Haji adalah satu Jihad bagi mematuhi segala Rukun, Wajib ,
Syarat sah Rukun dan menjaga Larangan Ihram di tempat dimana cuaca, bentu muka bumi, budaya dan cara
pergaulan yang sangat berlainan dengan
di tempat kita, Malaysia.
Semasa berada Di Madinah dan Mekkah pelbagai aktiviti yang
mencabar seperti berikut:
- Menginap
dalam sebilik dengan orang yang belum dikenali, perbezaan lorat
percakapan, perbezaan umur dan tahap pendidikan dan perbezaan cara hidup.
- Setiap
aktiviti perlu beratur dan menunggu giliran seperti mengguna bilik air,
menaiki dan turun lif, membeli makanan, mendapat perkhidmatan TH atau
Klinik dan pelbagai lagi.
- Untuk
melakukan solat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi perlu berjalan
antara 1200 meter sehingga 2 km
pergi dan balik. Kebimbangan tidak kenal jalan balik ke tempat penginapan.
- Apabila
keluar dari tempat penginapan terpaksa bersesak-sesak dengan orang ramai,
di kedai, perjalan ke Masjid, dalam Masjid, apabila keluar ke masjid dan perjalan balik dari masjid, semasa tawaf
dan sai.
Apa yang dinyata di atas adalah
sebahagian cabara yang akan dilalui.
Oleh itu Bakal Haji perlu lah
mempersiapkan diri dengan kekuatan Kerohanian untuk melakukan Ibadat di Tanah
Suci.
Perbagai cara yang boleh
dilakukan mulai sekarang di antaranya:
- Selalu
menghadiri program yang melibatkan orang ramai. Jadikan kita mudah untuk
menegur sapa orang dan menanya khabar. Tempat tersebut seperti Semasa
Menghadiri Kursus, Majlis Perkahwinan, Majlis Ilmu di Surau atau Masjid.
- Semasa
berurusan dengan TH atau membayar bil-bil yang terpaksa
menunggu. Buat lah sesuatu yang boleh menenangkan perasaan semasa
menunggu. Antara yang boleh dilakukan ialah berzikir, berbual-bual dengan
orang disebelah atau membawa bahan bacaan.
- Mulai
sekarang apabila hendak ke mana-mana yang melibatkan jarak kurang 1 km,
hendaklah berjalan kaki supaya otot-otot dapat perkuatkan dan menyebabkan
kita terbiasa dengan berjalan kaki.
Perkara yang sangat penting adalah
minda kita hendak berfikiran positif.
Setiap perkara yang berlaku akan menimbulkan kekuatan dan manafaat kepada kita.
Antara fikiran positif ialah:
- Apabila
kita berada bersama orang tidak kita kenali, kita boleh fikirkan bahawa
Allah telah memberi peluang untuk kita berkenalan dan menghubungkan
Silaturahim. Sesungguh Allah akan meluaskan rezki kepada mereka yang menghubungkan
Silaturahim.
- Apabila
kita berurusan yang terpaksa menunggu, kita fikirkan bahawa Allah hendak
memantapkan tahap kesabaran kepada kita. Kita fikirkan bahawa Allah
sentiasa bersama orang yang sabar.
- Apabila
kita terpaksa berjalan jauh untuk ke masjid. Kita fikirkan bahawa setiap
langkah ke masjid menyebabkan Allah mengampunkan dosa kita dan memberikan
Rahmatnya kepada kita.