Sunday, May 8, 2011

UJIAN KEDUA SEMASA PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bakal Haji bukan sahaja kena membuat pemeriksaan kesihatan tapi perlu mengambil pengajaran bahawa semasa urusan pemeriksaan kesihatan ada beberapa keadaan yang melatih diri untuk menghadapi ujian sebelum menghadapi ujian di Tanah Suci.
DATANG PADA TARIKH DAN MASA YANG DITENTUKAN.
Apabila bakal haji melaksanakan Ibadat Haji, tarikh dan masa sangat penting di patuhi.
Wukuf : Ada tarikh dan masa iaitu tarikhnya pada 9 Zul Hijah dan masanya dari tergelincir matahari hingga terbit fajar 10 Zulhijah.
Melontar Jamrah Kubra sahaja: Tarikhnya 10 Zul Hijah dan masanya selepas tengah malam
Tawaf Haji: Tarikhnya 10 Zul Hijah dan masanya selepas tengah malam.
Apabila bakal haji dapat menyesuaikan diri dan mematuhi ketetapan semasa Pemeriksaan Kesihatan, Insya Allah perkara yang berkaitan tarikh dan masa dalam Ibadat Haji dapat dipatuhi.
MENUNGGU GILIRAN
Semasa melaksanakan Ibadat Haji, bakal haji perlu mengikut giliran dalam banyak perkara. Pergerakan ke Arafah, Mudzlifah, Mina perlu mengikut giliran. Mendapatkan makanan di Arafah dan Mina perlu mengikut giliran. Menggunakan tandas di Arafah dan Mina mengikut giliran.
Semasa berada di Tanah suci juga perlu mengikt giliran. Menaiki lif, mendapat makanan, mendapat perkhidmatan TH, perkhidmatan perubatan, membeli makanan dan keperluan juga perlu mengikut giliran.
Dalam satu hari semasa di Tanah Suci dan Ibadat Haji terlalu banyak aktiviti yang perlu mengikut giliran. Bakal haji mungkin tidak dapat menahan sabar dan mudah marah. Maka semasa Pemeriksaan Kesihatan, jika bakal haji dapat bertenang dan sentiasa berIstifar dan berzikir semasa menunggu giliran atau membawa buku (bahan bacaan) untuk dibaca semasa menunggu. Insya Allah urusan ini dapat berjalani dengan baik.
PERATURAN
Bakal Haji apabila hendak membuat pemeriksaan kesihatan, perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. Sebagai contoh apabila menerima surat panggilan, dinyataka beberapa tindakan perlu diambil seperti menghantar slip kehadiran, mengambil Buku Rekod Rawatan, membawa rekod dan catatan nama ubat yang dimakan dari Doktor merawat (jika ada). Ini sebahagian peraturan yang ada semasa membuat pemeriksaan kesihatan.
Perkerjaan Ibadat Haji juga menentukan pelbagai peraturan seperti Rukun, Wajib, Sunat, Haram, Larangan semasa Ihram, Peraturan Kerajaan Arab Saudi dan sebagainya. Insya Allah apabila telah dibiasakan dengan peraturan, apabila melaksanakan Ibadat Haji bakal haji akan terbiasa.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes