1. Jadual Penerbangan Haji (JPH)
TH akan mengeluarkan JPH kepada bakal haji sebulan sebelum berlepas (anggaran) kepada yang pergi cara muassasah. Bakal haji Pakej akan menerima JPH akan dihantar oleh pihak pakej yang dipilih.
2. Perbelanjaan Tambahan
Bakal haji dinasihatkan membuat simpanan tambahan bagi perbelanjaan seperti bayaran dam, dobi, perjalanan umrah, penghantaran barang, kad telefon dan lain-lain. Anggaran kira-kira RM40 sehari.
3. Pengeluaran Wang
Bakal haji boleh membuat pengeluaran wang dari akaun TH bakal haji dengan membawa lencana sebagai pengenalan. Buku Akaun TH tidak perlu dibawa ke Tanah Suci. Pengeluaran boleh dibuat Zon di Madinah dan Maktab di Makah. Nilai wang dalam Saudi Riyal.
4. Bayaran Dam
Bayaran dam boleh dilakukan di kaunter Pengeluaran TH Makah dengan tunai atau ditolak dari akaun TH bakal haji.
5. Bimbingan Haji
Bakal haji yang menghadapi masalah berkaitan ibadat haji boleh merujuk kepada Guru Agama lelaki atau perempuan di Tanah Suci. Forum dan Ceramah agama akan diadakan sebelum wukuf.
6. Makanan
Bakal haji muassasah akan diberi makan tengahari dan malam. Teh/kopi, gula dan air panas disediakan pada waktu pagi.
7. Penghantaran barang
THTS akan menyediakanpusat penghantaran barang di Madinah dan Makah. Barang akan dihantar ke rumah bakal haji.
8. Iklim
Kebiasaan pada bulan Disember hingga Februari cuaca sejuk maka dapat disediakan pakaian sejuk.
9. Beg
Suami isteri hendak mengunakan beg yang berasing dan dinasihatkan berat beg tidak melebihi 30kg untuk mengelakan beg daripada rosak. Setiap bakal haji dibenar satu bag bimbit berat tidak melebihi 5 kg dan dibawa ke dalam kapalterbang
10. Berat barang
Semasa pergi tidak melebihi 20kg dan balik tidak melebihi 30kg
11. Air Zamzam
Jemaah tidak dijanjikan air Zamzam kerana tertakluk Peraturan Arab Saudi. Jika tiada masalah air zamzam seberat 5 liter akan diserahkan semasa tiba di Malaysia.
12. Dokeman tidak perlu dibawa
Kad pengenalan, lesen memandu, Buku Akaun TH tidak perlu di bawa ke Tanah Suci.