Wednesday, May 11, 2011

ISTILAH DALAM IBADAT HAJI

Haji Mabrur : Haji yang diterima oleh Allah s.w.t.
Haji Mardud : Haji yang ditolak oleh Allah s.w.t
Talbiah : Ucapan yang disunatkan apabila sesorang telah berniat Ihram Umrah atau Haji. Talbiah Umrah bermula berniat sehingga apabila hendak tawaf. Talbiah Haji bermula berniat sehingga apabila hendak melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.
Idtiba’ : Memakai pakaian Ihram (lelaki) yang dibuka bahu kanan (sunat) semasa tawaf yang diiringi dengan Saie. Idtiba’ makruh pada masa-masa lain.
Hari Tarwiyah : Hari pada 8 Zulhijjah jemaah haji mula bertolak ke Arafah untuk Wukuf.
Hari Wukuf : Hari pada 9 Zulhijjah jemaah haji berada di Arafah
Hari Nahar : Hari pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Haji dan jemaah haji melontar Jamrah Kubra.
Mabit di Muzdlifah : Berada di bumi Muzdlifah dalam tempuh selepas separuh malam 10 Zulhijjah hinggalah terbit fajar, walaupun sekejap dalam keadaan apa saja, samada dalam kenderaan yang sedang bergerak
Tahalul Awwal : Melakukan 2 dari 3 perkara iaitu Melontar Jamrah Kubra, Tawaf dan Saie Haji dan Bercukur atau Bergunting. Segala Larangan dalam Ihram telah gugur kecuali Kahwin atau dikahwini, Melakukan perbuatan permulaan persetubuhan dan bersetubuh.
Tahalul Thani : Selesai melaksanakan kesemua 3 perkata seperti Tahalul Awwal. Terlepaslah segala larangan Ihram.
Hari Tasyriq : Hari pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Bermabit di Mina : Berada di Mina pada malam Hari Tasyriq melebihi separuh malam.
Nafar Awwal : Meninggalkan bumi Mina pada 12 Zul Hijah sebelum terbenam matahari ( Magrib) dengan syarat-syarat nya.
Nafar Thani : Meninggalkan bumi Mina setelah menyempurnakan amalan-amalan pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes