Wednesday, February 29, 2012

MENJAWAB TAWARAN HAJI 1433

Bakal Haji Terpilih 1433 yang berurusan dengan THWP telah dikeluarkan surat tawaran dalam tempoh 4 hari bermula pada 21 Feb hingga 24 Feb 2012. Bakal Haji yang terpilih hendaklah mengambil kesempatan untuk mengerjakan Haji pada tahun ini. Elakkan daripada menangguh pemergian kerana kesempatan ini mungkin tidak ada pada tahun yang mendatang.
Penangguhan hanya boleh dibuat atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Syarak. Contoh berkaitan masalah kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Pegawai Perubatan atau mempunyai penyakit Kronik.
Pada 28 Feb 2012 Bakal haji WP yang telah menjawab Cuma 5% dan yang menolak 1% dan bakinya masih belum membuat jawapan.
Kemungkinan Bakal Haji yang belum menjawab adalah kerana belum mencukupi Bayaran Haji atau pasangan masih belum terpilih atau belum menerima surat atau tidak bercadang untuk menunaikan haji pada tahun ini.
Bagi yang pasangan belum terpilih, seeloknya yang sudah terpilih menerima tawaran kemudian pasangan yang belum terpilih membuat Rayuan Mahram dengan mengisi Borang yang disediakan oleh TH.
Bakal Haji yang tidak menerima surat sila hubungi THCC 03-62071919 untuk mendapatkan pengesahan dan jika Terpilih sila dapatkan surat Tawaran di TH berhampiran.
Bakal Haji yang tidak bercadang untuk tahun ini juga perlu menjawab jika tidakkemungkinan mereka tidak di tawarkan pada tahun depan.
Perlu diingatkan tempoh untuk menjawab adalah sebelum atau pada 17 Mac 2012.

Thursday, February 16, 2012

TAWARAN BAKAL HAJI TERPILIH 1433H

Tabung Haji telah memilih bakal haji Terpilih 1433H bermula sekarang. Orang ramai boleh membuat semakan di pejabat TH berhampiran atau boleh juga menghantar nama dan no kad pengenalan melalui email phptdwil@lth.gov.my untuk mendapat maklumat tersebut.
Tabung Haji Wilayah Persekutuan sedang dalam proses untuk mengeluarkan surat tawaran kepada bakal haji 1433H terpilih, Insya Allah minggu hadapan.
Bakal haji 1433H yang menerima surat tawaran hendaklah menjawab menerima atau menolak tawaran tersebut sebelum atau pada 14 Mac 2012. Jika mereka tidak menjawab tawaran pada tarikh yang ditentukan, maka tuan/puan dianggap telah menolak tawaran dan tiada jaminan diberi tawaran pada Musim Haji berikutnya.
Semasa menjawab menerima tawaran bakal haji 1433H perlu mencukupkan Bayaran Haji sebanyak RM9,980 bagi Warga Negara Malaysia yang belum pernah menunaikan haji. Bakal Haji 1433H yang pernah menunaikan haji atau Pemastautin Tetap (PR) perlu mencukupkan RM14,880.
Bayaran Haji 1433H belum ditetapkan, jika jumlah di atau terdapat perubahan, bakal haji akan dimaklumkan secara bersurat/bertulis.
Bakal Hajii 1433H yang ditawarakan, jika telah mencukup syarat berkemampuan jangan menolak tawaran kerana peluang ini hanya datang sekali. Masa lain kita tidak tahu, kemungkinan sakit ke, terpaksa menggunakan simpanan untuk haji atau lain-lain perkara yang didak boleh dielak.

Friday, February 10, 2012

LATIHAN BERKORBAN UNTUK IBADAT HAJI

Kursus Asas Haji (KAH)telah perjalan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Setiap tahun ramai mereka yang menghadiri Kursus ini. Modul kursus berkaitan Ibadat Haji, Pengurusan Haji, Penjagaan Kesihatan , Masalah Wanita.
Tabung Haji Wilayah Pesekutuan telah menambah 2 Modul berkaitan Fardu Ain.
Bakal Haji 1433H hendaklah mengambil kesempatan untuk menambah Ilmu berkaitan Ibadat Haji supaya Ibadat Haji yang akan dilakukan pada tahun ini adalah yang terbaik dan sempurna. Apabila balik ke Tanah Air merasa sangat berpuas hati kerana telah mencapai kesempurnaan.
Semasa Bakal Haji 1433H menjalani Kursus Asas Haji selama 19 Siri, diharapkan tidak tertinggal atau gagal menghadiri satu modul pun. Buat perancangan bahawa keutamaan adalah menghadiri KAH. Aktiviti hujung minggu yang lain diaturkan selepas KAH.
THWP telah mengada banyak tempat KAH di Wilayah Persekutuan dan kawasan sempadan, bertujuan Bakal Haji dapat mengikuti KAH yang berhampiran tempat kediaman. Menghadiri KAH di dalam Kariah banyak faedahnya, antaranya memakmurkan masjid kita, jimat masa perjalanan, merapatkan hubungan Silaturahim, dapat datang awal dan balik selepas Solat Zuhor atau Asar jika KAH mula 2.00 ptg. Ambillah kesempatan beriktikaf di masjid.
Bakal Haji 1433 jangan terlalu memilih Ustaz, kita sebagai orang inginkan Ilmu hendaklah bersangka baik dengan Ustaz supaya ilmu itu berkat. Jangan kita seronok tempat Kursus yang kita hadir ramai orang. Sebaiknya peserta kursus dalam lingkungan 100 hingga 150 sahaja. Dengan jumlah tersebut Ustaz dapat memberikan tumpuan kepada peserta dalam penyampaiannya supaya ilmu yang beri memberi kesan yang mendalam.
Selamat Menjalani Kursus Asas Haji 1433 Hijrah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes