Tuesday, February 5, 2013

KURSUS ASAS HAJI 1434 BERMULA

THWP telah membuat ketetapan untuk memilih 18 buah Masjid untuk menjalani Kursus Asas Haji pada tahun 1434 yang akan bermula pada 16 atau 17 Februari 2013. Pada tahun ini TH telah menetapkan bahawa pihak Masjid tidak mengenakan Bayaran Pendaftaran. Peserta Kursus hanya akan dikenakan Bayaran Nota Kursus beserta beg dengan Kadar RM30.00. Bayaran makan semasa kursus 17 siri dengan kadar RM30.00 ( satu siri RM1.76 saja ) dan Utiliti RM10.00.


Di Wilayah Persekutuan banyak Masjid yang menjalankan Kursus Asas Haji. Ada yang dianjurkan oleh Syarikat yang dibenarkan menguruskan Jemaah Haji. Ada orang perseorangan yang menjalani Kursus Asas Haji di Masjid. Ada Masjid sendiri menjalankan Kursus Asas Haji. Oleh itu bakal Haji 1434 hendaklah mengikuti Kursus Asas Haji yang diAnjurkan bersama TH dengan Masjid kerana TH akan memberi maklumat terkini berkaitan Pengurusan Haji, Kesihatan dan Ibadat Haji.

Masjid yang menjalani Kursus Asas Haji adalah di kawasan Selayang, Gombak, Keramat, Bangsar, Ulu Kelang, Wangsa Maju, Cheras, Sg Besi dan Taman Maluri.

Jika ingin mendapat maklumat yang lengkap sila email ke phptdwil@lth.gov.my dengan disertakan nama dan no IC sebagai rujukan.

SELAMAT MENJALANI KURSUS ASAS HAJI 1434

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes