Monday, August 19, 2013

SERAHAN BARANG HADIAH BAKAL HAJI 1434


Bakal Haji 1434 yang berurusan dengan THWP akan mula menerima barang-barang hadiah dari Sahabat Koperat Tabung Haji pada 1 dan 8 September 2013. ( Hari Ahad).

Surat menjemput bakal haji akan diposkan pada 22 Ogos 2013.

Barang hadiah akan diserahkan kepada Bakal haji di tingkat 22 Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.  ( THWP) Semasa penyerahan barang hadiah bakal yang mengikuti Muassasah akan diberi beg Bimbit. 

Bakal Haji Pakej atau Syarikat Swasta, beg akan diserahkan oleh Pakej atau Syarikat swasta.

Bakal haji hendaklah datang untuk mengambil hadiah tersebut mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat panggilan bagi melancarkan penyerahan barang hadiah.

4 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum tuan, sekiraya bakal haji tidak berkesempatan untuk mengambil barang-barang berkenaan pada tarikh yang berkenaan kerana perkara yang tidak dapat dielakkan, bolehkan pengambilan barang tersebut dilakukan di pejabat TH yang berhampiran?

Hj Mazlan said...

Boleh diambil di mana TH berhampiran, tertakluk kepada stok masih ada.

MH8625 said...

Boleh kah saya mengambilnya sebelum 1 Sept 2013? Saya akan pergi sendiri ke TH Perdana. Sebab saya adakan kenduri 1 Sept tersebut. Penerbangan saya pada 7 Sept ini

Anonymous said...

Ada hadiah yang dipaparkan oleh tuan, saya tidak terima...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes