Wednesday, January 30, 2013

UJIAN KETIGA KEPADA BAKAL HAJI 1434 H

Bakal Haji yang berurusan dengan TH ada yang marah dan merungut kerana mereka tidak dapat menjawab menerima Tawaran Terpilih  pada tarikh yang ditetapkan. Alasan yang diberi ialah surat tidak diterima, surat lambat diterima, Bayaran Haji tidak cukup, menunggu surat pasangan mereka yang belum diterima dan pelbagai alasan yang diberi.

Mereka meluahkan kemarahan kepada anggota yang melayan mereka atas sebab di atas. Adakah itu tindakan yang bijak sesaorang yang Ingin Melaksanakan Haji. Bakal Haji hendaklah bersifat Tenang dalam berurusan kerana masih banyak lagi cara untuk diambil tindakan. Bakal Haji seharus berbincang dengan keadaan Harmoni bagi mengambil tindakan yang bijak tanpa melontarkan kemarahan kepada Tabung Haji.

Langkah yang boleh di ambil adalah seperti berikut:

  1. Datang ke pejabat TH minta dicetak surat Tawaran jika tidak menerima surat tersebut.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang yang dilampirkan.bagi tujuan dikemaskini dalam sistem TH.
  3. Pastikan dalam Akaun TH terdapat simpanan minima RM10,000.00 bagi tujuan Bayaran Haji RM9,880.00.
  4. Buat surat Rayuan supaya dipertimbangkan semula Tawaran tersebut dan majukan ke TH berhampiran.
  5. Menghadiri Kursus Asas Haji bagi persiapan Ibadat Haji.
  6. Jika Rayuan diluluskan TH akan mengeluarkan surat atau membuat panggilan telefon bagi memaklumkan keputusan tersebut. Atau bakal Haji boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi THCC 03-62071919 atau hantar email kepada alamat : phptdwil@lth.gov.my
  7. Jangan ditinggalkan sentiasa berdoa agar Allah memperkenan hajat kita.

3 comments:

Anonymous said...

Jangan marah2,. blm sampai utk jadi tetamu-Nya lagi,. byk kan bersabar,. ujian di Arafah,. Mudzalifah & Mina akan lagi hebat.. Sentiasa bermuhasabahkan diri,.. wahai tetamu Allah

Anonymous said...

Assalamualaikum.
Semua bakal Haji kena banyak bersabar....Ada pun jika tidak terpilih pada tahun ini, mungkin ada rahmatnya yg kita tidak ketahui...

Anonymous said...

Assalamualaikum;
Pada tahun 2012, saya telah menerima sepucuk surat daripada pihak TH memaklumkan bahawa saya telah terpilih untuk mengerjakan Haji pada tahun itu. Malangnya, surat tersebut tiba agak terlewat; tarikh tutup untuk saya membalas tawaran telahpun terlepas. Dengan segera saya membuat rayuan dan Alhamdulillah, pada tahun ini, saya telah sekali lagi menerima surat tawaran. Syukur. Barangkali, yg penting disini ialah, usaha dan niat kita dalam mereliasasikan rukun Islam yg ke-5 itu.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes