Saturday, June 19, 2010

SERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

Bakal Haji 1431H akan menerima surat dari TH bagi memaklumkan untuk menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) kepada Pejabat TH yang berhampiran. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA mereka sendiri dan TIDAK BOLEH menyerahkan bagi pihak orang lain.
Semasa penyerahan PMA bakal haji perlu meletakan Ibu jari pada mesin membaca ibu jari kemudian surat yang menyatakan bakal haji akan menyerahkan PMA kepada TH akan dicetak dan perlu ditandatangani oleh bakal haji dan seterusnya satu surat TH akan diserahkan kepada bakal haji sebagai akuan penerimaan PMA.
Bakal haji yang telah menyerahkan PMA kepada TH boleh meminjam semula PMA jika ada keperluan yang mendesak atau sangat penting. Terlebih dahulu hubungi pejabat TH yang menerima PMA untuk memastikan dimana PMA bakal Haji berada. Kemudian PMA boleh diambil di lokasi PMA dengan syarat-syarat tertentu. PMA hendaklah diserah bersama 2 keping gambar Visa berlatar belakang putih berukuran 4 cm x 6 cm.
Dijangkakan serahan PMA mula diterima 3 Ogos 2010. Bakal haji perlu mendapat surat TH sebelum membuat penyerahan.

3 comments:

mzainiosman said...

tuan haji ....bila tarikhnya boleh kami terima surat penyerahan Paspot tersebut dan bila pula tarikh due datenya.....untuk kami serahkan paspot tersebut....GAMBAR VISA NAK BERAPA KEPING DAN GAMBAR BIASA JUGA NAK BERAPA KEPING..SILA JELASKAN TUAN HAJI..

m.zaini@hotmail.com said...

Tuan haji......bila agaknya THW akan mengepos surat bagi penyerahan paspot?.....
dan perlu tak bawa sekali buku pemeriksaan yang
dah lulus?....

m.zaini@hotmail.com said...

salam Tuan haji,nak bertanya boleh tak saya mengupahkan orang di Makkah nanti untuk saya menunaikan arwah adik saya melalui Haji Badal dan buat pembayaran di wakil mereka yang boleh membuatkan Haji Badal untuk Arwah adik saya...dan pembayarannya dibuat atas harta wang simpanan si arwah.....tolong jawap....tuan haji

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes