Sunday, January 30, 2011

KESATUAN JEMAAH HAJI MALAYSIA

Alhamdulillah umat islam Malaysia telah ramai menunaikan haji. Jika dikira dari tahun 1963 iaitu tertubuhnya Lembaga Urusan dan Tabung Haji sehingga sekarang lebih sejuta yang telah menunaikan haji. Oleh itu sudah sampai masanya sesuatu tindakan untuk menubuhkan satu Organisasi tidak kira apa namanya bagi tujuan kepentingan ummah. Jemaah haji telah melalui pelbagai cabaran semasa melakukan haji dan telah mendapat pengalaman dan fahaman yang lebih lagi berkaitan Islam dan Iman. Supaya pengalaman itu tidak pergi bagitu sahaja maka Organisasiini boleh dijadikan wadah untuk dimanafaat oleh Ahli dan Umat Islam.
Semasa saya menunaikan haji, saya telah berjumpa jemaah haji pelbagai kemahiran di Malaysia. Ada yang mempunyai Syarikat sendiri, ada yang berniaga pelbagai prodak, ada yang Pakar dalam pelbagai bidang. Diharapkan kepakaran ini dapat diperkemaskan lagi supaya 100% mengikut Perundangan Islam dan dapat memberi pilihan kepada Umat Islam bermuamalat secara Islam. Cadangan penubuhan dialu-alukan daripada Haji dan Hajah atau bakal haji.
Organisasi ini boleh disertai oleh Jemaah Haji dan bakal haji atau mereka yang telah mengerjakan Umrah

Saturday, January 29, 2011

KEMUDAHAN BERURUSAN DENGAN TABUNG HAJI

Bakal Haji dan Pendeposit TH selain berurusan di kaunter TH, boleh juga berurusan berkaitan TH dengan mudah iaitu berkunjung ke Kaunter Bank Islam Bhd atau Kaunter Bank Rakyat bagi menyimpan wang di dalam TH tanpa dikenakan bayaran perkhidmat. Satu lagi kemudahan ialah mengunakan mesin CDM Bank Islam untuk menyimpan wang dan dikenakan RM1 bagi satu transasi. Kemungkinan bakal haji berada jauh dari pejabat TH tapi Bank Islam atau Bank Rakyat berada dimana-mana sahaja. Selain urusan menyimpan wang di Kaunter Bank Islam Berhad dan Bank Rakyat ialah mengeluarkan wang simpanan Akaun TH, Mengemaskini Buku Akaun TH, Mendaftar Haji dan Membuka Akaun Baru TH.
Urusan pengeluaran wang dari akaun TH dengan cepat menggunakan kad Bank Islam atau Bank Rakyat. Terlebih dahulu sila ke bank tersebut untuk aktif kan kad dengan membawa Buku Akaun TH dan Kad Pengenalan. Apabila telah diaktifkan bolehlah mengguna ATM mesin bank berkenaan untuk pengeluaran. Sangat mudah.

Thursday, January 27, 2011

BAKAL HAJI DAN UMAT ISLAM CELIK IT

Bakal haji sekarang telah ramai yang mempunyai pengetahuan internet dan telah mempunyai alamat email mereka samada dibuka dengan Google atau Yahoo. Bagi memudahkan pertanyaan atau mendapat maklumat berkaitan haji sila berurusan dengan alamat email phptdwil@lth.gov.my atau mazlan59@gmail.com. Bagi bakal haji yang belum buka Akaun email bolehlah mendapat bantuan dari peserta Kursus Haji atau dengan sesiapa. Bukan nya susah sangat. Ada yang mengatakan tidak ada Broadband. Kemudahan Caber Café atau pusat internat banyak. Peserta kursus boleh juga berunding dengan pihak masjid untuk menyalurkan pertanyaan ke alamat email di atas dengan menggunakan kemudahan masjid.
Bakal haji juga boleh bertanya permasalahan dengan Ustaz atau dengan rakan kursus. Bukan itu saja banyak maklumat boleh didapati melalui internet berkaitan Haji. Apabila timbul apa-apa permasalahan dengan cepat dapat diselesaikan dihujung jari. Komunikasi melalui internet dapat menjimat masa dan wang ringgit.

Wednesday, January 26, 2011

TARIKH-TARIKH PENTING 1432H

Pada awal Mac 2011 bakal haji dijangka menerima surat tawaran untuk menunaikan haji pada 1432H. Bakal haji perlu membuat keputusan menerima atau menolak tawaran dengan segera. Apa-apa alasan untuk menangguhkan pemergian hendaklah dielakan kerana peluang ini hanya datang sekali.
Oleh itu bakal Haji 1432H boleh membuat persiapan awal berpandukan anggaran tarikh penting tertakluk kepada pindaan seperti berikut:
1. Penerbangan Pertama (Fasa I) : 29 September 2011
2. Penerbang Akhir (Fasa I) : 29 Oktober 2011
3. Wukuf (9 Zulhjiah) :5 November 2011
4. Hari Raya Haji : 6 November 2011
5. Hari Tasrik (11,12 dan 13 Zulhijah) : 7, 8 dan 9 November 2011
6. Penerbangan Pertama (Fasa II ) : 13 November 2011
7. Penerbangan Akhir ( Fasa II) : 13 Disember 2011

Tuesday, January 25, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 15

MEMENTINGKAN DIRI
Pengunaan tandas di Arafah dan Mina adalah sangat terdesak kerana jumlahnya yang terhad dengan penggunanya yang ramai ( satu Maktab 2,500 orang ). Tandas adalah digunakan bagi tujuan buang air besar atau air kecil. Itu tandas. Bukan untuk mandi, membasuh, berus gigi, ambil wuduk.
Di Mina ada orang yang mandi (mengambil masa yang lama) pada masa kemuncak iaitu semasa hendak masuk waktu solat. Apabila mereka beratur untuk menunggu giliran mereka marah orang yang sedang mandi tapi apabila tiba gilirannya mereka pula mandi seolah-olah ingin membalas dendam. Mengambil wuduk ada banyak cara, pertama menggunakan paip diluar tandas yang dikhas untuk mengambil wuduk, kedua simpan air dalam botol dan boleh digunakan apabila mengmbil wuduk dan juga mengosok gigi. Mandi boleh ditangguhkan berilah kesempatan kepada yang sangat memerlukan untuk buang air kecil atau air besar. Kita dapat rasakan jika kita yang ingin membuang air besar, sangat menyeksakan dan memebabkan kita gelisah, hendak marah . Walau bagaimanapun jemaah haji dapat bersabar dan menahan marah. Bagi mereka memberi kesempatan kepada mereka yang berhajat akan diberi ganjaran pahala tanpa mengeluarkan wang dan tenaga. ( Gambar hiasan: ramai sedang menunggu untuk mengunakan tandas )

Sunday, January 23, 2011

PENGEMBARAAN INTELEK 14

MENGUKIP ANAK BATU DI MUZDAZLIFAH
Apabila jemaah haji berada di Muzdalifah di antara perkara sunat ialah mengutip anak batu. Jemaah haji ada yang mencangkung, menongging dan yang duduk sambil santai mencari anak-anak batu. Tidak kira apa kedudukan mereka samada bergelar Tan Sri, Dato’, atau berpangkat akan mengambil kesempatan mencari anak-anak batu kerana disunatkan oleh Allah s.w.t. Tangan dicemari dengan kotoran debu tanah dan kadang-kadang terpegang air ludah atau hingus manusia dan ada juga terpegang najis atau bangkai binatang yang reput. Sekali pandang seperti kanak-kanak sedang bermain pasir. Tapi disebabkan ini adalah ibadat, jemaah haji lakukan dengan rela hati. Ada yang merasakan bagaimana mereka memperhinakan diri dihadapan Allah Rabul Jalil.
Mereka mengutip batu berukuran mengikut kesesuaian mereke. Ukuran batu yang baik adalah lebih kurang sebesar anak jari kelingking. Si lihat pada gambar yang dilampirkan. Jika diguna batu besar untuk melontar, bagaimana apabila terkena kepala orang. Tentulah mencedera mereka. Ada yang mengatakan, tidak puas melontar jika batu kecil. Persoalannya kita hendak melontar apa? Syaitan!................
Syaitan adalah mahluk Allah yang cerdik sehingga dia dapat menipu manusia. Tak kan Syaitan hendak tunggu di Jamarat untuk dilontar oleh manusia. Fikir-fikirkan……………..

Friday, January 21, 2011

PEMERGIAN DATOK MENGADAP ALLAH

Pada tanggal 21 Januari 2011 hari Jumaat kira-kira jam 12.00 tengahari, saya dimaklumkan bahawa datok saya telah mengembuskan nafas yang terakhir meninggalkan kami. Oleh itu sudilah kira di hadiahkan bacaan Surah Al Fatihah kepada ROHnya. Terima kasih.
Datok saya bernama Mokhtar bin Mikut berumur 88 tahun (1923). Beliau dilahir di Sumatra dan datang ke Malaya semasa berumur 12 tahun. Beliau adalah ayah kepada Ibuku. Alhamdulillah beliau dapat bersama kami sehingga Jenarasi ke 5. iaitu sempat bersama cucuku 2 orang. Saya sempat bergambar semasa Hari Raya Aidil Fitri yang saya catat dalam blog ini pada 11 September 2010.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes