Tuesday, August 6, 2013

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI

Tabung Haji sedang mencetak dan menguruskan Surat Jadual Penerbangan (SJP)Haji 1434 secara berperingkat.

TH Wilayah akan pos  SJP pada 7 Ogos 2013 kepada Bakal Haji.

SJP adalah Surat yang memaklumkan kepada Bakal Haji Tarikh untuk Melapor Diri untuk ke Tanah Suci.

Maklumat yang dinyatakan ialah No. Penerbangan pergi dan Balik. Tempoh berada di Tanah Suci. Tempat Melapor Diri. Tempat mendarat di Tanah Suci.

TH Wilayah mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Semoga mendapat Haji Mabrur.

Bakal Haji yang ingin mendapatkan SPJ sila hantar maklumat Spt. berikut di alamat email : phptdwil@lth.gov.my.
Maklumat yang diperlukan untuk rujukan ialah Tajuk : Jadual Penerbangan, Nama dan No. Kad Pengenalan.

Di Kesempatan ini juga Mengucapkan :

SELAMAT HARI RAYA FITRAH SEMOGA ALLAH MENERIMA AMALAN IBADAH DALAM BULAN RAMADHAN.

12 comments:

Anonymous said...

"TH Wilayah akan pos SJP pada 7 September 2013 kepada Bakal Haji"

Maaf Tuan haji, adakah kenyataan di atas benar kerana rasanya 7 September ialah tarikh penerbangan pertama?

Hj Mazlan said...

Terima kasih atas teguran tuan.

Telah dibetulkan. Sebenarnya 7 Ogos 2013 esok (hari Rabu)

Anonymous said...

Assalamualaikum, Tuan Haji.
Saya sedang menunggu rayuan mahram untuk anak saya utk mengikut sy menunaikan haji tahun ini. Tapi setakat ni masih takde jawapan. Sekiranya rayuan anak saya sebagai mahram tidak berjaya, bolehkah saya menangguh menunaikan haji tahun ni ke tahun hadapan?
Kalau tangguh pun, adakah saya akan didenda?
Dan adakah saya akan tetap ditawarkan pd tahun hadapan? atau saya terpaksa menunggu tawaran? Saya benar2 ingin membawa nak lelaki saya sebagai mahram utk menunaikan haji tahun ini. Harap tuan hai dpt beri nasihat. Terimakasih

Anonymous said...

Salam puan..sekadar ingin mmbntu..puan bole semak tawaran dlm website tbg haji if nk cepat...puan juga boleh semak trus di tbg hj..call direct line sbb jk tiada tawaran smpi sekrg nungkin ank puan tak dpt...sekadar ingin berkongsi sbb alhmdulillah cara yg same sy buat untuk isteri sy...mahram status...

PESONA said...

TAHNIAH KEPADA PARA JEMAAH YANG TELAH BERJAYA MENERIMA SJP HAJI PADA TAHUN INI 1434....DAN TELAH BERSIAP SEDIA UNTUK MENGHADAPI DENGAN PENUH KESABARAN MENEMPUH DUGAAN DALAM MENJALANI IBADAH HAJI DI MEKAH DENGAN KEADAAN MASJIDIL HARAM MASIH LAGI DIDALAM PENGUBAHSUAIAN........

Anonymous said...

Salam Tn haji,
Sekadar ingin bertanya. Sekarang suart sudah dicetak sehingga penerbangan kt berapa ?

Hj Mazlan said...

Surat Jadual Penerbangan Haji Di keluarkan berperingkat-peringkat. Ada yang masih belum ditentukan Penerbangan berapa.

Anonymous said...

Salam.saya Ingin bertanya adakah yg masih belum dapat tarikh penerbangan.saya masih belum dapat lagi..timbul jua kerisauan di hati..adakah saya sahaja belum dapat atau mmg masih ramai lgik.paling lewat dapat bila ye ustaz?tq

Anonymous said...

Assalamualaikum..saya juga masih belum dapat jadual penerbangan haji..Bilakah tarikh akhir jadual penerbangan akan dikeluarkan?

Anonymous said...

Salam.saya juga masih belum dapat jadual penerbangan.untuk mkluman saya pergi bersama kakak saya sebagai mahram saya.tdi saya Ada menhubungi tabung haji contek centre...mereka mengatakan kerajaan Aran Saudi mengetatkan syarat....perempuan mesti ade mahram lelaki bersama.so saya nk tau status saya macmana.adakah saya msih berpeluang dijemput mnjadi tetamu Allah pada thun ini atau sebaliknye...wallahuaalam...

Anonymous said...

Assalamualaikum..mohon penjelasan adakah benar jika tdk dpt jadual penerbangan sehingga 7 sept ini bermakna tdk dpt manunaikan haji thn ini.THCC yg naklumkan.saya blm dpt jadual penerbgn lg.dimaklumkan bakal haji wanita bwh 45 thn ada syarat lain dan visa agak ketat dr Arab Saudi..semuanya bergtg pa visa dr Arab Saudi.

Anonymous said...

salam.saya ingin bertanya.bilakah pihak tabung haji akan mengeluarkan surat berkaitan tentang kegagalan Jemaah haji menunaikan fardhu haji disebabkan kerajaan arab Saudi mengatatkan syarat perempuan 45 taun kebawah mesti ada mahram lelaki menemani.saya merupakan salah seorang bakal Jemaah haji yg menghadapi maalah ini.apakah altenatif tabunh haji untuk mengatasi masalah ini.adakah muktamad saya tidak dpt menunaikan fardhu haji pada tahun ini,atau pihak tabung haji ada altenatif lain untuk memberi ruang saya menunaikan fardhu haji pada tahun ini.sekian wallahualam

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes