Bakal Haji datang ke Kaunter Haji untuk berurusan. Bakal Haji tersebut telah membuat Pendaftaran pada tahun 2004 tapi TH tidak mengeluarkan surat tawaran pada tahun ini. Bakal Haji tersebut sangat marah dan mengatakan TH tidak Adil. Kenapa mereka yang baru Daftar Haji telah ditawarkan Haji.
Pelbagai penerangan yang di berikan oleh anggota TH beliau tidak juga berpuas hati.
Adakah dengan kita marah-marah, kita akan jadi bakal haji Terpilih pada tahun ini?. Ini sangat Mustahil.
Apa yang perlu dilakukan ialah membuat Surat Rayuan, menghadir Kursus, pastikan Wang Bayaran Haji telah ada dalam Akaun TH kita sebanyak RM10,000.00 dan seterusnya berdoa kepada Allah setiap malam.
Tindakan di atas, semua nya dikira Ibadah jika dilakukan dengan Ikhlas, Bersangka Baik kepada semua pihak.
Siasatan yang dibuat mendapati bakal haji tersebut tidak menerima Surat Tawaran pada masa dulu kerana telah bertukar alamat.Maka dalam sistem TH merekodkan bakal haji tidak menjawab Tawaran dan TH tidak mengeluarkan surat Tawaran pada tahun berikutnya kerana tidak menjawab.
Oleh itu semua Bakal Haji yang telah mendaftar hendaklah setiap tahun membuat semakan, memastikan bahawa maklumat bakal haji dalam sistem TH adalah yang terkini. Maklumat tersebut ialah alamat, no telefon, alamat email juga sangat penting dalam era IT.
0 comments:
Post a Comment