Tuesday, July 23, 2013

KURSUS PERDANA HAJI 1434

THWP sedang menguruskan pengeluaran surat panggilan Kursus Perdana Haji bagi bakal haji Wilayah Persekutuan KL , Putrajaya dan kawasan Ampang dan Batu Caves. Insya Allah pada 29 Julai 2013 surat akan diposkan kepada bakal haji.

KPH akan di adakan pada 24 dan 25 Ogos 2013 di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya. KPH bermula 2.00 ptg 24 Ogos. hingga 12.00 pagi 25 Ogos 2013.
Pemandangan Kawasan Masjid Putra, Putrajaya.

Bakal haji yang menerima surat hendaklah menjawab kehadiran ke THWP dengan menghantar Slip kehadiran atau menjawab melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat: KPH, Nama, No IC dan hadir. Jawapan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 13 Ogos 2013. Jawapan sangat diperlukan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi peserta Kursus. Bakal Haji tidak menjawab, dianggap bakal haji tidak hadir. Minum  jam 3.00 ptg, makan malam jam 6.00 ptg dan minum malam jam 11.00 mlm pada 24 Ogos 2013. Sarapan pagi jam 7.00 pada 25 Ogos 2013. Makana sediakan oleh TH.

Bakal Haji tidak dikenakan apa-apa bayaran semasa menghadiri KPH.

Bakal Haji hendaklah meletakan kenderaan diluar kawasan Dataran Putra. Kawasan untuk meletakan kenderaan yang hampir adalah di kawasan JPM.

Bakal Haji hendaklah membawa tikar, batu 30 biji dan memakai selipar untuk lelaki.

Aturcara:

Lepas Asar 24 Ogos 2013 Simulasi Umrah diadakan.

Lepas Ishak Simulasi Melontar Jamrah hari 10 dan 11 Zul Hijah.

3.00 pagi : Qiamullail

Lepas Subuh 25 Ogos 2013 Simulasi Tawaf dan Sai Haji

Sebelum bersurai Taklimat dan Rumusan KPH

Saturday, July 20, 2013

PEMBESARAN MASJIDIL HARAM MEKAH

Peraturan Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan pengurangan Kuota kepada Semua Negara termasuk Malaysia sebanyak 20% dalam Musim Haji 1434 Hijrah kerana Pembesaran Masjidil Haram.
Pengurangan Kouta 20% mungkin sehingga 1436 Hijrah.
Oleh itu Bakal Haji Malaysia hendaklah dapat menerima Peraturan ini.

Pembesaran Masjidil Haram adalah untuk keselesaan Jemaah untuk beribadah. Dijangkakan Masjidil Haram dan Pembinaan di Mekah akan siap 2020.

Sehingga hari ini Pembinaan Tempat Tawaf Sementara sedang rancak berlaku. Tempat Tawaf Sementara sedang disambungkan di Bahagian Atas bagi memudahkan orang bertawaf.

Pembinaan Masjidil Haram
Sambungan ke Tempat Tawaf di bahagian Atas

Saturday, July 13, 2013

PAKAIAN LELAKI SEMASA DALAM IHRAM

Bakal Haji Lelaki yang telah berniat Ihram Haji atau Umrah dilarang memakai pakaian berjahit, bercantum dan bersarung.

Pakaian yang boleh di pakai semasa dalam Ihram adalah seperti berikut :


  • Pakaian Ihram yang dijahit tepi supaya benang kain tidak berjurai.
  • Pakaian Ihram yang disambungkan kerana kain Ihram yang sedia ada kecil.
  • Kain pelikat yang bercamtum tapi TIDAK disarungkan apabila memakainya.
Larangan memakai Pakaian Ihram yang telah dijahit pada pinggang dengan getah supaya ianya melekat pada pinggang apabila memakainya, atau dikenakan pin atau butang tekan .

Jika dalam keadaan TERLUPA memakai Pakaian Kain Pelikat dengan cara Bersarung, maka apabila teringat atau diingatkan orang hendak lah segera menanggalkanNYA. Tempoh segera adalah dalam tempat dan ketika yang sesuai untuk menanggalkan. Apabila ditanggalkan maka TIDAK dikenakan Dam dan TIDAK berdosa.

Semasa dalam Ihram, Jemaah Lelaki hendaklah memakai selipar yang menampakkan kelima-lima jari kaki dan tumit kaki seperti gambar di atas.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes