Monday, March 22, 2010

TARIKH PENTING MUSIM HAJI 1431H

THWP telah mengeluarkan surat tawaran kali kedua kepada mereka yang terpilih dan bakal haji lanjut usia berumur 80 tahun pada hari ini 22 Mac 2010. Tawaran ini hendaklah dijawab segera samada menerima atau menolak dan jika tidak dijawab pada atau sebelum 9 April 2010 TH beranggapan bakal haji telah menolak tawaran dan tidak ditawarkan pada tahun hadapan. Bakal haji lanjut usia seperti di atas dibenarkan membawa seorang pengiring sahaja (sama jentina) bagi menjaga kebajikan mereka semasa di Tanah Suci termasuk urusan ibadat. Semasa menjawab hendaklah menamakan seorang pengiring dengan menyatakan no kad pengenalannya.

Bagi memudahkan bakal haji membuat persiapan dibawah ini dinyata tarikh penting untuk dijadikan panduan.

Friday, March 19, 2010

URUSAN PERSIAPAN PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1431H

THWP sedang membuat persiapan pemeriksaan kesihatan bakal haji 1431H dengan mendapat kerjasama Jabatan Kesihatan WP. Pemeriksaan kesihatan bakal haji akan dijalankan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan secara percuma. Walaubagaimana pun Jabatan Kesihatan WP juga menawarkan Klinik Swasta yang ingin memberi perkhidmatan dengan menghadiri taklimat dan mendapatkan no. pendaftaran tahun semasa. Klinik Swasta yang telah mendapat no. daftar tahun lalu dikehendaki mendapat no. daftar tahun ini. Klinik Swasta yang mendapat no. daftar boleh mengenakan bayaran mengikut kadar yang sesuai dan bakal haji perlu membuat bayaran kepada klinik tersebut. Bakal haji tidak dibenarkan membuat pemeriksaan kesihatan bagi tujuan ke tanah suci dengan Klinik Swasta yang tidak mendapat kebenaran dan tiada no. daftar dengan Jabatan Kesihatan.

Tuesday, March 9, 2010

MUZAKARAH KEBANGSAAN KE 26

TH telah mengadakan Muzakarah Peringkat Kebangsaan kali ke 26 pada 4 Mac hingga 7 Mac 2010 di Kelantan Tread Center Kota baharu. Seramai 450 Pembimbing Ibadat Haji (PIH) dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak hadir. Tujuan Muzakarah diadakan bagi mencari satu keputusan Ibadat Haji untuk menyelesaikan permasalah dan mengelakan kekeliruan Jemaah Haji.
Oleh itu bakal haji hendaklah mengikuti kursus yang disampaikan oleh PIH yang telah menghadiri Muzakarah. Sebagai panduan untuk mengenali PIH tersebut ialah dengan menghadiri Kursus anjuran atau kelulusan TH.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes