Monday, June 20, 2011

MEMAKAI SARUNG TANGAN

Jemaah Haji lelaki dan wanita dilarang memakai sarung tangan iaitu menyarung tanggan dari hujung jari hingga pergelangan tangan. Wanita dibolehkan memakai sarung lengan bagi menutup aurat.
Perbuatan yang tidak dilarang adalah seperti berikut:
• Memasukan tangan dalam beg, sarung kasut, uncang batu, poket seluar bagi tujuan mengambil sesuatu.
• Melindungi tangan dengan kain tudung atau kain ihram
Hikmat dilarang memakai sarung tangan adalah seperti berikut:
• Mengingatkan jemaah haji sentiasa berdoa kehadrat Allah s.w.t dengan tangan yang menadah.
• Menandakan jemaah haji menyerahkan diri dengan tangan yang tiada apa-apa ke Hadrat Allah s.w.t
• Menandakan manusia tiada kuasa dihadapan Allah s.w.t
• Mengaku di hadapan Allah s.w.t bahawa tanggan inilah yang banyak melakukan dosa.
• Membayangkan pengharapan hamba kepada Khalidnya sebagaimana pengharapan anak kecil kepada ibunya.

Sunday, June 19, 2011

MENUTUP MUKA SEMASA IHRAM

Wanita dalam Ihram di larang menutup muka samada memakai purdah, sapu tangan, mask dan sebagainya.
• Jika terpaksa memakai Mask kerana mengelakan daripada debu kerana boleh mendatangkan mudarat maka tidak berdosa tapi dikenakan dam.
• Jika terlupa menutup muka dengan kain, hendaklah dengan cepat menanggalkan apabila ingat atau diberitahu, maka tidak berdosa dan tidak kena dam.
• Menutup hidung dan mulut dengan tangan untuk mengelakan dari habuk atau debu, tidak dikenakan dam.
Falsafah:
Banyak iktibar kepada diri jika setiap ibadat dilihat falsafah. Antara falsafah dilarang wanita menutup muka ketika Ihram adalah seperti berikut:
• Memperingatkan kepada kita, menutup aurat kepada wanita adalah wajib iaitu hanya dibenar terbuka ialah muka dan tapak/belakang sehingga pergelangangan tangan.
• Memperingatkan kita, jika wanita membuka muka boleh menimbulkan fitnah semasa di luar Ihram, hendaklah menutup muka, bukan kerana debu, habuk atau sebagainya.
• Muka terletaknya kemuliaan apabila menghadapi Allah s.w.t samada ketika solat dan Haji/Umrah.
• Memberi peringatan supaya sentiasa berwaspada dalam menjalani kehidupa kerana lelaki akan mencuri-curi ingin melihat.
• Melatih supaya sentiasa teliti menjaga aurat di kawasan muka kerana rambut atau dagu mudah terdedah.

Thursday, June 16, 2011

MENUTUP KEPALA SEMASA IHRAM

Lelaki yang dalam Ihram di larang menutup semua atau sebahagian kepala dengan songkok, kopiah, kain Ihram dan apa-apa kain tapi diharuskan tanpa dikenakan dam perkara-perkara berikut:
• Berteduh di bawah payung, pokok, khemah, dalam bas dan sebagainya yang tidak mengenakan kepala.
• Meletakan cermin mata di atas kepala.
• Apabila sedang tidur, tanpa sedar kain Ihram menutup kepala.
• Mengikat di dahi sehingga mengelilingi tepi kepala.
Apabila terlupa atau tidak sengaja menutup kepala hendak menanggal apa yang menutup kepala dengan segera apabila ingat atau diberitahu. Apabila dilakukan perkara tersebut, tidak dikenakan dam dan tidak berdosa.
Di antara Falsafah dilarang menutup kepala kepada lelaki adalah seperti berikut:
• Memperingatkan tempatnya otak bagi tujuan akal berfikir.
• Memperingatkan panca indra yang utama seperti mata, mulut,hidung dan telinga di Kepala akan menjadi saksi bersama anggota lain dihadapan Allah s.w.t.
• Memperingatkan kita bagaimana nanti apabila berada di Padang Masyar yang tiada apa-apa untuk berteduh dari matahari.
• Menzahir persamaan manusia apabila dari jauh, tidak dapat dibezakan kedudukan manusia sama ada kaya, miskin, raja, rakyat jelata, berpangkat, ada gelaran dan sebagainya.

Tuesday, June 14, 2011

FALSAFAH MEMAKAI KAIN TIDAK BERJAHIT DAN BERCANTUM

Setiap perbuatan atau gerak manusia dalam kehidupan penuh dengan Falsafah. Bagitu juga setiap perintah Allah s.w.t ada falsafah untuk kesedaran hambanya. Cuba kita selami apa yang tersirat dari Larangan Ihram kepada lelaki supaya tidak memakai pakaian berjahit . Di antara yang tersirat atau Falsafahnya adalah seperti berikut:
• Mengingatkan kita adalah makhluk ciptaan Allah yang suci bersih.
• Mengingatkan kesudahan kita iaitu kematian dalam suci bersih.
• Merasai kesukuran kerana banyak nikmat yang telah kita perolehi dari Allah s.w.t. Kita diberi kemampuan mendapatkan pakaian untuk menutup tubuh dari kesejukan dan kepanasan. Kita boleh memakai pelbagai corak dan warna. Boleh dibuat pilihan jenis kain yang lembut, licin dan diletak pelbagai hiasan. Perhatikan Kain Ihram disunatkan berwarna putih, tidak berjahit(bercantum) ,kain tebal dan kasar benangnya.
• Melatih kita berhati-hati dan berjaga-jaga kerana tidak memakai seluar dalam. Kain tidak bercantum dan bila-bila masa boleh terdedah.
• Melatih kita lebih kreatif semasa hendak dan berkeadaan memakai kain ihram yang banyak kekurangannya.
• Meningkat jati diri dalam semua keadaan dengan bahan yang terhad.
• Menghilangkan kesombongan dan merasakan kekurangan diri
• Kekayaan tidak dapat menebus jika tidak memakai Kain Ihram. Jika semasa dalam Ihram tidak memakai kain Ihram kerana sanggup membayar dam dengan harga yang mahal, tapi wang tidak boleh menebus Dosa kerana melanggar larangan ihram dengan sengaja.
Falsafah yang dinyata di atas adalah sebahagian dari beribu-ribu perkara yang tersirat. Waullahhuaklam…………….

Monday, June 13, 2011

MEMAKAI PAKAIAN BERJAHIT SEMASA IHRAM

Memakai pakaian berjahit dengan menyarung apabila memakainya seperti seluar, baju, kasut, kain sarung bagi lelaki. Mereka yang dalam Ihram diharuskan melakukan perkara-perkara berikut tanpa dikenakan dam:
• Memakai gelang, jam tangan,cincin,cermin mata yang diikat tali, tali pinggang, menyarungkan beg selendang ke leher, beg galas ke bahu.
• Memakai selain dari pakaian Ihram seperti tuala mandi, kain sarung yang tidak disarungkan walaupun kain tersebut bercamtum dan tidak warna putih.
• Kain Ihram boleh ditanggalkan pada tempat yang tertentu bagi tujuan tertentu.
• Memakai kasut yang boleh menampak kesemua jari kaki dan tumit.
• Menutup kaki dengan kain ihram atau apa-apa kain di atasnya.
• Menyemat pin pada dua penjuru kain Ihram dibahagian bawah tidak diboleh bagi kain di bahagian atas kain Ihram.
• Bercawat dengan kain ihram yang tidak disarungkan dan berjahit.
• Memakai lampin pakai buang.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes