Thursday, September 19, 2013

JEMAAH HAJI MASUK MEKKAH

Bermula 20 September 2013 bakal haji akan menaiki pesawat yang mendarat di Jedah dan menaiki bas ke Mekah.

Berkaitan dengan memakai pakaian Ihram banyak pandangan dan cadangan bila masa hendak memakai pakaian Ihram.

Masa Untuk memakai pakaian Ihram sebaiknya apabila hendak berniat Haji atau Umrah. Oleh itu ada yang mencadangkan untuk memakai pakaian Ihram di dalam kapalterbang.Ada yang bercadang untuk memakai pakaian Ihram apabila sampai di Kelana Jaya. Cadangan tersebut tidak menjadi kesalahan dan tidak dikenakan Dam.Tapi didalam Pesawat atau di Kelana Jaya tidak selesa kerana ada perkara-perkara SUNAT sebelum memakai Ihram memerlukan tempat yang sesuai.

Jika bakal Haji memakai Pakaian Ihram di rumah adalah sangat selesa. Sebelum memakai Pakaian Ihram perkara SUNAT yang dilakukan ialah:

  • Memotong kuku
  • mengerat rambut supaya kemas
  • mencukur atau mengunting misai 
  • Mencabut bulu ketiak dan bulu ari-ari
  • Mandi sunat Ihram
  • Memakai bau-bauan pada badan (elakan memakai bau-bauab pada pakaian Ihram )
  • Mekalukan Solat Sunat Ihram (bukan pada waktu Tahrim)
Apabila telah lengkap memakaian Pakaian Ihram akan timbul perasaan yang berlainan kepada anak-anak, saudaramara, rakan taulan dan jiran tertanga.Akan tergambarlah bahawa bakal haji sedang mula untuk Perjalanan Kerohanian.Bakal Haji tidak perlu BERNIAT pada masa ini. Waktu berniat ialah apabila hampir pada Miqat Makani.

Didoakan semuga dapat melakukan Ibadat Haji dengan sebaiknya dan mendapat Haji Mabrur.



1 comments:

Anonymous said...

As Salam ustadz, bagaimana dengan cadangan supaya pakai ihram bawah dulu dan t-shirt semasa dari rumah. Dlm kapal bila hampir sampai miqat baru pakai ihram atas. Perkara2 sunat tu dibuat dirumah tapi tanggalkan ihram dan pakai t-shirt serta seluar dalam selepas solat sunat ihram. Wassalam.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes