Tuesday, May 24, 2011

PERSIAPAN BAKAL HAJI 1432H

Kursus Asas HajiBakal Haji 1432H yang berurusan dengan TH Wilayah Persekutan akan menamatkan Kursus Asas Haji pada 19 Jun 2011.Pemeriksaan KesihatanBermula 23 Mei 2011 bakal haji telah dipanggil membuat pemeriksaan kesihatan di Tingkat 17, Menara TH Perdana, Maju Junctions, Jalan Sultan Ismail, KL. Bakal haji WP yang masih belum mendapatkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan, boleh berurusan dengan pejabat THWP untuk mendapatkan tarik pemeriksaan. Pemeriksaan Kesihatan di THWP sehingga 1 Jun 2011 dan tarikh tambahan akan dimaklumkan kemudian.Kursus Intensif HajiTHWP akan mengeluarkan surat panggilan Kursus Intensif pada 27 Mei 2011. Kursus Intensif akan bermula 20 Jun 2011. Bakal haji yang menerima panggilan KIH dikehendaki membuat pengesahan kehadiran di THWP. Jika bakal haji tidak membuat...

Monday, May 16, 2011

KLINIK SWASTA

Bakal haji di Wilayah Persekutuan, Ampang, Gombak, Selayang yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan Klinik Swasta yang di benar oleh Jabatan Kesihatan membuat pemeriksaan kesihatan bakal haji boleh bertanya melalui email : phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmial.com dengan memaklumkan nama dan alamat klinik supaya dapat disahkan.Pejabat Kesihatan telah membenarkan sebanyak 116 buah klinik bagi kawasan bakal haji seperti di atas untuk musim 1432H. Oleh itu blog ini tidak dapat mempamirkan semua nama klinik terseb...

Saturday, May 14, 2011

BAYARAN HAJI 1432H

Bakal haji 1432H telah ditolak bayaran haji dari Akaun TH . Bakal haji yang pertama kali menunaikan haji akan di masukan tanggungan haji sebanyak RM4,360.00 dahulu dalam Akaun TH mereka dan kemudian ditolak RM14,340.00. Bakal haji yang kali kedua atau lebih dan Permastautin Tetap (PR) akan di tolak dari Akaun TH mereka RM14,340.00.Bakal haji yang memilih untuk pergi menunai haji degan Pakej TH atau Syarikat yang di benar TH masih lagi bertaraf Muassasah dan jumlah yang ditolak adalah jumlah seperti di atas. Apabila bakal haji telah di daftar dalam sistem TH mengikut Pakej TH atau Syarikat yang di benarkan TH, akan di masukkan semula jumlah yang di tolak awal dan ditolak RM7,369.00 sahaja. Perbezaan yang perlu dibayar kepada syarikat akan dilakukan oleh bakal haji.Bayaran haji tidak termasuk...

Wednesday, May 11, 2011

ISTILAH DALAM IBADAT HAJI

Haji Mabrur : Haji yang diterima oleh Allah s.w.t.Haji Mardud : Haji yang ditolak oleh Allah s.w.tTalbiah : Ucapan yang disunatkan apabila sesorang telah berniat Ihram Umrah atau Haji. Talbiah Umrah bermula berniat sehingga apabila hendak tawaf. Talbiah Haji bermula berniat sehingga apabila hendak melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah.Idtiba’ : Memakai pakaian Ihram (lelaki) yang dibuka bahu kanan (sunat) semasa tawaf yang diiringi dengan Saie. Idtiba’ makruh pada masa-masa lain.Hari Tarwiyah : Hari pada 8 Zulhijjah jemaah haji mula bertolak ke Arafah untuk Wukuf.Hari Wukuf : Hari pada 9 Zulhijjah jemaah haji berada di ArafahHari Nahar : Hari pada 10 Zulhijjah iaitu Hari Raya Haji dan jemaah haji melontar Jamrah Kubra.Mabit di Muzdlifah : Berada di bumi Muzdlifah dalam tempuh selepas separuh...

Sunday, May 8, 2011

UJIAN KEDUA SEMASA PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bakal Haji bukan sahaja kena membuat pemeriksaan kesihatan tapi perlu mengambil pengajaran bahawa semasa urusan pemeriksaan kesihatan ada beberapa keadaan yang melatih diri untuk menghadapi ujian sebelum menghadapi ujian di Tanah Suci.DATANG PADA TARIKH DAN MASA YANG DITENTUKAN.Apabila bakal haji melaksanakan Ibadat Haji, tarikh dan masa sangat penting di patuhi.Wukuf : Ada tarikh dan masa iaitu tarikhnya pada 9 Zul Hijah dan masanya dari tergelincir matahari hingga terbit fajar 10 Zulhijah.Melontar Jamrah Kubra sahaja: Tarikhnya 10 Zul Hijah dan masanya selepas tengah malamTawaf Haji: Tarikhnya 10 Zul Hijah dan masanya selepas tengah malam.Apabila bakal haji dapat menyesuaikan diri dan mematuhi ketetapan semasa Pemeriksaan Kesihatan, Insya Allah perkara yang berkaitan tarikh dan masa dalam...

Saturday, May 7, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN TABUNG HAJI WP BERMULA

Unit Haji Tabung Haji Wilayah Persekutuan ( THWP ) akan mengeluarkan surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan pada 9 Mei 2011 kepada bakal haji Terpilih 1432H sahaja. Bakal Haji hendaklah membuat pemeriksaan kesihatan pada tarikh dan masa yang ditentukan. Untuk pengesahan kehadiran bakal haji, slip kehadiran hendaklah di hantar ke THWP sebelum 18 Mei 2011. Jika tidak menghantar slip kehadiran, bakal haji dianggap tidak akan hadir pada tarikh yang ditentukan. Ini bermakna bakal haji tersebut akan membuat pemeriksaan kesihatan dengan Klinik Swasta yang dibenarkan oleh Jabatan Kesihatan dengan kos ditanggung sendiri.Pemeriksaan Kesihatan Wilayah Persekutuan akan bermula 23 Mei 2011. Tempat pemeriksaan Kesihatan adalah di Tingkat 17, Merana TH Perdana, Maju Junctions,1001 Jalan Sultan Ismail, Kuala...

Monday, May 2, 2011

PILIHAN MASUK MADINAH DULU ATAU MEKKAH DULU

Bakal haji yang pertama kali ingin menunaikan haji akan tertanya-tanya samada masuk Madinah atau Mekkah dahulu. Madinah dulu atau Mekkah dulu adalah sama kelebihannya tertakluk keadaan bakal haji.Masuk Madinah dulu:Bakal Haji yang muda atau yang mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik mempunyai kelebihan untuk meningkatkan keimanan dan keislaman dengan melawat makam Nabi Muhammad s.a.w, kesan-kesan sejarah seperti perkuburan Baqi, Makam sahabat, Masjid, Medan peperangan Uhud dan Khandak. Bakal haji akan merasakan sangat berharga dan bernilai Islam dan Iman yang mereka ada kerana untuk sampai Islam dan Iman memerlukan pengorbanan yang besar dari Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Apabila mengerjakan ibadat haji, menghadapi beberapa kesulitan, kesusahan dan dugaan maka teringat Nabi dan...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes