Wednesday, January 30, 2013

UJIAN KETIGA KEPADA BAKAL HAJI 1434 H

Bakal Haji yang berurusan dengan TH ada yang marah dan merungut kerana mereka tidak dapat menjawab menerima Tawaran Terpilih  pada tarikh yang ditetapkan. Alasan yang diberi ialah surat tidak diterima, surat lambat diterima, Bayaran Haji tidak cukup, menunggu surat pasangan mereka yang belum diterima dan pelbagai alasan yang diberi.

Mereka meluahkan kemarahan kepada anggota yang melayan mereka atas sebab di atas. Adakah itu tindakan yang bijak sesaorang yang Ingin Melaksanakan Haji. Bakal Haji hendaklah bersifat Tenang dalam berurusan kerana masih banyak lagi cara untuk diambil tindakan. Bakal Haji seharus berbincang dengan keadaan Harmoni bagi mengambil tindakan yang bijak tanpa melontarkan kemarahan kepada Tabung Haji.

Langkah yang boleh di ambil adalah seperti berikut:

  1. Datang ke pejabat TH minta dicetak surat Tawaran jika tidak menerima surat tersebut.
  2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dalam borang yang dilampirkan.bagi tujuan dikemaskini dalam sistem TH.
  3. Pastikan dalam Akaun TH terdapat simpanan minima RM10,000.00 bagi tujuan Bayaran Haji RM9,880.00.
  4. Buat surat Rayuan supaya dipertimbangkan semula Tawaran tersebut dan majukan ke TH berhampiran.
  5. Menghadiri Kursus Asas Haji bagi persiapan Ibadat Haji.
  6. Jika Rayuan diluluskan TH akan mengeluarkan surat atau membuat panggilan telefon bagi memaklumkan keputusan tersebut. Atau bakal Haji boleh membuat pertanyaan dengan menghubungi THCC 03-62071919 atau hantar email kepada alamat : phptdwil@lth.gov.my
  7. Jangan ditinggalkan sentiasa berdoa agar Allah memperkenan hajat kita.

Monday, January 28, 2013

UJIAN KEDUA KEPADA BAKAL HAJI 1434

Bakal haji yang berurusan dengan Tabung Haji ada yang meluahkan perasaan Sedih, Marah dan Tidak Puas Hati kepada anggota TH. Perkara yang dibangkitkan ialah kenapa Jiran, Kawan, Teman sepejabat, Teman sekampung Terpilin untuk menunai Haji Tahun ini padahal mereka baru Mendaftar Haji. Bakal Haji tersebut lebih dahulu Mendaftar Haji tapi TIDAK TERPILIH.

Wahai Bakal Haji, Yang TERPILIH itu semua nya Saudara-saudara KITA se ISLAM. Kenapa kita mesti berperasaan Sedih, Marah dan Tidak Puas Hati ?

Bakal Haji hendaklah membuat persiapan DIRI supaya Berfikiran Positif ( SIFAT MAHMUDAH ). Salah satu sifat Positif ialah merasa Gembira dan Syukur apabila melihat atau mendengar Saudara KITA mendapat Kebahagian. Dan kita Iringinya dengan Doa supaya kebahagian mereka bertambah dan Allah memberi kita kebahagian pada masa yang mendatang,

Jika kita berjaya menghadapi Ujian ini, Insya ALLAH bakal haji akan merasa tenang dalam Melakukan Ibadat Haji di Mekkah. Jika tidak Hati kita akan Tertekan kerana di Mekkah ramai orang yang akan dapat lebih dari pada kita. Ini lah bisikan Syaitan bagi merosak Ibadat Haji kita.

Saturday, January 26, 2013

UJIAN PERTAMA BAKAL HAJI 1434 H

Saya menerima pelbagai ragam bakal haji yang berurusan dengan Tabung Haji Wilayah Persekutuan. Mereka berurusan untuk bertanya Status Haji, Membuat Rayuan Haji 1434H, Menjawab Tawaran Haji 1434H dan Mendaftar Haji.

Antara luahan perasaan mereka yang berurusan adalah seperti berikut :


  • Kenapa saya yang sudah tua tidak ditawarkan untuk menunaikan haji pada tahun ini (1434 H)? Perasaan mereka merasa sedih kerana telah mengumpul wang bagitu lama sehingga dimamah usia baru cukup Perbelanjaan Haji.
          TH hanya boleh Menawarkan Tawaran Haji kepada mereka yang Mendaftar Dahulu di Dahulukan.    Itu lah Dasarnya. Mereka yang Daftar Dulu tidak kira tua atau muda akan ditawarkan. Tawaran dikecualikan kepada mereka yang Terpilih berumur kurang 15 tahun. Memang lah perasaan sedih tersebut dirasai. Tapi nak buat masam mana? Keluar air mata darah ke, mengamuk ke, marah ke dan pelbagai perasaan keluar tak dapat memenuhi kehendak kita. 

Cuba kita rujuk kepada Wajib Haji diantaranya ialah Berkemampuan. Berkemampuan ialah Sihat Tubuh Badan, Cukup Perbelanjaan Haji dan orang yang ditinggalkan, telah memahami Hukum Hakan Ibadat Haji dan Telah Terpilih untuk menunaikan Haji pada tahun berkenaan. Kenapa kita perlu MARAH ? Segala Usaha telah kita lakukan Belajar Hukum Hakan Ibadat Haji telah dipelajari, wang telah disimpan, kesihatan telah dijaga tapi belum TERPILIH. Allah Maha Mengetahui atas Usaha Hamba Nya. Apa yang boleh diusahakan ialah membuat Rayuan dan mengadu kepada Allah s.w.t. Bagi mereka yang telah Mendaftar dan berusia 75 tahun ke atas akan dimasukan Ketegori Rayuan Lanjut Usia . Jika mereka Terpilih, hendaklah bersama Waris yang rapat untuk membantu keperluan Haji Lanjut Usia. Pengiring hendaklah sama jantina. Pengalaman tahun lepas pengiring adalah budak berusia 16 tahun dan ada pula pengiring lain jantina. Maka terpaksa masuk bilik yang lain Jantina. Menimbulkan ketidak selesa orang yang dalam bilik penginapan.

Sunday, January 20, 2013

SEMPURNA MAJLIS PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJAH 1433 HIJRAH

Saya mengucapkan terima kasih kepada Haji dan Hajah 1433 yang telah bersama-sama menjaya Majlis Perhimpunan Persaudaraan Hujah 1433 di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur pada 20 Januari 2013.

Suasana kemesraan Haji dan Hajah terakam semasa menghadiri Majlis ini. Menimbulkan SEMANGAT HAJI dikalangan Haji dan Hajah bersama Ustaz yang membimbing Haji dan Hajah semasa Kursus Asas Haji, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Tidak ketinggalan kemesraan itu juga berlaku terhadap Anggota TH Wilayah Persekutuan bersama Haji  dan Haji dan mengingatkan kenangan semasa berurusan di Tabung Haji sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Dengan terhasilnya Majlis dapatlah Haji dan Haji mengambil beberapa tindakan untuk meneruskan usaha memenafaat UMMAH. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Mengujudkan FACE BOOK Haji dan Hajah 1433 Wilayah Persekutuan.
  • Membuat perbincangan di antara Haji dan Hajah supaya di ujudkan satu Organisasi yang dapat merancang dan mengaturkan Aktiviti kepada Kalangan Haji dan Hajah.
  • Memasyarakatkan Haji dan Hajah.
  • Membantu Haji dan Hajah yang memerlukan bantuan mempertingkatkan Ilmu Pengetahuan Agama.
  • Membantu Haji dan Hajah bagi mempertingkatkan bidang Ekonomi.
  • Memanafaatkan Kebolehan, Kemampuan dan kepakaran masing-masing untuk UMMAH
  • Menyalurkan Maklumat Agama kepada Masyarakat.
Insya Allah Usaha kita mendapat Keberkatan Allah s.w.t  Amin........

Saturday, January 19, 2013

TAWARAN HAJI KALI KEDUA

Tawaran Haji Terpilih kali pertama telah tutup pada 17 Jan. 2013. Mereka yang tidak menjawab tidak akan ditawarkan pada tahun hadapan. Bagi mereka yang masih belum menjawap tapi bercadang untuk menunaikan haji pada tahun hadapan atau tahun berikut masih boleh memjawab menolak tawaran 1434 dan membuat pilihan tahun yang dicadangkan.

Pada tarikh tutup seramai 40% menerima tawaran, 40% tidak menjawap dan 20% menolak tawaran.

THWP sedang memproses mengeluarkan surat tawaran peringkat kedua kepada mereka yang terpilih pada 1434. Bagi mereka yang mendaftar pada tahun 2006 boleh membuat semakan dengan bertanya melalui email phptdwil@lth.gov.my dengan menyatakan nama dan No. IC untuk rujukan.

THWP akan menguruskan panggilan berikut apabila sampai masanya:

  1. Panggilan untuk Kursus Intensif Haji
  2. Panggilan untuk Pemeriksaan Kesihatan
  3. Panggilan untuk serahan Pasport Malaysia Antarabangsa.
  4. Panggilan Kursus Perdana Haji
  5. Panggilan untuk serahan Beg dan barang Hadiah Sahabat Koperat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes