Monday, February 18, 2013

Youtube Ceramah Pengurusan Haji Kursus Asas Haji 3 April 2011 - V1

Ceramah Pengurusan Haji yang di sampaikan semasa Kursus Asas Haji pada tahun 2011 di Masjid As Sobirin Lembah Keramat, KL (Youtube Vol 1 )

Youtube Ceramah Pengurusan Haji - Kursus Asas Haji 3 April 2011 - V2

Ceramah Pengurusan Haji semasa Kursus Asas Haji tahun 2011 di Masjid As Sobirin Lembah Keramat , KL (youtube Vol 2 )

Thursday, February 14, 2013

BAYARAN HAJI 1434 TELAH DITOLAK DARI AKAUN TH

Bakal Haji yang telah menerima Tawaran Haji 1434 telah di tolak Bayaran Haji dari Akaun TH bakal Haji.

Bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji telah di tolak RM9,880.00.
Bakal Haji boleh Kemaskini Buku Akaun TH masing-masing dan mendapati RM5,575 di Kredit (dimasukan tanggungan TH ) dahulu kemudian ditolah RM15,555.00. Oleh itu penolakan hanyalah RM9,980. (RM15,555.00 - RM5,575.00 )

Ada bakal haji keliru, Kenapa akaun TH mereka di tolak RM15,555.00 pada hal mereka baru pertama kali menunaikan Haji.
RM15,555.00 adalah Bayaran Haji yang sebenar perlu ditanggung ole bakal Haji.

Sebelum TH menolak Bayaran Haji TH kredit dulu RM5,575.00 supaya baki terendah simpanan tidak terjejas dan layak untuk di kira Bonus baki terendah bulanan.

Diharapkan bakal haji tidak keliru lagi.

Friday, February 8, 2013

UJIAN KEEMPAT BAKAL HAJI 1434

Bakal Haji datang ke Kaunter Haji untuk berurusan. Bakal Haji tersebut telah membuat Pendaftaran pada tahun 2004 tapi TH tidak mengeluarkan surat tawaran pada tahun ini. Bakal Haji tersebut sangat marah dan mengatakan TH tidak Adil. Kenapa mereka yang baru Daftar Haji telah ditawarkan Haji.

Pelbagai penerangan yang di berikan oleh anggota TH beliau tidak juga berpuas hati.

Adakah dengan kita marah-marah, kita akan jadi bakal haji Terpilih pada tahun ini?. Ini sangat Mustahil.

Apa yang perlu dilakukan ialah membuat Surat Rayuan, menghadir Kursus, pastikan Wang Bayaran Haji telah ada dalam Akaun TH kita sebanyak RM10,000.00 dan seterusnya berdoa kepada Allah setiap malam.
Tindakan di atas, semua nya dikira Ibadah jika dilakukan dengan Ikhlas, Bersangka Baik kepada semua pihak.

Siasatan yang dibuat mendapati bakal haji tersebut tidak menerima Surat Tawaran pada masa dulu kerana telah bertukar alamat.Maka dalam sistem TH merekodkan bakal haji tidak menjawab Tawaran dan TH tidak mengeluarkan surat Tawaran pada tahun berikutnya kerana tidak menjawab.
Oleh itu semua Bakal Haji yang telah mendaftar hendaklah setiap tahun membuat semakan, memastikan bahawa maklumat bakal haji dalam sistem TH adalah yang terkini. Maklumat tersebut ialah alamat, no telefon, alamat email juga sangat penting dalam era IT.

Thursday, February 7, 2013

TAWARAN HAJI LANJUT USIA 1434

TH telah mengeluarkan surat Tawaran Haji 1434 kepada bakal haji Lanjut Usia yang telah mendaftar Haji.
Mereka yang ditawarkan sekarang adalah berumur 80 tahun ke atas.

Mereka yang lanjut Usia ini hendaklah di iringi oleh waris yang sama jantina. Syarat sama jantina adalah kerana semasa berada di Mekah, Madinah, Kemah Arafah dan kemah Mina ianya akan diasing penginapan mengikut jantina. Dengan syarat ini pengiring mudah untuk membantu bakal haji lanjut usia.

Pengiring ini hendaklah bertanggungjawap menjaga keselamatan, membantu dalam urusan harian di Tanah Suci dan membantu dalam urusan Ibadat terutamanya semasa di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Tuesday, February 5, 2013

KURSUS ASAS HAJI 1434 BERMULA

THWP telah membuat ketetapan untuk memilih 18 buah Masjid untuk menjalani Kursus Asas Haji pada tahun 1434 yang akan bermula pada 16 atau 17 Februari 2013. Pada tahun ini TH telah menetapkan bahawa pihak Masjid tidak mengenakan Bayaran Pendaftaran. Peserta Kursus hanya akan dikenakan Bayaran Nota Kursus beserta beg dengan Kadar RM30.00. Bayaran makan semasa kursus 17 siri dengan kadar RM30.00 ( satu siri RM1.76 saja ) dan Utiliti RM10.00.


Di Wilayah Persekutuan banyak Masjid yang menjalankan Kursus Asas Haji. Ada yang dianjurkan oleh Syarikat yang dibenarkan menguruskan Jemaah Haji. Ada orang perseorangan yang menjalani Kursus Asas Haji di Masjid. Ada Masjid sendiri menjalankan Kursus Asas Haji. Oleh itu bakal Haji 1434 hendaklah mengikuti Kursus Asas Haji yang diAnjurkan bersama TH dengan Masjid kerana TH akan memberi maklumat terkini berkaitan Pengurusan Haji, Kesihatan dan Ibadat Haji.

Masjid yang menjalani Kursus Asas Haji adalah di kawasan Selayang, Gombak, Keramat, Bangsar, Ulu Kelang, Wangsa Maju, Cheras, Sg Besi dan Taman Maluri.

Jika ingin mendapat maklumat yang lengkap sila email ke phptdwil@lth.gov.my dengan disertakan nama dan no IC sebagai rujukan.

SELAMAT MENJALANI KURSUS ASAS HAJI 1434

SAMBUTAN BAKAL HAJI 1434 ATAS TAWARAN TH

THWP telah menerima mengeluarkan surat Tawaran peringkat kedua dan tarikh tutup untu menjawab pada 17 Febuart 2013. Mereka yang ditawarkan pada tahun ini adalah mereka yang berdaftar bermula tahun 1994 sehingga Disember 2006.

Kedudukan Bakal Haji yang menerima tawaran ialah 37.6% menerima Tawaran, 30.7% Menolak Tawaran, 21% Tidak Menjawab pada tarikh tutup iaitu 17 Jan 2013 dan 10% yang belum menjawab ( Tawaran kedua)

THWP telah menghubungi mereka yang tidak menjawab melalui telefon dan email. Respon daripada tindakan adalah seperti berikut :

  • Ada yang menjawab dan akan mengambil tindakan samada menolak atau menerima tawaran dan membuat rayuan kerana tempoh untuk menerima tawaran telah tamat.
  • Ada juga talian atau email tidak dijawab
  • Ada no telefon telah ditamatkan, tiada orang yang dipanggil melalui no telefon yang dalam rekod TH
  • Ada email gagal dihantar.
Bagi mereka yang dapat dihubungi menyatakan surat tidak diterima, surat lambat diterima , telah tukar alamat.

Oleh itu bakal haji perlu sentiasa membuat semakan dengan TH supaya maklumat yang direkodkan TH adalah terkini dan lengkap.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes