Mereka yang telah membuat surat rayuan untuk menunaikan haji pada tahun 1431H akan menerima jawapan berperingkat-peringkat sehingga akhir bulan Ramadhan 1431H. Mereka yang tidak menerima jawapan sehingga akhir Ramadhan 1431H, anggaplah rayuan tidak dapat dipertimbangan kerana tiada kekosongan tempat. Mereka tidaklah perlu sentiasa membuat pertanyaan kerana apabila sahaja mereka yang merayu dipilih untuk tahun ini pihak TH akan menghubungi samada melalui surat atau melalui telefon. Diharap mereka yang merayu berdoa dan bersabar sehingga masanya tiba.
4 comments:
Salam Tuan Haji,
Sebuah blog yang sangat membantu.
terima kasih tuan haji...atas info terkini itu...sangat2 membantu kami untuk menunggu dengan sabar...
jangaan nak mengharaplah rayu lah takda maknanya diam diam sudah tungu nasib untung batu timbul untung sabut tenggelam(maaf ubah suai)
Asslm, mengapakah orang yang kaya membayar lebih senang dan mendapat keutamaan untuk menunaikan haji 2 3 kali pegi, yg sederhana ni yg xbayar lebih ni susah bebenar nak dpat tmpat, kesian mak saya.. xpe la blum rezeki dia
Post a Comment