Sunday, January 20, 2013

SEMPURNA MAJLIS PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJAH 1433 HIJRAH

Saya mengucapkan terima kasih kepada Haji dan Hajah 1433 yang telah bersama-sama menjaya Majlis Perhimpunan Persaudaraan Hujah 1433 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur pada 20 Januari 2013.

Suasana kemesraan Haji dan Hajah terakam semasa menghadiri Majlis ini. Menimbulkan SEMANGAT HAJI dikalangan Haji dan Hajah bersama Ustaz yang membimbing Haji dan Hajah semasa Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Tidak ketinggalan kemesraan itu juga berlaku terhadap Anggota TH Wilayah Persekutuan bersama Haji  dan Haji dan mengingatkan kenangan semasa berurusan di Tabung Haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Dengan terhasilnya Majlis dapatlah Haji dan Haji mengambil beberapa tindakan untuk meneruskan usaha memenafaat UMMAH. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Mengujudkan FACE BOOK Haji dan Hajah 1433 Wilayah Persekutuan.
  • Membuat perbincangan di antara Haji dan Hajah supaya di ujudkan satu Organisasi yang dapat merancang dan mengaturkan Aktiviti kepada Kalangan Haji dan Hajah.
  • Memasyarakatkan Haji dan Hajah.
  • Membantu Haji dan Hajah yang memerlukan bantuan mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan Agama.
  • Membantu Haji dan Hajah bagi mempertingkatkan bidang Ekonomi.
  • Memanafaatkan Kebolehan, Kemampuan dan kepakaran masing-masing untuk UMMAH
  • Menyalurkan Maklumat Agama kepada Masyarakat.
Insya Allah Usaha kita mendapat Keberkatan Allah s.w.t  Amin........

2 comments:

Rozita Jamaluddin said...

AlhamduliLlah. terima kasih kepada pihak TH atas segala usaha yang telah dijalankan. Rasa syukur yg tidak terhingga kerana telah dpt melaksanakan rukun islam ke5 dgn baik & sihat.
sebagai manusia biasa tidak ada yg sempurna.Kepada jemaah Haji 1434H yg telah terpilih, syabas & tahniah saya ucapkan. sekadar perkongsian mengikut pengalaman yg telah saya lalui pd Haji 1433H. dalamilah ilmu sebaik mungkin. belajar bersabar, jaga tutur bicara sesama insan. jgn byk mengeluh kesah. terima seadanya apa yg telah tertulis ke atas bahgian kita sewaktu di Tanah Suci nanti. ujian pasti ada. sesungguhnya yg baik dtgnya dari ALLAH SWT. yg buruk itu adalah dari hamba-Nya yg bergelar manusia.
berpegang teguhlah pd qado & qadar-Nya. Buat para tetamu Allah yg terpilih,. semoga mendpt Haji yg mabrur.

salwa said...

Alhamdulillah syukur...
Terima kasih kpd pihak TH kerana menganjurkan perjumpaan sebegini. Walaupun ianya diadakan utk seketika, ianya cukup utk melepaskan rindu kepada rakan2 & kakak2 roommate sewaktu di Madinah/Makkah dulu, kerana tidak ramai yg berkesempatan utk menghubungi semula rakan2 selepas pulang ke tanahair akibat kesibukan dgn tugas masing2.
Saya sedikit terkilan kerana ada juga jemaah yg menggunakan sesi soaljawab semalam utk meng"condemn" pihak TH. "Nobody is perfect", begitu juga pihak TH. Semestinya ada sedikit kelemahan & kekurangan di sana sini yg masih boleh diperbaiki, tapi jadikan apa2 jua dugaan & kesulitan yg kita alami itu sbg satu ujian. Kita sepatutnya bersyukur kerana telah dipilih utk menjadi tetamu Allah, sedangkan ramai lagi yg masih menunggu giliran mereka untuk menjadi tetamu.
Apa2 pun, syabas TH!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes