Monday, April 26, 2010

3 BUAH BUKU RUJUKAN UMRAH DAN HAJI

Bakal Haji dan Umrah yang inginkan buku Panduan, soal Jawab dan Doa Ibadat Haji dan Umrah sebagai rujukan boleh emailkan kepada mazlan59@gmail.com dan InsyaAllah pihak pembekal akan menghantar kepada yang memesan.
Ulasan buku:
Panduan Ibadat Haji dan Umrah
Menjelas segala berkaitan Ibadat Haji dan Umrah berkaitan Rukun, Wajib, Dam, Sejarah Makah dan Madinah. Penjelasannya sangat lengkap.
Soal Jawab Haji dan Umrah
Menjawab permasalahan yang dihadapi oleh jemaah haji dan Umrah melebehi 400 solan. Penulisan nya ialah dengan mengemukakan soalan dan jawapan mengikut tajuk.
Doa-doa Di Tanah Suci
Memuatkan doa-doa dari Doa Musafir, Doa di Madinah semasa Ziarah, Doa di Makah semasa melakukan Ibadat Haji dan Umrah.
Pembekal sanggup menghantar kepada yang membuat pesanan dengan harga berikut:
Panduan Ibadat Haji dan Umrah : RM10.00
Soal Jawab Haji dan Umrah : RM 7.00
Doa-Doa di Tanah Suci : RM 6.00
Kos Penghantaran : RM10.00
Jumlah keseluruhan : RM33.00

KEMBALI KE TANAH AIR DARI KERJA UMRAH

Alhamdulillah saya dan isteri telah selamat kembali ke Tanah Air dari mengerjakan Umrah. Sampai di KLIA jam 9.30 pagi 25 April 2010.
Di Tanah Suci Madinah Al Munawarah dan Makkahtul Mukaramah, mashaAllah ramai manusia yang berkunjung macam musim haji. Saya dan isteri tinggal di Hotel As Salam di kawasan Gazzah Makkah, itulah bangunan yang hampir dengan Masjidil Haram (kira-kira 500 meter) yang masih boleh digunakan. Di kawasan Jiyad (Hotel Hilton) terlalu sesak dengan manusia.
Panduan kepada mereka yang akan mengerjakan Umrah atau Haji.
Pertukaran Wang Arab Saudi ialah RM100 = SR114.
Perkhidmatan Dobi SR5 - SR10 (baju, jubah, kain ihram)
Upah menolak kerusi roda 1 waktu solat pergi/balik SR10 (500 meter)
Tambang ke Tanaim : teksi seorang SR10/ Van SR2 seorang

Saturday, April 10, 2010

MENGERJAKAN UMRAH

Saya akan mengerjakan Umrah bersama isteri pada 11 April 2010 dan akan kembali ke Tanah Air pada 25 April 2010 Insya Allah. Oleh itu kepada saudara dan saudari yang melayari blog saya dapat memaafkan saya kerana tidak dapat mengemaskinikan blog dan tidak dapat menjawap email dan guest book. Insya Allah kita dapat berkomunakasi lagi apabila saya kembali dari kerja Umrah. Terima kasih

Thursday, April 8, 2010

DAFTAR KURSUS & KESIHATAN BAKAL HAJI MERAYU

Saya telah menerima banyak pertanyaan berkaitan Pendaftaran Kursus Haji Intensif dan Pemeriksaan Kesihatan bagi mereka yang membuat rayuan samada boleh dibuat atau tidak. Sukacita dimaklumkan bahawa mereka yang telah membuat rayuan tapi belum mendapat keputusan dari TH boleh membuat pendaftaran. Apabila mendapat jawapan terpilih dari TH maka saya akan mengambil kira pendaftaran ini. Jika tidak sempat kita akan aturkan tindakan lain. Oleh itu mereka yang membuat pendaftaran hendaklah menyatakan alamat email supaya mudah untuk saya membuat makluman.

Saturday, April 3, 2010

DAFTAR KURSUS HAJI INTENSIF 1431H

THWP sedang mengaturkan Kursus Haji Intensif 1431H (KHI) yang akan bermula awal Julai 2010. Insya Allah tahun ini KHI hanya akan diadakan pada Sabtu dan Ahad tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tujuan hari tersebut dipilih bagi memudahkan semua bakal haji yang terpilih dan menunggu (Stand By) dapat menghadiri KHI. THWP terpaksa mengadakan KHI di 4 lokasi bagi menampung kira-kira 4,000 peserta. Lokasi yang dicadangkan ialah di Masjid Negara, Masjid Saidina Othman Ibnu Affan di Bandar Tun Razak Ceras, Masjid Imam As Shafif di Taman Maluri Ampang, Masjid Muaz Ibnu Jabar di Setiawangsa.
KHI diadakan 2 hari berturut-turut bagi setiap peserta. Waktunya bermula 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari. Setiap kumpulan (2 hari) akan ditentukan seramai 100 - 150 peserta. Peserta akan dijemput mengikut tarikh yang ditetapkan melalui surat oleh THWP dan peserta tidak dibenarkan mengikuti KHI bukan pada tarikh yang ditetapkan atau tidak mempunyi surat jemputan. Jika mereka yang tidak dijemput hadir juga akan menyebabkan masalah peruntukan makanan dan tempat duduk dalam dewan. KHI tidak dikenakan sebarang bayaran kerana di tanggung sepenuh oleh TH. Selama KHI berjalan kemudahan Minum jam 10.00 pagi dan makan tengahari disediakan. Peserta dinasihatkan mengambil sarapan pagi sebelum menghadiri KHI. Peserta dikehendaki membawa bersama semasa menghadiri KHI surat jemputan KHI daripada THWP, Buku catatan, buku rujukan dan alat tulis. Pada hari kedua akan diadakan ujian dan jika peserta mendapat markah bawah 40%, peserta tersebut akan dikehendaki menghadiri Kursus Haji Khas.
Bagi tujuan keselesaan peserta, bakal haji terpilih atau menunggu (Stand By) boleh membuat pilihan tarikh dan tempat pada ruang kanan blog ini untuk mendaftar KHI. Insya Allah pilihan peserta akan dipenuhi tetapi jika tidak, diharapkan peseta dapat mematuhi ketetapan yang dikeluarkan. Pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 4 Jun 2010.

Thursday, April 1, 2010

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1431H

THWP dengan kerjasama Jabatan Kesihatan WP telah mengaturkan pemeriksaan kesihatan kepada bakal haji 1431H yang akan diadakan di Poliklinik Tangling (Berhampiran Masjid Negara) Bagi memudahkan bakal haji yang berurusan dengan THWP, perkhidmatan ini hanya diadakan pada hari Sabtu dan Ahad bermula 5 Jun 2010 hingga 8 Ogos 2010. ( Pindaah tarikh mula kepada 19 Jun hingga 8 Ogos 2010. Harap maaf ) Perkhidmatan ini diberi percuma kepada bakal haji 1431H yang menerima surat daripada THWP. Bakal haji dikehendaki datang mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat THWP.Bakal Haji yang tidak dapat datang pada tarikh dan waktu yang ditentukan bolehlah membuat pemeriksaan kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan dengan bayaran yang ditanggung sendiri.
Oleh itu bakal haji yang telah menjawab terima tawaran bolehlah membuat pilihan tarikh yang sesuai pada butang di bahagian kanan bolg ini. Insya Allah THWP akan membuat panggilan seperti pilihan tarikh yang dibuat jika ada peruntukan. Satu hari diperuntukan seramai 200 bakal haji. Masa perkhidmatan bermula 8.30 pagi - 11.00 pagi 150 orang dan 11.00 pagi - 2.00 petang 50 orang. Bakal haji yang tidak menerima surat THWP dan datang bukan pada tarikh yang ditentukan tidak dapat diberi perkhidmatan. Tujuan tersebut adalah bagi melancarkan urusan pemeriksaan kesihatan dan mengelakan terlalu ramai yang hadir dan menunggu lama. Kerjasama daripada bakal haji sangat dihargai. Pendaftaran hendaklah dilakukan sebelum atau pada 3 Mei 2010. ( Dilanjutkan sehingga 21 Mei 2010 ) Bagi mereka yang telah membuat pilihan pada 5, 6, 12 dan 13 harap dibuat pindaan pada tarikh lain yang bersesuaian.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes