Wednesday, February 29, 2012

MENJAWAB TAWARAN HAJI 1433

Bakal Haji Terpilih 1433 yang berurusan dengan THWP telah dikeluarkan surat tawaran dalam tempoh 4 hari bermula pada 21 Feb hingga 24 Feb 2012. Bakal Haji yang terpilih hendaklah mengambil kesempatan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Elakkan daripada menangguh pemergian kerana kesempatan ini mungkin tidak ada pada tahun yang mendatang.
Penangguhan hanya boleh dibuat atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Syarak. Contoh berkaitan masalah kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Pegawai Perubatan atau mempunyai penyakit Kronik.
Pada 28 Feb 2012 Bakal haji WP yang telah menjawab Cuma 5% dan yang menolak 1% dan bakinya masih belum membuat jawapan.
Kemungkinan Bakal Haji yang belum menjawab adalah kerana belum mencukupi Bayaran Haji atau pasangan masih belum terpilih atau belum menerima surat atau tidak bercadang untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Bagi yang pasangan belum terpilih, seeloknya yang sudah terpilih menerima tawaran kemudian pasangan yang belum terpilih membuat Rayuan Mahram dengan mengisi Borang yang disediakan oleh TH.
Bakal Haji yang tidak menerima surat sila hubungi THCC 03-62071919 untuk mendapatkan pengesahan dan jika Terpilih sila dapatkan surat Tawaran di TH berhampiran.
Bakal Haji yang tidak bercadang untuk tahun ini juga perlu menjawab jika tidakkemungkinan mereka tidak di tawarkan pada tahun depan.
Perlu diingatkan tempoh untuk menjawab adalah sebelum atau pada 17 Mac 2012.

16 comments:

Hj Mazlan said...

Bakal Haji yang ingin menjawab tawaran tidak perlu menunggu sehingga telah buat Pasport. Pasport kemudian, apabila TH mengeluarkan surat untuk menyerahkan pasport baru buat paspot.

Hj Mazlan said...

Sehingga hari ini (8 Mac 2012 )mereka yang ditawarkan oleh THWP hanya 31.7% yang menjawab. 22.57% menerima tawaran dan 9.12% menolak tawaran tahun 1433H. Selebih masih belum menjawab. Tempoh menjawab tinggal 6 hari lagi ditolak Sabtu dan Ahad. Sila jawab segera!

cik kema said...

mcm mane pula klu tak terpilih tahun ini tp hendak membuat rayuan untuk pergi tahun ini...bagaimana caranye

Hj Mazlan said...

Cik Kema

Tulis surat rayuan dan hantar ke TH berhampiran. Itu saja.

Anonymous said...

Suami saya telah terpilih dan telahpun memberi jawapan kepada TH dan saya telah mengisi pengakuan Mahram dan surat rayuan. Bilakah pihak TH akan memberi keputusan berhubung dengan rayuan saya. dan ada kemungkinan tidak rayuan ditolak?. Dan bagaimana pula proses utk pergi melalui package?

Terima kasih.

Hj Mazlan said...

Esok 16 Mac 2012 adalah hari terakhir bagi Bakal Haji 1433H untuk menjawab di Negeri yang Hari Cuti Sabtu dan Ahad.

Anonymous said...

kalau saya tidak mendapat surat tawaran dari tabung haji boleh tak saya mengikuti pakej swasta? kerana baru-baru ini saya di tawarkan untuk mengikuti pakej swasta walaupun saya belum menerima surat tawaran dari tabung haji.

mak usu armah

ROZILA said...

Salam Tn.Hj Mazlan,

Pada 25.3.2012,Tn.Hj ada di masjid saidina othman (kursus haji)menyatakan bila kita menjawab tawaran terima mengerjakan haji, pihak TH akan beri buku panduan haji,Malangnya kami tidak diberi buku berkenaan...

Anonymous said...

Salam... Tn Hj, boleh minta email kan borang pengesahan mahram kepada saya? riana@seriputeri.edu.my. TQ.

Aeshah Yahya dari Selayang said...

Salam T.Haji,
Saya ingin merayu agar diizinkan mengerjakan haji pada tahun ini memandangkan saya adalah pengidap sakit kencing manis dan darah tinggi,tapi masih dalam kawalan dimana setiap hari terpaksa mengambil ubat. Saya bimbang kalau-kalau penyakit akan menjadi lebih serius, sebab itulah saya merayu memandangkan saya masih lagi boleh mengerjakan ibadah harian walaupun kaki saya mengalami kesakitan mungkin disebabkan terlampau banyak makan ubat. Saya telahpun membuat surat rayuan dan dihantar ke Tabung Haji Cawangan Batu Caves. Harap permohonan saya ini mendapat perhatian dari pihak Tabung Haji.

Hj Mazlan said...

Assalamualaikim

Puan Aeshah

Puan boleh membuat Rayuan Kesihatan dan dapatkan borang Rayuan Kesihatan

Hj Mazlan said...

THWP telah pos surat tawaran kali kedua pada 29 Mac 2012. Sila jawab segera.

Anonymous said...

Dari Aeshah Yahya, Selayang
Assalamualaikum Tuan Haji...
Dalam surat rayuan, saya sertakan sekali salinan temujanji, perlukah saya mengisi borang rayuan kesihatan dan dimana boleh saya perolehi borang tersebut? Untuk pengetahuan tuan, surat tersebut di atas nama suami saya - MAT ISA BIN ABDUL RAHMAN (I/C: 570330-03-6129)

Hj Mazlan said...

Assalamualaikum

Puan Aesah

Perlu dilengkapkan borang rayuan kesihatan dan borang tersebut boleh diperolehi di TH berhampiran.

Adibah_M said...

Adakah mereka2 yg menjawab surat untuk tangguh terus dinafikan giliran mereka. Sebab saya dapat giliran 2013 tetapi terpaksa menangguhkan melalui surat jawapan kepada TH. Kesannya, sehingga kini 2015, saya telah tidak dipanggil sedangkan kawan yg sepatutnya pergi 2016, telah mendapat surat tawaran. Tq

Adibah_M said...

Adakah mereka2 yg menjawab surat untuk tangguh terus dinafikan giliran mereka. Sebab saya dapat giliran 2013 tetapi terpaksa menangguhkan melalui surat jawapan kepada TH. Kesannya, sehingga kini 2015, saya telah tidak dipanggil sedangkan kawan yg sepatutnya pergi 2016, telah mendapat surat tawaran. Tq

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes