Friday, November 26, 2010

BERITA DARI MAKKAH

Alhamdullilah saya berada di Makkah, menginap di bangunan Janadriah yang setingginya 15 tingkat.
Bangunan ini menampung melebihi 7,500 jemaah dan petugas haji. Terdapat 3 Maktab iaitu Maktab 72, 73 dan 74, 3 klinik dan Rawatan Kecemasan, Famasi , Kaunter Pengeluaran dan Ibu Pejabat TH Makkah.
Saya dan isteri berada di Maktab 73 dan menginap di bilik berenam di tingkat 9. Keadaan bilik sangat selesa. Diruang legar Tingkat 9 di adakan solat Jemaah bagi mereka yang uzur atau tidak sempat ke Masjidil Haram. Tempat mengambil makan tengahari dan malam juga di tingkat yang sama. Di bangunan ini terdapat Kafteria,menjual cenderamata, minyak atar, buku-buku agama dan Quran, Perkhidmat Dobi dan Penghantaran Barang ke Malaysia.
Jarak dari hotel ke Masjid Al Haram 800 meter. Setiap akan masuk waktu solat, banyak ven menunggu untuk membawa jemaah ke masjid dengan tambang SR1 seorang. Bagi mereka yang uzur perkhidmatan kerusi roda sedia menunggu di hadapan hotel untuk memberi perkhidmatan.

Wednesday, November 3, 2010

BERADA DI MAKKAH

Alhamdullah saya telah berangkat ke Tanah Suci pada 26 Oktober 2010 dengan menaiki
KT 57.
Dalam pesawat kami diberi 2 kali makan. Kami dikehendaki memakai Pakaian Ihram kerana akan masuk ke Makkah bagi tujuan Umrah atau Haji (jika ada).
Semasa sampai di Lapangterbang Antarabangsa King Abdul Aziz. Kami turun dari kapalterbang di lapangan untuk menaiki bas untuk dibawa ke terminal ketibaan.
Semasa di dewan tiba kami digerakan untuk pemeriksaan Imigresen dengan dichop pada pasport, kemudian mengambil beg dan seterusnya x ray beg dan melalui proses tampal stiker maktab dan tampal tiket bas. Ada diantara kami dan termasuk saya dimaklumkan beg kami tidak dibawa dengan pesawat yang kami naiki tapi akan dibawa dengan pesawat berikutnya. Alhamdulillah mereka tidak marah dan menerimanya dengan tenang. Seterusnya kami di pandu oleh perugas TH untuk ke tempat rehat sebelum menaiki bas. Apabila persiapan untuk menaiki bas telah sedia maka kami diminta beratur dua barisan iaitu lelaki satu barisan dan perempuan satu barisan. Pasport diambil oleh Wakil Bersatu semasa pergerakan menaiki bas. Semasa didalam bas kami diberi bungkusan makanan. Perjalanan ke Makkah tidak menghadapi apa-apa masalah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes