Monday, May 2, 2011

PILIHAN MASUK MADINAH DULU ATAU MEKKAH DULU

Bakal haji yang pertama kali ingin menunaikan haji akan tertanya-tanya samada masuk Madinah atau Mekkah dahulu. Madinah dulu atau Mekkah dulu adalah sama kelebihannya tertakluk keadaan bakal haji.
Masuk Madinah dulu:
Bakal Haji yang muda atau yang mempunyai kesihatan dan fizikal yang baik mempunyai kelebihan untuk meningkatkan keimanan dan keislaman dengan melawat makam Nabi Muhammad s.a.w, kesan-kesan sejarah seperti perkuburan Baqi, Makam sahabat, Masjid, Medan peperangan Uhud dan Khandak. Bakal haji akan merasakan sangat berharga dan bernilai Islam dan Iman yang mereka ada kerana untuk sampai Islam dan Iman memerlukan pengorbanan yang besar dari Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Apabila mengerjakan ibadat haji, menghadapi beberapa kesulitan, kesusahan dan dugaan maka teringat Nabi dan sahabat lagi susah dan terseksa semasa mengembangkan Islam di bumi Mekkah. Insya Allah bakal haji akan merasa redo dan bersyukur.
Masuk Mekkah dulu:
Bakal Haji yang lanjut usia atau yang mengidapi penyakit adalah sesuai masuk Mekkah untuk membiasakan suasana Mekkah. Berkesempatan untuk membuat lawatan ke Arafah, Mudzlifah, Mina dan tempat yang bersejarah bagi persiapan untuk haji. Membiasakan melakukan Ibadat Umrah mengikut kemampuan, ibadat lain semasa menunggu hari Wukuf. Kebiasaan bakal haji yang masuk Mekkah akan menaiki penerbangan pertengahan atau akhir ke Tanah Suci. Apabila selesai Wukuf dan sumpurna Ibadat Haji maka sangat sesuai ke Madinah. Madinah adalah Bandar yang selesa dengan kemudahan Hotel yang baik, perjalanan ke Masjid dengan jaraknya yang dekat dan mendatar, tidak menurun dan menaiki bukit seperti di Mekkah. Aktiviti di Madinah adalah melakukan ibadat yang biasa semasa di Malaysia tapi ganjaran daripada Allah s.w.t sangat besar dan perlu menjaga adab-adab.

0 comments:

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes