Wednesday, February 3, 2010

SYARAT RAYUAN 1431H

TH telah menerima banyak permohonan rayuan untuk menunaikan haji pada tahun 1431H. Oleh itu TH perlu membuat penapisan awal bagi mempertimbangkan rayuan tersebut. TH telah membuat penetapan rayuan mengikut kategori berikut yang akan dipertimbangkan.

1. Rayuan Oleh Bakal Haji Yang Mempunyai Masalah Kesihatan.
Permohonan rayuan hendaklah disertakan surat sokongan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau Pegawai Perubatan Pakar Swasta.

2. Rayuan Kerana Menjadi Mahram Kepada Bakal Haji Terpilih/Standby. Mahram yang sah mengikut hukum syarak dan perlu melengkapkan borang pengesahan mahram atau Sijil nikah atau sijil beranak jika hubungan dengan anak.

3. Rayuan Oleh Bakal Haji Lanjut Usia. Bakal Haji yang dimaksudkan adalah bakal haji yang berumur 70 tahun dan ke atas.

Rayuan selain mereka yang di kategori di atas tidak dapat dipertimbangkan.

5 comments:

NAHDAH ZAHID said...

Salam, tuan.Syarat-syarat rayuan haji yg disebut hanyalah on paper. Hakikatnya ramai orang yang saya kenal dan saya tahu dapat pergi kerana ada syarat lain;iaitu kabel YB dan orang politik serta orang tertentu. Malahan,malang sekali ada yg pergi kerana ada unsur `tumbuk rusuk`- bukan cakap kosong , ada bukti.Pegawai di LUTH akan didakwa di mahkamah Allah nanti....

Anonymous said...

SAYA SOKONG APA YG BELACAN GORENG KATA. YG POKET PENUH. PAKEJ LUMAYAN LEBIH DIUTAMAKAN. SEKIRANYA INI SALAH ANGGAPLAH IA BUKAN FITNAH, TETAPI KELUHAN ,KEKECEWAAN SEORNG BAKAL HAJI YG TERPINGGIR

Anonymous said...

pada pandangan saya LUTH harus dan wajar untuk membubarkan pakej haji kerana ia menggangu bakal-bakal haji wajib kalau pakej umrah tak apa.

Anonymous said...

SALAM USTAZ... saya nak tanya.. bagaimana jika ibubapa saya masih belum mendapat tawaran.. rayuan telah dibuat. untuk pengetahuan pada tahun lepas ibubapa saya adalah dalam status standy.. adakah pada tahun ini ibubapa saya mempunyai peluang menunaikan haji? dan bilakah status untuk bakal rayuan dikeluarkan?

Anonymous said...

SALAM USTAZ ....Orang sekarang ekonomi mereka kukuh , wang tiada menjadi masaalah lagi jadi boleh lah tunai berapa kali yang mereka suka melalui pakej. Tapi disebalik itu yang kurang mampu pergi melalui pakej perlu menunggu terlalu lama , yang lanjut usia dari sihat sehingga lah kekuatan berkurangan.Pada pendapat saya masa menunggu giliran adalah terlalu lama pada masa kini ,jadi Tabung Haji perlu memikir semula kaedah memberi quota kepada pakej haji sebab permohonan haji terlalu banyak buat masa kini maka tidak sesuai diberi pada pakej haji.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes