Tuesday, June 14, 2011

FALSAFAH MEMAKAI KAIN TIDAK BERJAHIT DAN BERCANTUM

Setiap perbuatan atau gerak manusia dalam kehidupan penuh dengan Falsafah. Bagitu juga setiap perintah Allah s.w.t ada falsafah untuk kesedaran hambanya. Cuba kita selami apa yang tersirat dari Larangan Ihram kepada lelaki supaya tidak memakai pakaian berjahit . Di antara yang tersirat atau Falsafahnya adalah seperti berikut:
• Mengingatkan kita adalah makhluk ciptaan Allah yang suci bersih.
• Mengingatkan kesudahan kita iaitu kematian dalam suci bersih.
• Merasai kesukuran kerana banyak nikmat yang telah kita perolehi dari Allah s.w.t. Kita diberi kemampuan mendapatkan pakaian untuk menutup tubuh dari kesejukan dan kepanasan. Kita boleh memakai pelbagai corak dan warna. Boleh dibuat pilihan jenis kain yang lembut, licin dan diletak pelbagai hiasan. Perhatikan Kain Ihram disunatkan berwarna putih, tidak berjahit(bercantum) ,kain tebal dan kasar benangnya.
• Melatih kita berhati-hati dan berjaga-jaga kerana tidak memakai seluar dalam. Kain tidak bercantum dan bila-bila masa boleh terdedah.
• Melatih kita lebih kreatif semasa hendak dan berkeadaan memakai kain ihram yang banyak kekurangannya.
• Meningkat jati diri dalam semua keadaan dengan bahan yang terhad.
• Menghilangkan kesombongan dan merasakan kekurangan diri
• Kekayaan tidak dapat menebus jika tidak memakai Kain Ihram. Jika semasa dalam Ihram tidak memakai kain Ihram kerana sanggup membayar dam dengan harga yang mahal, tapi wang tidak boleh menebus Dosa kerana melanggar larangan ihram dengan sengaja.
Falsafah yang dinyata di atas adalah sebahagian dari beribu-ribu perkara yang tersirat. Waullahhuaklam…………….

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes