Monday, November 16, 2015

TAWARAN HAJI 1437 HIJRAH

TH akan mengeluarkan Surat Tawaran Terpilih Haji 1437H dalam minggu ini. Mereka yang telah Mendaftar Haji dengan TH sebelum 30 Oktober 2007 boleh membuat semakan status di TH berhampiran atau menghubungi THCC 03 62071919. Tawaran peringkat Pertama hendak lah dijawab sebelum 13 Disember 2015. (dalam tempoh 30 hari )


Bakal Haji 1437H yang ditawarkan Terpilih hendak memastikan Bayaran Haji RM9,980 bagi Haji Pertama atau Rm17,270 bagi Haji lebih dari sekali atau Permastautin Tetap (Bukan Warganegara)

Tuesday, July 14, 2015

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI 1436 HIJRAH

Bakal Haji 1436H , Insya Allah beberapa hari lagi akan menerima Surat Jadual Penerbangan Haji.


Surat Jadual Penerbangan Haji akan memaklumkan kepada Bakal Haji maklumat seperti berikut:


1. No Penerbangan TH iaitu No KT
2. Tempat Melapor Diri Penerbangan Pergi dan Balik
3 Tarikh dan Waktu Melapor Diri Pernerbangan Pergi dan Balik
4. No Pesawat SV (Penerbangan Arab Saudi) atau MH (Penerbangan MAS )
5. Tempoh berada di Tanah Suci
6. Akan Masuk Madinah atau Mekah
7. Tempat Miqat


SELAMAT MENJALANI IBADAT HAJI SEMOGA MENDAPAT HAJI MABRUR

Monday, June 15, 2015

SERAHAN PASPORT BAKAL HAJI 1436 H

Bakal Haji 1436H hendaklah mendapatkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) dari Imigresen Malaysia mulai sekarang. Bakal Haji yang telah mempunyai PMA, sila membuat pemeriksaan berikut:
1.   Tarikh Sah Laku PMA selepas atau pada 20 Mac 2016
2.   Pastikan PMA terdapat 4 muka surat kosong berturut-turut.
Jika perkara di atas tiada sila buat PMA baru.


Tabung Haji akan menghubungi Bakal Haji 1436H bila-bila masa dari sekarang untuk membuat penyerahan PMA.


Bakal Haji hendak membuat serahan PMA sendiri, tidak boleh diwakilkan. Bawa bersama 2 keeping gambar berukuran 4 cm x 6cm bagi tujuan Visa. Dibelakang gambar sila catatkan nama dan No kad pengenalan.


PMA yang diserahkan akan disimpan oleh TH dan akan dikembalikan kepada bakal Haji semasa Melapor Diri di stesen berlepas. Jika bakal haji perlu mengunakan PMA sebelum berangkat ke Tanah Suci, sila maklumkan kpd TH untuk diaturkan tarikh baru penyerahan PMA.

Thursday, May 28, 2015

GELANG PENGENALAN HAJI 1436 HIJRAH

Bakal Haji 1436H telah di bekal Gelang Pengenalan Haji (GPH) melalui Pos Laju berperingkat-peringkat ke alamat yang terdapat dalam system Tabung Haji.
GPH hendaklah dipakai apabila hendak Melapor Diri di Station Berlepas ke Tanah Suci. Pemakaian GPH sentiasa dipakai di Tanah Suci.
Tujuan pemakaian GPH adalah sebagai pengenalan bahawa pemakainya adalah Jemaah Haji Malaysia. Jika apa-apa berlaku kepada Jemaah Haji seperti pengsan, masuk hospital bakal haji mudah dikenali.
Pada GPH tercatat Nama, No IC , Malaysia dan No Tel Kecemasan Tabung Haji di Mekah.
Bakal Haji yang telah menerima GPH hendaklah di simpan dengan baik supaya apabila hendak berangkat ke Tanah Suci mudah didapati.

Tuesday, May 5, 2015

KURSUS INTENSIF HAJI 1435 HUJRAH

Bakal Haji 1435H Wilayah Persekutuan telah mula menjalani Kursus Intensif Haji 1435 H bermula 4 Mei 2015 hingga 16 Jun 2015( kecuali 6, 7, 20 dan 21 Mei 2015). bertempat Dewan Syarahan Masjid Negara jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. KIH tiada dikenakan apa-apa bayaran.


Semasa kursus berjalan makan dan minum disediakan oleh Tabung Haji.


Setiap kumpulan seramai 150 orang akan menghadiri KIH selama 2 Hari.


Modul Kursus ialah:


1. Ibadat Haji
2. Amali Haji
3. Kesihatan
4. Masalah Wanita dalam Ibadat Haji
5. Pengurusan Haji
6. Ujian

Friday, April 17, 2015

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1436H

Bakal haji  1436 di wajibkan membuat  Pemeriksaan kesihatan bagi memastikan  mereka dalam keadaan sihat untuk melakukan Ibadat Haji dan mengambil suntikan yang di wajibkan oleh Kerajaan Arab Saudi.

Bakal Haji  yang berurusan dengan Tabung Haji WP, peringkat pertama telah menjalani pemeriksaan  dan peringkat kedua akan menjalani pemeriksaan  pada 25 April 2015 di Klinik Kerajaan Jinjang dan Cheras. Pemeriksaan  ini diberi Pecuma  kepada Bakal Haji 1436.

Bakal haji WP yang belum dihubungi oleh TH sila dapatkan maklumat dengan THWP.

Friday, January 9, 2015

KURSUS ASAS HAJI MODUL 2

Kursus Haji pada Minggu ini akan Menyentuh Tajuk Sejarah Tanah Suci dan Kelebihan.

Perkara yang akan dibincangkan adalah seperti berikut:
  • Tanah Haram Makkah
           -    Sejarah
           -    Keluasan
           -    Adab-adab di Tanah Haram
           -    Kelebihan Tanah Haram

  • Kaabah dan Masjidil Haram
          -   Pengenalan Kaabah dan Kawasan sekitarnya
          -   Adab-adab di Masjidil Haram
          -   Kelebihan Kaabah dan Masjidil Haram

  • Zam-zam
          -  Sejarah
          -  Adab-adab meminum Air Zamzam
          -  Kelebihan Air Zamzam

  • Kawasan Masya'ir Haji
          -  Arafah
          -  Muzdalifah
          -  Mina

Thursday, January 8, 2015

PERKEMBANGAN PEMBINAAN MASJIDIL HARAM FASA 3

Pembesaran Masjidil Haram Fasa 3 sedang rancak dijalankan. Fasa 3 di jadual akan siap pada akhir tahun 2015 atau awal 2016.
Oleh itu Kouta Haji bagi tahun 1436H masih 22,230 orang kurang 20% dari Kouta Asal.

Dijangkan pada Musim Haji 1436H keadaan berhabuk masih berlaku akibat cuaca panas dan angin bertiup kuat. Bakal Haji semasa berada di Makkah hendaklah sentiasa memakai penutup hidung atau MASK bagi mengelakan dari habuk.

Sunday, January 4, 2015

KURSUS ASAS HAJI 1436H MODUL 1

Kursus Asas Haji 1436H yang dijalankan di Wilayah Persekutuan akan bermula pada 3 ( Sabtu )dan 4 Jan 2015 ( Ahad ) dengan Modul 1 iaitu Pengenalan Ringkas Ibadat Haji dan Umrah - Falsafah dan Penyucian Jiwa.

Objektif Modul ini ialah Mendedahkan Bakal Jemaah Haji berkaitan Persiapan untuk menunai haji dan memberi penekanan tentang cabaran-cabaran yang akan dihadapi ketika di Tanah Suci.

Antara perkara yang disentuh ialah :
  • Falsafah Haji
  • Hikmah Pensyariatan Ibadat Haji
  • Persiapan Diri dan Adab-Adab menjadi Tetamu Allah.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes