Tuesday, April 26, 2011

WAJIB UMRAH

Wajib Umrah 2 perkara ialah Berniat sebelum melepasi Miqat Makani (tempat) dan Menjaga 13 Larangan semasa Ihram.Kebiasaannya penduduk Malaysia akan berniat sebelum pesawat melepasi Qarnul Manazil jika mereka terus ke Mekkah. Apabila mereka masuk Madinah, tidak perlu berniat dalam pesawat. Mereka akan berniat di Bir Ali apabila mereka bergerak ke Mekkah dari Madinah.Jika mereka tidak berniat selepas melepasi miqat, maka hendaklah berniat bagi kerja Umrah dan dikenakan Dam.Apabila telah berniat, perlulah meninggalkan Larangan Ihram. Larangan Ihram terbahagi kepada beberapa kumpulah. Berkaitan Pakaian, Menghiaskan Diri, Alam Sekitar, Hubungan Suami/Isteri.Larangan Ihram berkaitan Dam, terbahagi kepada dua iaitu Pelanggaran Larangan Ihram tidak menyebabkan kerosakan, masih dapat dielakkan dari...

Monday, April 25, 2011

RUKUN UMRAH : TARTIB

Umat Islam yang ingin mengerjakan Umrah perlu mengetahui Rukun dan Wajib Umrah.Rukun Umrah:1. Niat2. Tawaf3. Saie4. Bercukur/bergunting5. TartibPada catatan yang lalu telah diperjelaskan Rukun Umrah dari Niat hingga Bercukur/bergunting. Sekarang dijelaskan Tartib ialah melakukan Rukun Umrah mengikut susunan, yang mana dahulu di dahulukan. Pelaksanaan Rukun Umrah adalah susunan di atas. Mula-mula Niat, kemudian Tawaf, Saie dan bercukur/bergunting. Maka perkerjaan mengikut turutan itu disebut Tertib.Jika dimulakan Saie kemudian Tawaf, itu dikira tidak Tertib maka perlaksanaan Saie tidak sah (batal). Jika diikuti dengan bergunting/bercukur maka telah berlaku pelanggaran Larang Ihram. Maka akan dikenakan Dam. Jika keadaan ini berlaku sebab jahil, maka dikenakan Dam sahaja dan tidak berdosa. Akibatnya,...

Saturday, April 23, 2011

TAWARAN TERPILIH 1432H KALI KE 3

THWP akan mengeluarkan surat tawaran terpilih 1432H kali ke 3 pada 26 April 2011. Bakal Haji perlu menjawab dengan kadar segera atau sebelum 21 Mei 2011. Semasa menjawab pastikan simpanan dalam Akaun TH tidak kurang RM9,980 bagi bakal haji pertama kali dan bakal haji yang berkali, simpanan tidak kurang RM14,340.00. Mereka yang menjawab atau tiada simpanan minima selepas 21 Mei 2011 akan dikeluarkan dari senarai terpilih. Semasa menjawab terima, THWP akan memyerahkan buku rujukan secara percu...

Thursday, April 21, 2011

KURSUS INTENSIF HAJI 1432H

Bakal Haji (BH) 1432H akan diperlengkapkan lagi dalam ilmu dan amal ibadat haji dengan menganjurkan Kursus Intensif Haji (KIH) yang dijangka di adakan di Dewan Utama Masjid Negara bermula pertengahan bulan Jun 2011. KIH akan diadakan untuk 2 hari bagi setiap BH yang Terpilih yang telah menjawab menerima Tawaran. KIH bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5.00 petang. Tabung Haji menyediakan minuman pagi dan makan tengahari untuk 2 hari. THWP akan memanggil mengikut kumpulan dan setiap kumpulan melibatkan 100 hingga 150 BH.Melalui pengalaman beberapa tahun yang lepas, berlaku pembaziran makanan dan kos pengendalian kursus kerana ada BH tidak hadir pada hari ditetapkan dan tidak memaklumkan kepada THWP. Kos makanan dan pengendalian KIH adalah tanggungan TH dan BH tidak perlu membuat sebarang bayaran....

Wednesday, April 20, 2011

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1432H

Tabung Haji Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan sedang membuat persiapan bagi menjalani Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji 1432H yang Terpilih yang menjawab menerima tawaran dengan Tabung Haji. Pemeriksaan Kesihatan sangat penting kepada bakal haji bagi tujuan memastikan tahap kesihatan yang ada mampu melaksanakan Ibadat Haji. Juga dapat membantu bakal haji jika memerlukan bantuan rawatan kesihatan di Tanah Suci dengan merujuk Buku Rekod Rawatan.Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutan akan memberi Taklimat kepada Pegawai Perubatan dari Klinik yang terdapat dalam Wilayah Persekutan dan Pegawai Perubatan Swasta yang berminat memberi perkhidmatan pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji. Apabila Pegawai Perubatan telah mengikuti Taklimat tersebut, Numbor Pendaftaran akan dikeluarkan...

Saturday, April 16, 2011

BERCUKUR ATAU BERGUNTING UMRAH

Setelah selesai Saie 7 kali dengan yakin, mengikut syarat-syarat dan sunatnya. Tamatnya saie di Bukit Marwah dan bolehlah bercukur atau bergunting melebihi 3 helai rambut. Disunat bercukur bagi lelaki. Hanya sah mengunting rambut, tidak sah mencukur misai, jangut, bulu dada, bulu tangan atau bulu kaki. Tempat untuk bergunting/bercukur boleh dilakukan dimana-mana dan tiada tempoh masa. Adalah lebih baik bergunting di Bukit Marwah dan dengan segera apabila selesai Saie. Dengan itu telah bertahlul lah mereka daripada larangan Umrah. Mereka yang ingin bergunting bolehlah melakukan sendiri atau boleh menguntingkan orang lain walaupun belum mengunting untuk dirinya. Adalah lebih baik mengunting diri sendiri sebelum mengunting rambut orang lain. Bagi wanita hendaklah menjaga aurat semasa hendak bergunting....

Tuesday, April 12, 2011

TANGGUNGAN HAJI

Bakal Haji Warganegara Malaysia yang pertama kali mengerjakan Haji dengan Muassasah, bayaran haji sebanyak RM9,980.00 dan di tanggung oleh Tabung Haji sebanyak RM4,360.00. Tabung Haji memberi peluang kepada mereka yang layak menerima tanggungan haji, menolak untuk menerimanya dengan melengkapkan borang yang di majukan kepada mereka. Apabila menolak tanggungan haji maka mereka akan menanggung keseluruhan Bayaran Haji iaitu sebanyak RM14,340.00. Jika mereka ingin menerima tanggungan haji tidak perlu menghantarkan borang tersebut di Tabung Ha...

Saturday, April 9, 2011

SAIE UMRAH

Apabila selesi Tawaf Umrah, terus bergerak ke Bukit Safa melalui pintu Safa dan berdoa. Naik di atas Bukit Safa dan mengadap kearah Kaabah dan bertakbir 3 kali. Berniat untuk Saie turun menuju Bukit Marwah. Niat untuk Saie Umrah adalah sunat. Bukit Safa binaan bukit batunya tinggi jika di bandingkan dengan Bukit Marwah, binaan bukitnya hanya mendatar. Apabila memandang kearah dalam masjid Al Haram dari Bukit Safa kita boleh melihat Kaabah, tapi dari Bukit Marwah tidak dapat melihat Kaabah. Bukit Safa hampir dengan lampu hijau. Petanda ini perlu bagi memastikan kita memulakan Saie dari Bukit Safa, bukan Bukit Marwah. Jarak dari Bukit Safa ke Bukit Marwah ialah 420 meter. Selesai 7 kali ulang alik bermakna sejauh 2,940 meter bersamaan 2.9 km. Permulaan Saie ialah berjalan dari Bukit Safa ke...

Thursday, April 7, 2011

TAWARAN TERPILIH 1432H KALI KEDUA

Tabung Haji sedang membuat persiapan untuk mengeluarkan surat tawaran Terpilih 1432H kali kedua. Insya Allah surat akan diterima minggu hadapan. Bakal haji hendaklah menjawab sebelum atau pada 5 Mei 2011 dan hendaklah mencukupkan Bayaran Haji semasa menjawab. Bakal haji yang ditawarkan terpilih akan hilang kelayakan untuk menunaikan haji Musim 1432H jika berlaku perkara berikut: • Tidak memberi maklumbalas sama ada menerima atau menolak tawaran dalam tempoh yang ditetapkan. • Menolak tawaran dan tidak memaklumkan tahun pilihan yang baru. • Menerima tawaran tetapi tidak mencukupkan Bayaran Haji dalam masa yang ditetapkan....

Tuesday, April 5, 2011

KADAR BAYARAN HAJI 1432H

Tabung Haji telah menetapkan kadar Bayaran Haji 1432H. Kos Bayaran haji adalah RM14,340.00, melibatkan tambahan keluasan ruang peribadi bagi setiap jemaah di Tanah Suci dan peningkatan ketara kos sewaan tempat penginapan. Walaubagaimana pun kadar Bayaran Haji bagi bakal haji warganegara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji dan pergi cara Muassasah akan kekal sebanyak RM9,980.00 seperti tahun lepas. Kos ini sama kepada bakal haji yang berlepas daripada mana-mana tempat berlepas ke Arab Saudi. TH akan menanggung sebahagian bayaran haji sebanyak RM4,360.00. Bakal Haji yang memilih untuk mengikuti Pakej THTS atau Pakej Pengelola Jemaah Haji swasta tidak layak menerima tanggungan haji. Walaupun mereka belum pernah menunai haji. Bayaran Haji bakal haji yang pernah menunaikan haji dan bakal...

Saturday, April 2, 2011

TAWAF UMRAH

Sebelum melakukan Tawaf pastikan telah mengambil wuduk, anggota dan kain Ihram, suci daripada najis. Jika terkena najis basuhlah pada kain atau anggota yang terkena najis. Biasanya pakaian atau anggota terkena najis burung merpati semasa menunggu di luar hotel atau semasa berjalan ke Masjidil Haram. Kebiasaannya bakal umrah akan berkumpul di lobi hotel untuk diberi taklimat kemudian bergerak dalam kumpulan.Semasa bergerak bakal umrah hendaklah bertalbiah (sunat) dengan bersemangat dan penuh keinsafan. Bakal Umrah semasa berjalan lihat kiri-kanan jalan menuju ke masjid bagi mengenali jalan balik ke hotel. Jika ada telefon yang boleh mengambil gambar, ambillah gambar bangunan yang boleh dijadi tanda tunjuk untuk ke hotel. Bakal Umrah wanita apabila berhadapan dengan jalan berdebu atau busuk...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes