Tuesday, December 25, 2012

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1433

THWP sedang mengeluarkan surat jemputan kepada Haji dan Hajjah 1433 yang berada di Wilayah Persekutuan termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Batu Caves dan Ampang. Perhimpunan Persaudaraan Hujjah akan di adakan pada 20 Januari 2013 bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.

Antara tujuan Perhimpunan ini adalah antara lain seperti berikut:


  • Haji dan Hajjah dapat berjumpa dengan Jemaah Haji 1433 bagi menghubungi Silaturhim di antara mereka.
  • Jemaah Haji 1433 dapat memperhubungi dengan Tabung Haji secara berterusan walau pun telah menunaikan Haji.
  • Menghidupkan terus semangat dan falsafah Haji dalam kehidupan Haji dan Hajjah.
  • Haji dan Hajah menjadi Duta untuk menyampaikan maklumat berkaitan Pengurusan dan Ibadat Haji kepada Umat Islam seluruhNya.
  • Haji dan Hajjah dapat memberi Pandangan dan Cadangan yang membina bagi Tabung Haji untuk meneruskan Usaha Penambahbaikan.
Selamat menghadiri Perhimpunan Persaudaraan Haji Peringkat Wilayah Persekutuan.

Saturday, December 22, 2012

SURAT TAWARAN HAJI 1434

THWP sedang memproses percetakaan,lipat surat, masukan dalam sampul surat dan penghantaran dengan Pos Malaysia.

Bakal Haji 1434 hendak menjawab dengan segera apabila menerima surat tawaran ini supaya tidak terlupa. Mereka yang tidak bersedia untu menunaikan Haji pada 1434 juga perlu menjawab. Jika tidak menjawab sehingga tarikh akhir menjawab maka mereka tidak akan di Tawarkan pada tahun depan.

Apabila menjawab surat Tawaran pastikan Bayaran Haji RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM15,555.00 bagi meraka kali kedua dan seterusnya dan jumlah tersebut hendaklah dicukupkan dalam Akaun Tabung Haji masing-masing.

Semasa menjawab THWP akan memberi Buku-buku rujukan seperti Buku Ibadat Haji, Buku Soal Jawab, Buku Panduan Perjalanan Haji, Buku Panduan Kesihatan dan Buku Doa di Tanah Suci.

Bakal Haji yang terpilih pada tahun ini seboleh jangan memangguh pemergian pada tahun ini. Pada tahun lain kita tidak tahu adakah kita berkemampuan untuk menunaikan Haji kerana banyak sebab yang boleh menghalang pemergian kita. Terutamanya berkaitan Kesihatan dan Kewangan.

Jangan Lupa menghadiri Kursus Asas Haji dan menjaga Kesihatan.

RAYUAN HAJI 1434

Umat Islam yang telah mendaftar Haji ingin membuat rayuan bolehlah melakukan mulai sekarang di mana-mana pejabat TH berhampiran.

Bakal Haji hendaklah mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,880.00 bagi yang pertama kali menunaikan Haji, telah menjalani Kursus Asas Haji akan bermula minggu kedua bulan Februari dan kedudukan kesihatan diri stabil. Sila membuat pemeriksaan kesihatan berkala terutama bagi mereka yang berumur 50 tahun keatas.

Rayuan adalah dengan menulis surat dan majukan ke pejabat TH.

Sunday, December 2, 2012

Kursus Asas Haji (KAH)



Kursus haji peringkat pertama yang akan diikuti oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Diadakan bermula dari bulan Rabiul Awwal sehingga Jamadil Akhir pada setiap tahun. Kursus dibuat pada setiap hujung minggu iaitu 2 jam bagi setiap siri (diadakan sebanyak 17 siri)  
Kursus Asas Haji ini diadakan di masjid-masjid pilihan di seluruh negeri dengan kerjasama antara Tabung  Haji dan jawatankuasa masjid berkenaan (Jabatan Agama Islam Negeri). Modul kursus merangkumi  pendedahan asas tajuk-tajuk berkaitan ibadat haji, kesihatan dan pengurusan haji di tanah air dan Tanah Suci.
Peserta kursus tidak dihadkan kepada jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja bahkan penyertaan dibuka  kepada orang ramai yang berminat untuk mempelajari hal ehwal ibadat haji dan umrah. Peserta perlu mendaftar di masjid-masjid yang terlibat menganjurkan kursus ini.

Di Wilayah banyak tempat yang menjalani Kursus Haji, ada Syarikat Swasta yang dibenar Oleh TH membawa Jemaah Haji dan Orang Perseorangan.

Oleh itu Bakal Haji seboleh-bolehnya menghadiri Kursus Asas Haji yang dianjurkan bersama dengan Tabung Haji supaya mendapat maklumat yang tepat terutamanya Pengurusan Haji dan Pengurusan Kesihatan.

Saturday, November 24, 2012

BUKU BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH


Kandungan buku BIOGRAFI MUHAMMAD BIN ABDULLAH  elok dan sesuai sebagai bakal haji dan mereka yang telah menunaikan haji. Tanah Suci Mekah dan Madinah adalah tempat Kelahiran dan perjuangan dan kehidupan Rasullullah s.a.w.
Buku ini mencerita peristiwa bermula sebelum kelahiran, semasa kelahiran nabi, semasa kanak-kanak, semasa remaja, semasa dilantik sebagai Nabi, dilantik sebagai Rasul , Perjuangan menegakan Akidah selama 13 tahun di Mekah dan Perjuangan menegakan Daulah Islimiah selama 10 tahun, sehingga Baginda Rasul s.a.w  Wafat.
Bakal Haji dan mereka yang telah melaksanakan Umrah atau Haji dapat menghayati kehidupan Rasulullah kerana telah sampat di tempat yang bersejarah dan tempat yang Suci.
Oleh itu disarankan bakal Haji/Umrah dan mereka yang telah mengerja Haji/Umrah memiliki Buku ini.
Tempaha boleh dilakukan melalui e mail mazlan59@gmail.com atau sms pada tel: 019 385 8471.
Harga : RM35.00
Kos Penghantaran : RM10.00
Berkulit Tebal
Jumlah Muka surat : 496

Sunday, November 18, 2012

PENGURUSAN HAJI 1434

Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang membuat persiapan untuk Urusan Haji 1434.

Bakal Haji 1434 akan dikeluarkan surat tawaran dalam masa terdekat.

Bakal Haji yang terlibat hendaklah menjawab tawaran apabila menerima surat samada  menerima atau menolak tawaran untuk menunaikan haji pada tahun 1434.

Bakal Haji 1434 yang tidak menerima surat tawaran hendaklah membuat semakan dengan TH berhampiran. Kemungkinan surat yang dihantar kepada bakal haji adalah alamat lama, salah alamat atau pun posmen tidak dapat mengesan alamat yang diberikan.

Bakal Haji yang tinggal di rumah Pangsa surat mungkin diletakan pada peti surat di bahagian bawah Rumah Pangsa dan kemungkinan penghuni lain tersalah ambil surat tersebut .

Bakal Haji yang dijangkan akan melaksanakan Haji pada tahun 1434 dikehendaki tindakan berikut:


  • mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM15,000 
  • Menghadiri Kursus Asas Haji yang akan di adakan pada Bulan Januari 2013.
  • Melakukan senaman berjalan kaki sehari 1 km
  • Sentiasa membuat Pemeriksaan Kesihata bagi mereka yang mengidapi penyakit seperti Darah Tinggi, Kencing Manis, Lemah Jantong dan lain.lain.

Saturday, October 20, 2012

PERSIAPAN UNTUK MASHAIR

Bakal Haji akan mula berangkat ke Arafah pada 8 Zulhijah. Persiapan barang-barang dan pakaian semasa berada di Mina telah disiapkan dalam beg. Pakaian Ihram yang akan di pakai juga telah disediakan.

Miqat untuk berniat bagi Haji ( Haji Tamattuk ) adalah di Hotel tempat menginap semasa hendak menaiki bas ke Arafah.

Barang tambahan yang agak penting, perlu di bawa adalah seperti berikut:

1. Kole  aluminium untuk kegunaan mengambil air panas semasa di Arafah dan Mina. Kegunaan buat air tea atau membuat mee segera. Juga kegunaan untuk ke bilik air bagi meletakan berus gigi dan sabun supaya tidak termasuk dalam lubang tandas.
2. Tali Nyalon untuk dibuat ampaian  untuk menyangkut kain tuala,pakaian di Arafah dan Mina. Juga boleh menyambungkan antara kemah bagi menghalang cahaya matahari masuk dalam khemah.

3. Plastik yang diguna membuang sampah ( plastik besar ) untuk persiapan jika berlaku hujan. Apabila hujan boleh dimasukan beg pakaian dalam plastik tersebut supaya beg tidak basah. Juga boleh digunakan untuk dimasukan pakaian yang telah kotor.

4. Pisau Kecil untuk memotong buah. Di Arafah dan Mina. Buah-buahan banyak disediakan oleh Muassasah.

Selamat Berwukuf kepada Jemaah Haji semoga mendapat Keampunan dan Rahmat Allah s.w.t.

(Gambar di atas adalah Tandas bertingkat di Arafah)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes