Saturday, January 26, 2013

UJIAN PERTAMA BAKAL HAJI 1434 H

Saya menerima pelbagai ragam bakal haji yang berurusan dengan Tabung Haji Wilayah Persekutuan. Mereka berurusan untuk bertanya Status Haji, Membuat Rayuan Haji 1434H, Menjawab Tawaran Haji 1434H dan Mendaftar Haji.

Antara luahan perasaan mereka yang berurusan adalah seperti berikut :


  • Kenapa saya yang sudah tua tidak ditawarkan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1434 H)? Perasaan mereka merasa sedih kerana telah mengumpul wang bagitu lama sehingga dimamah usia baru cukup Perbelanjaan Haji.
          TH hanya boleh Menawarkan Tawaran Haji kepada mereka yang Mendaftar Dahulu di Dahulukan.    Itu lah Dasarnya. Mereka yang Daftar Dulu tidak kira tua atau muda akan ditawarkan. Tawaran dikecualikan kepada mereka yang Terpilih berumur kurang 15 tahun. Memang lah perasaan sedih tersebut dirasai. Tapi nak buat masam mana? Keluar air mata darah ke, mengamuk ke, marah ke dan pelbagai perasaan keluar tak dapat memenuhi kehendak kita. 

Cuba kita rujuk kepada Wajib Haji diantaranya ialah Berkemampuan. Berkemampuan ialah Sihat Tubuh Badan, Cukup Perbelanjaan Haji dan orang yang ditinggalkan, telah memahami Hukum Hakan Ibadat Haji dan Telah Terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun berkenaan. Kenapa kita perlu MARAH ? Segala Usaha telah kita lakukan Belajar Hukum Hakan Ibadat Haji telah dipelajari, wang telah disimpan, kesihatan telah dijaga tapi belum TERPILIH. Allah Maha Mengetahui atas Usaha Hamba Nya. Apa yang boleh diusahakan ialah membuat Rayuan dan mengadu kepada Allah s.w.t. Bagi mereka yang telah Mendaftar dan berusia 75 tahun ke atas akan dimasukan Ketegori Rayuan Lanjut Usia . Jika mereka Terpilih, hendaklah bersama Waris yang rapat untuk membantu keperluan Haji Lanjut Usia. Pengiring hendaklah sama jantina. Pengalaman tahun lepas pengiring adalah budak berusia 16 tahun dan ada pula pengiring lain jantina. Maka terpaksa masuk bilik yang lain Jantina. Menimbulkan ketidak selesa orang yang dalam bilik penginapan.

Sunday, January 20, 2013

SEMPURNA MAJLIS PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJAH 1433 HIJRAH

Saya mengucapkan terima kasih kepada Haji dan Hajah 1433 yang telah bersama-sama menjaya Majlis Perhimpunan Persaudaraan Hujah 1433 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur pada 20 Januari 2013.

Suasana kemesraan Haji dan Hajah terakam semasa menghadiri Majlis ini. Menimbulkan SEMANGAT HAJI dikalangan Haji dan Hajah bersama Ustaz yang membimbing Haji dan Hajah semasa Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Tidak ketinggalan kemesraan itu juga berlaku terhadap Anggota TH Wilayah Persekutuan bersama Haji  dan Haji dan mengingatkan kenangan semasa berurusan di Tabung Haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Dengan terhasilnya Majlis dapatlah Haji dan Haji mengambil beberapa tindakan untuk meneruskan usaha memenafaat UMMAH. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Mengujudkan FACE BOOK Haji dan Hajah 1433 Wilayah Persekutuan.
  • Membuat perbincangan di antara Haji dan Hajah supaya di ujudkan satu Organisasi yang dapat merancang dan mengaturkan Aktiviti kepada Kalangan Haji dan Hajah.
  • Memasyarakatkan Haji dan Hajah.
  • Membantu Haji dan Hajah yang memerlukan bantuan mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan Agama.
  • Membantu Haji dan Hajah bagi mempertingkatkan bidang Ekonomi.
  • Memanafaatkan Kebolehan, Kemampuan dan kepakaran masing-masing untuk UMMAH
  • Menyalurkan Maklumat Agama kepada Masyarakat.
Insya Allah Usaha kita mendapat Keberkatan Allah s.w.t  Amin........

Saturday, January 19, 2013

TAWARAN HAJI KALI KEDUA

Tawaran Haji Terpilih kali pertama telah tutup pada 17 Jan. 2013. Mereka yang tidak menjawab tidak akan ditawarkan pada tahun hadapan. Bagi mereka yang masih belum menjawap tapi bercadang untuk menunaikan haji pada tahun hadapan atau tahun berikut masih boleh memjawab menolak tawaran 1434 dan membuat pilihan tahun yang dicadangkan.

Pada tarikh tutup seramai 40% menerima tawaran, 40% tidak menjawap dan 20% menolak tawaran.

THWP sedang memproses mengeluarkan surat tawaran peringkat kedua kepada mereka yang terpilih pada 1434. Bagi mereka yang mendaftar pada tahun 2006 boleh membuat semakan dengan bertanya melalui email phptdwil@lth.gov.my dengan menyatakan nama dan No. IC untuk rujukan.

THWP akan menguruskan panggilan berikut apabila sampai masanya:

  1. Panggilan untuk Kursus Intensif Haji
  2. Panggilan untuk Pemeriksaan Kesihatan
  3. Panggilan untuk serahan Pasport Malaysia Antarabangsa.
  4. Panggilan Kursus Perdana Haji
  5. Panggilan untuk serahan Beg dan barang Hadiah Sahabat Koperat.

Tuesday, December 25, 2012

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1433

THWP sedang mengeluarkan surat jemputan kepada Haji dan Hajjah 1433 yang berada di Wilayah Persekutuan termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Batu Caves dan Ampang. Perhimpunan Persaudaraan Hujjah akan di adakan pada 20 Januari 2013 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.

Antara tujuan Perhimpunan ini adalah antara lain seperti berikut:


  • Haji dan Hajjah dapat berjumpa dengan Jemaah Haji 1433 bagi menghubungi Silaturhim di antara mereka.
  • Jemaah Haji 1433 dapat memperhubungi dengan Tabung Haji secara berterusan walau pun telah menunaikan Haji.
  • Menghidupkan terus semangat dan falsafah Haji dalam kehidupan Haji dan Hajjah.
  • Haji dan Hajah menjadi Duta untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pengurusan dan Ibadat Haji kepada Umat Islam seluruhNya.
  • Haji dan Hajjah dapat memberi Pandangan dan Cadangan yang membina bagi Tabung Haji untuk meneruskan Usaha Penambahbaikan.
Selamat menghadiri Perhimpunan Persaudaraan Haji Peringkat Wilayah Persekutuan.

Saturday, December 22, 2012

SURAT TAWARAN HAJI 1434

THWP sedang memproses percetakaan,lipat surat, masukan dalam sampul surat dan penghantaran dengan Pos Malaysia.

Bakal Haji 1434 hendak menjawab dengan segera apabila menerima surat tawaran ini supaya tidak terlupa. Mereka yang tidak bersedia untu menunaikan Haji pada 1434 juga perlu menjawab. Jika tidak menjawab sehingga tarikh akhir menjawab maka mereka tidak akan di Tawarkan pada tahun depan.

Apabila menjawab surat Tawaran pastikan Bayaran Haji RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM15,555.00 bagi meraka kali kedua dan seterusnya dan jumlah tersebut hendaklah dicukupkan dalam Akaun Tabung Haji masing-masing.

Semasa menjawab THWP akan memberi Buku-buku rujukan seperti Buku Ibadat Haji, Buku Soal Jawab, Buku Panduan Perjalanan Haji, Buku Panduan Kesihatan dan Buku Doa di Tanah Suci.

Bakal Haji yang terpilih pada tahun ini seboleh jangan memangguh pemergian pada tahun ini. Pada tahun lain kita tidak tahu adakah kita berkemampuan untuk menunaikan Haji kerana banyak sebab yang boleh menghalang pemergian kita. Terutamanya berkaitan Kesihatan dan Kewangan.

Jangan Lupa menghadiri Kursus Asas Haji dan menjaga Kesihatan.

RAYUAN HAJI 1434

Umat Islam yang telah mendaftar Haji ingin membuat rayuan bolehlah melakukan mulai sekarang di mana-mana pejabat TH berhampiran.

Bakal Haji hendaklah mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,880.00 bagi yang pertama kali menunaikan Haji, telah menjalani Kursus Asas Haji akan bermula minggu kedua bulan Februari dan kedudukan kesihatan diri stabil. Sila membuat pemeriksaan kesihatan berkala terutama bagi mereka yang berumur 50 tahun keatas.

Rayuan adalah dengan menulis surat dan majukan ke pejabat TH.

Sunday, December 2, 2012

Kursus Asas Haji (KAH)



Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus dibuat pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri)  
Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung  Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi  pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka  kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Di Wilayah banyak tempat yang menjalani Kursus Haji, ada Syarikat Swasta yang dibenar Oleh TH membawa Jemaah Haji dan Orang Perseorangan.

Oleh itu Bakal Haji seboleh-bolehnya menghadiri Kursus Asas Haji yang dianjurkan bersama dengan Tabung Haji supaya mendapat maklumat yang tepat terutamanya Pengurusan Haji dan Pengurusan Kesihatan.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes