleh TH melalui Pos Laju. Penghantaran ini tidak dapat diserahkan kepada bakal haji jika pada alamat yang dihantar tiada orang yang hendak menerima Pos Laju. Pos Malaysia akan meletakan kad pemberatahuan di peti surat menyatakan di mana GPH boleh dituntut.

Bakal Haji yang masih belum menerima GPH akan menerimanya berperingkat-peringkat. Jika bakal haji masih belum menerima GPH sehingga hari melapor diri di tempat berlepas maka hendaklah memaklumkan semasa melapor diri.

Jika GPH didak diterima, jangan menuntut di pejabat TH kerana GPH akan dihantar terus kepada Bakal Haji.

Wednesday, April 24, 2013

KURSUS INTENSIF HAJI 1434



TH telah berusaha membantu Bakal Haji (BH) dalam persiapan berkaitan Ilmu Ibadat Haji, menyampaikan maklumat Pengurusan Haji dan Maklumat berkaitan Kesihatan dengan Mengadakan Kursus seperti berikut:
Kursus Intensif Haji (KIH)  adalah lanjutan maklumat yang diperolehi semasa  Kursus Asas Haji selama 17 Siri. Setiap BH yang terpilih akan dipanggil untuk menghadiri KIH selama 2 hari. Hari Pertama berkaitan Ceramah dan Sumalasi Haji dan Hari kedua Ceramah berkaitan Masalah Wanita dalam Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji.
Pada hari Pertama Peserta KIH dikehendaki membawa Kain Ihram bagi lelaki dan Kain Telekong bagi wanita dan 21 biji anak batu bagi tujuan simulasi melontar.
Pada hari kedua  Peserta Lelaki hendaklah mengambil kesempatan mendapat maklumat berkaitan Masalah Wanita dalam Ibadat Haji kerana boleh memberi sokongan kepada pasangan masing-masing.
KIH peringkat Wilayah Persekutuan akan bermula 13 Mei 2013 pada hari Isnin hingga Khamis. Hari Pertama bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Hari Kedua bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Semasa Kursus,minum dan makan tengahari disediakan oleh TH.
KIH akan diadakan di Dewan Syarahan Masjid Negara. Peserta tidak dibenarkan memakai kasut atau selipar dalam Dewan. Oleh itu Peserta KIH digalakan memakai selipar semasa menghadiri KIH. Elakkan membawa barang-barang berharga semasa menghadiri KIH.
Surat panggilan akan di pos pada 26 April 2013. BH yang menerima surat panggilan KIH hendaklah menjawab dengan menghantar Slip yang dilampirkan pada surat. Jika BH tidak menjawab THWP akan memgantikan dengan  BH lain.
Untuk memudahkan untuk menjawab BH boleh memaklumkan dengan email : phptdwil@lir.gov.my dengan menyatakan Nama, No IC dan Tarikh Kursus.

Thursday, April 11, 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1434


Bakal Haji (BH) 1434 di Wajibkan membuat Pemeriksaan Kesihatan yang di aturkan oleh TH dengan kerjasama Jabatan Kesihatan.

Pemeriksaan  ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap BH berada dalam tahap kesihatan yang optima, supaya BH dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna tanpa menghadapi sebarang komplikasi kesihatan yang boleh menghalang bh melakukan semua rukun dan wajib haji.
Ibadat haji memerlukan tahap kesihatan fizikal dan mental yang mantap.

BH akan dipanggil melalui surat untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan. Jika BH tidak dapat datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan, BH boleh memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai dengan BH. Pemeriksaan ini di beri Percuma.
BH yang lulus pemeriksaan kesihatan akan diberi suntikan Vaksin meningococcal quardrivalent (ACYW 135). Suntikan ini diberi Percuma.

BH hendaklah mendapatkan Buku Rekod Rawatan (BRR) dan melengkapkan di kulit hadapan sehingga muka 10. Pastikan muka 1 dilekat gambar ukuran gambar kad pengenalan.
THWP akam mula membuat pemeriksaan kesihatan pada 20 Mei 2013 setiap hari Isnin hingga Kamis. Setiap hari 100 BH akan di buat pemeriksaan.

Tempat Pemeriksaan ialah di Tingkat 39, TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, KL.
BH juga boleh membuat Pemeriksaan Kesihatan dengan klinik Swasta yang mendapat kelulusan Jabatan Kesihatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan BH. Pegawai Perubatan yang dibenarkan membuat pemeriksaan ini telah mendapat No Daftar dengan Jabatan Kesihatan. Pemeriksaan Kesihatan ini kos nya ditanggong oleh BH sendiri.

Tuesday, February 26, 2013

KURSUS ASAS HAJI 1434 MINGGU KE 2



Pada 23 dan 24 Feb adalah minggu ke 2 bagi Kursus Asas Haji Wilayah Persekutuan yang menyentuh Tajuk : SEJARAH TANAH SUCI MEKAH DAN KELEBIHAN NYA

Peserta kursus boleh mendapat maklumat tentang pelbagai kelebihan di antaranya ialah :

  • Tempat yang bersejarah yang dilalui oleh Nabi Adam dan Hawa
  • Kisah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail dan Siti Hajar
  • Tempat Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w dan perjalan hidup baginda sehingga di lantik oleh Allah menjadi Nabi dan Rasul apabila Baginda berusia 40 tahun. Cabarah, Cacian, penghinaan , pemulauan dan gangguan yang dihadapi oleh Nabi Muhammad s.a.w selama 13 tahun sebelum Berhijrah ke Madinah.
Bakal Haji boleh mendalami kisah-kisah yang disebut di atas dengan banyak membaca buku-buku berkaitan yang boleh didapati di Pasaran.Insya Allah apabila bakal haji telah sampai di Tanah Suci Mekah, dapat dirasakan perjuangan Nabi nabi tersebut. Buka tertarik dengan Pembangunan Bandar Mekah yang mempunyai Bangunan Pencakar Langit, Jam Besar dan pelbagai pembangunan fizikal.

Tuesday, February 19, 2013

PENAPIS HIDUNG UNTUK KESELESAAN JEMAAH HAJI DAN UMRAH



Bagi keselesaan Bakal Haji di Mekkah, Arafah, Muzdalifah, Mina dan Madinah daripada Habuk bolehlah menggunakan penapis hidung.

Bagi Bakal Haji Wanita yang dalam Ihram boleh menggantikan pengunaan MASK dengan penapis hidung yang sangat mudah dipakai.

Memakai MASK semasa dalam Ihram adalah dilarang.



Untuk mendapat keterangan lanjut sila email : mazlan59@gmail.com

KURSUS ASAS HAJI 1434 MINGGU PERTAMA


Kursus Asas Haji (KAH)1434 Wilayah Persekutuan telah bermula pada 16 dan 17 Februari 2013. THWP telah menganjurkan KAH di 18 buah masjid. 8 buah masjid yang menjalani KAH pada Hari Sabtu dan 10 buah masjid menjalani KAH pad hari Ahad.
Minggu Pertama semua masjid telah melalui Tajuk “ Pengenalan Ringkas Ibadat Haji dan Umrah – Falsafah dan Penyucian Jiwa

Bakal Haji hendaklah mempersiapkan diri dengan Adab menuntut Ilmu
Di antara adab adalah seperti berikut:
  • Hendaklah berniat Ikhlas dalam menuntut Ilmu
  • Bersiap sedia lebih awal dalam dewan/tempat kuliah
  • Membuat catatan semasa menjalani kursus
  • Elakkan dari mencari salah apa yang disampaikan oleh Penceramah.
  • Penyampaian yang tidak jelas, hendaklah membuat pertanyaan.
Perserta KAH hendaklah mengenali antara perserta kursus  lain kerana KAH akan berlangsung sebanyak 17 siri (minggu). Dengan cara ini dapat melatih diri untuk menghubungi Silaturhim dengan saudara se Islam yang belum kita kenali. Pengalaman ini sangat penting untuk kita amalkan semasa di Tanah Suci.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes