Saturday, January 19, 2013

TAWARAN HAJI KALI KEDUA

Tawaran Haji Terpilih kali pertama telah tutup pada 17 Jan. 2013. Mereka yang tidak menjawab tidak akan ditawarkan pada tahun hadapan. Bagi mereka yang masih belum menjawap tapi bercadang untuk menunaikan haji pada tahun hadapan atau tahun berikut masih boleh memjawab menolak tawaran 1434 dan membuat pilihan tahun yang dicadangkan.

Pada tarikh tutup seramai 40% menerima tawaran, 40% tidak menjawap dan 20% menolak tawaran.

THWP sedang memproses mengeluarkan surat tawaran peringkat kedua kepada mereka yang terpilih pada 1434. Bagi mereka yang mendaftar pada tahun 2006 boleh membuat semakan dengan bertanya melalui email phptdwil@lth.gov.my dengan menyatakan nama dan No. IC untuk rujukan.

THWP akan menguruskan panggilan berikut apabila sampai masanya:

  1. Panggilan untuk Kursus Intensif Haji
  2. Panggilan untuk Pemeriksaan Kesihatan
  3. Panggilan untuk serahan Pasport Malaysia Antarabangsa.
  4. Panggilan Kursus Perdana Haji
  5. Panggilan untuk serahan Beg dan barang Hadiah Sahabat Koperat.

4 comments:

Pootz in Boots said...

Salaam, saya ingin memberi pandangan. TH patut nenaklumkan kepada pihak korporat yang ingin membuat sumbangan hadiah, untuk membolehkan penyerahan kepada bakal haji sewaktu kursus perdana. Ini untuk mengelakkan pembaziran kerana jika terlalu lewat diserahkan (hari berlepas?), kemungkinan besar bakal haji sudah membeli sendiri dsb.

Anonymous said...

assalam sangat setuju dengan pootz in boots . sumbangan pihak swasta itu pula kita kena hand carry bawa masuk atas kapal sebab bag besar dah nak masuk kargo atau kena bukalah balik tengah tengah orang ramai itu.akhir sekali kifa beri balik pada saudara mara yang hantar kita. ini satu pembaziran. kalau nak hand carry pulak mana nak bawa beg yang emergency tu beg sumbangan lagi.terkial kial nak bawa barang barang itu semua.harap tabung haji prihatin untuk bakal jemaah 1434h ini. wassalam.

isteri.risau said...

ingin tanya. suami saya dpt offer pergi haji tahun ni. sudah pun reply TH. dah TH pun dah confirm dapat surat reply surat. tapi sampau skrg tiada surat dari TH berkenaan panggilan khursus etc. saya perasan khursus haji sudah pun bermula semalan 1feb. macam mana?

Hj Mazlan said...

Kursus Asas Haji di Wilayah Persekutuan akan bermula pada 16 atau 17 )Sabtu atau Ahad). Bakal Haji yang telah menerima Tawaran dan orang ramai boleh menghadiri Kursus tersebut walau pun tidak menerima surat dari TH.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes