Sedang saya membaca buku Panduan Ibadat Haji yang diberi oleh TH tergambar bagaimana kerdilnya dan lemahnya saya apabila saya sampai ke Tanah Suci nanti. Saya bayangkan manusia terlalu ramai semasa tawaf, sai, didalam Masjidil Al Haram, semasa di Arafah dan semasa bergerak ke tempat melontar dan semasa melontar. Terlafas pada lisan saya, Ya Allah! sesungguhnya saya tidak mampu untuk berhadapan dalam suasana itu, maka aku memohon bantuan mu Ya Allah! berilah aku kekuatan dan kemudahan supaya aku mampu melakukan perkara-perkara Rukun dan Wajib Haji dan Umrah. Tanpa aku sedari air mata ku meleleh di pipiku.
Saya sedar bahawa haji adalah jihad, maka sudah pasti adanya ujian dan cabaran. Ujian bukan sahaja kesusahan dan kepayahan tetapi juga kesenangan dan kelapangan. Tujuan Allah member ujian adalah untuk mengapuskan dosa saya atau untuk meningkatkan darjat saya disisi Allah. Maka saya mengenangkan dosa-dosa yang telah saya lakukan, Ya Allah! ampunkanlah dosa ku yang banyak, yang aku sedar, yang aku sengaja dan yang tidak tahu. Saya terfikir, jika saya melakukan kesalahan kepada manusia, sudah pasti mereka tidak akan memaafkan, tetapi Allah maha pengasih dan penyayang. Sebesar mana dan sebanyak mana dosa yang dilakukan melainkan Syrik kepadanya, Allah akan mengampunkan dan mengapuskan dosa hambanya apabila mereka bertaubat dan beristifar. Sekali lagi air mataku membasahi pipiku.
Sekarang saya mulai Insaf……………………………………….

bersambung
1 comments:
Apabila saya terbaca catatan tuan haji,dengan tidak semena-mena air mata saya mengalir apabila membaca doa yang tuan haji catatkan....insyallah saya akan sentiasa amalkan doa itu sepanjang masa sebelum dan setelah berada ditanah suci mekah...hati saya juga terdetik ...mampukah saya melakukan ini semua....?tanpa bantuan mu ya Allah aku berasa tersangat kerdil apabila sampai ditanah suci mekah nanti....beristifar 3 X setiap hari....
Post a Comment