Monday, October 21, 2013

KOMUNIKASI DENGAN TABUNG HAJI MELALUI TEKNOLOGI

Bakal Haji yang akan menunaikan haji akan kerap menghubungi TH berkaitan persiapan dan Urusan Haji. Kekerapan datang ke TH menyulitkan bakal Haji kerana terpaksa meninggalkan kerja beberapa jam, menghadapi kesesakan jalan raya, kesulitan mendapatkan petak kereta, terpaksa menunggu dan pelbagai masalah lagi.
Oleh itu Bakal Haji bolehlah berurusan dengan TH WP melalu teknologi yang sedia ada seperti melalui email : mazlan59@gmail.com atau phptdwil@lth.gov.my, Facebook , whatsapp melalui no 016 2285563 atau blog : tanahsucimabrur.blogspot.com.
Penggunaan teknologi ini buka saja menjimatkan masa dan wang ringgit tetapi sangat  mudah.
Urusan yang memerlukan maklumat ialah  seperti berikut:
  • Perkembangan Rayuan Haji
  • Surat Tawaran Haji
  • Urusan menjawab terima atau menolak  tawaran
  • Surat Panggilan Kursus Asas Haji
  • Surat Panggilan Kursus Intensif Haji
  • Menjawab kehadiran Kursus Intensif Haji
  • Surat Panggilan Pemeriksaan Kesihatan
  • Menjawab kehadiran Pemeriksaan Kesihatan
  • Surat Panggilan Kursus Perdana Haji
  • Menjawab kehadiran Kursus Perdana Haji
  • Surat Penyerahan barang-barang haji.
  • Surat Jadual Penerbangan Haji
  • Pertanyaan berkaitan Pengurusan, Ibadat, Kesihatan dan pelbagai masalah berkaitan Haji.
Bakal Haji akan hanya perlu menghadirikan diri ke Tabung Haji bagi Urusan Penyerahan Pasport dan Pemeriksaan kesihatan saja. Urusan lain boleh diwakilkan atau melalui kaedah di atas.

2 comments:

zain al uddin said...

Semoga Allah membalas budi baik Tuan Haji yg ikhlas bekerja. Sekarang bakal2 jemaah haji ada 'direct channel' untuk buat semakan status / pertanyaan haji terus dgn Pengurus TH sendiri selain drpd menghubungi THCC.

Hj Mazlan said...

Terima kasih Zain al uddin.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes