Tabung Haji (TH) dan Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan telah mengada Mesyuarat Persiapan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1433 pada 2 Mei 2012 bertempat di Bilik Mesyuarat TH Wilayah Persekutuan.
Bakal Haji 1433 akan dipanggil melalui surat untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan. BH perlu membuat pengesahan kehadiran dengan memulangkan Slip Kehadiran di TH WP atau TH Cawangan Jalan Tun Razak atau email : phptdwil@lth.gov.my. Dengan menyata kehadiran, nama dan no Kad pengenalan. BH yang tidak menjawab untuk hadir pada tarikh yang ditentukan maka BH tersebut akan membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta dengan kos tanggungan sendiri. Harap pastikan Doktor yang membuat pemeriksaan kesihatan telah mendapat No Daftar dari Jabatan Kesihatan tahun ini.
BH hendaklah mendapatkan Buku Rekod Rawatan di TH WP atau TH Cawangan Jalan Tun Razak.
BH yang tidak menjawab kehadiran dianggap tidak dapat datang pada tarikh yang ditetapkan.
Pemeriksaan Kesihatan dijangka bermula 28 Mei 2012. Setiap hari hanya 100 orang bakal haji yang diperiksa.
THWP mencetak surat panggilan bermula 25 Mei 2012 dan Insya Allah akan diposkan berperingkat-peringkat kepada BH.
BH di nasihatkan supaya membawa Buku Rekod Rawatan yang telah dilengkapkan muka surat 1 hingga 10. Di muka surat 1 hendaklah ditampal gambar BH (berukuran gambar kad pengenalan).
Bawa bersama ubat yang dimakan (jika ada ), rekod rawatan di Klinik yang biasa dibuat rawatan.
2 comments:
Askum Tuan Hj Mazlan
Jika seseorang tidak dapat hadir pada hari yang ditentukan bolihkan dia memohon pada hari yang lain.
Salam
Assalamualaikum
Wanisan
Boleh dengan syarat pada hari yang diminta senarai kehadiran tidak sampai 100 orang. Sila hubungi email saya phptdwil@lth.gov.my
Post a Comment