Saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa semoga dalam bulan Ramadhan yang menjelma, semoga mempertingkat amal Ibadat kita. Kepada Pendeposit TH terutama Bakal Haji yang telah mendaftar Haji, Haji/Hajjah dan Bakal Haji 1432H yang berurusan dengan THWP dan secara langsung berurusan dengan saya, saya mengharapkan doa saudara/saudari agar saya dan kita semua dapat menghidupkan bulan Ramadhan dengan melakukan suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t.
Bulan Ramadhan adalah Pusat Latihan dimana umat Islam akan melakukan Puasa, menambahkan amalan solat wajib dengan solat Tarawih, menambahkan amalan membaca Al Quran. Manusia bersifat lemah, maka Allah s.w.t pada bulan Ramadhan memenjarakan Iblis dan Syaitan. Manusia hanya akan melawan hawa nafsu untuk melakukan ibadat dan mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah s.w.t. Bagi member kekuatan kepada Umat Islam, suasana ibadat di ujudkan, iaitu seluruh manusia dimana saja tidak makan dan minum pada siang hari dan pada malam hari, manusia akan beramai ke masjid atau surau untuk melakukan solat, membaca Al Quran dan berzikir.
Insya Allah apabila manusia telah Berjaya dalam bulan Ramadhan, maka bulan Haji menjelma. Bagi mereka yang akan menunaikan haji pada 1432H ambil lah kesempatan dalam bulan ini supaya semasa melakukan Ibadat Haji dapat dilakukan dengan sebaiknya. Semasa di Mekah dan Madinah dapat merebut peluang beribadat supaya mendapat ganjaran pahala berlipat kali ganda. Amin.