Sunday, June 27, 2010

BAKAL HAJI STANDBY 1431H

Bakal haji 1431H yang status “Standby”( Menunggu ) yang berurusan dengan THWP akan dijemput untuk menghadiri Kursus Haji Intensif . THWP akan akan pos surat jemputan pada hari Jumaat 2 Julai 2010. Bakal haji yang menerima tawaran Standby dan mahu menghadiri Kursus ini hendaklah menjawab untuk hadir seperti arahan dalam surat tersebut. Seterusnya hadir ke Pejabat TH untuk mengambil surat tawaran dan menjawab terima tawaran dengan syarat wang dalam akaun TH tidak kurang RM9,980.00. Jika bakal haji tiada kelapangan untuk hadir untuk mengambil surat, wakil boleh diminta hadir dengan membawa no. kad pengenalan sebagai rujukan TH. Bakal haji yang tidak menjawab tawaran walaupun menolak tawaran sebelum atau pada 17 Julai 2010 akan menyebabkan TH tidak menawarkan pada tahun hadapan. Oleh itu jawapan...

Saturday, June 26, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 2 )

Saya balik dari kerja dan berihat di ruang tamu. Selepas mandi menunggu waktu Magrib, saya melihat surat dalam peti surat. Dalam saya membelik sampul surat saya dapat di antaranya ada surat Tabung Haji. Saya mendahulukan membuka surat Tabung Haji. Saya membaca dengan teliti walau pun tajuk surat ialah KURSUS HAJI INTENSIF (KHI) TABUNG HAJI (THWP) BAGI MUSIM xxxxxxxx. Semasa saya terima surat TH berkaitan Pemeriksaan Kesihatan, saya tidak membaca dengan teliti. Pada tarikh pemeriksaan kesihatan saya terus ke Klinik Tanglin. Apabila saya sampai, petugas minta borang dan Buku Rekod Kesihatan, saya tercengang dan mengatakan bukankah semuanya ada disini. Petugas meminta surat TH dan menyatakan sebelum hadir hendaklah mengambil tindakan tertentu. Kemudian petugas melihat senarai nama, nama saya...

Sunday, June 20, 2010

PENGEMBARAAN INTELEK (BAB 1)

Saya akan memulakan perjalanan bagi menunaikan haji tidah lama lagi. Perasaan saya bercampur-campur dengan bimbang, cemas, tertanya-tanya, ragu dan pelbagai lagi. Maka saya mula menambahkan pengetahuan berkaitan ibadat haji, maklumat pengurusan dan panduan kesihatan selain mengikuti kursus, saya membaca buku-buku yang diberikan oleh TH. Juga memdapat maklumat melalui CD dan Internet. Saya kurang membuat perbincangan yang tidak perlu seperti perkara khilaf atau perkara yang direka-reka kerana saya tidak mahu memasukan maklumat tersebut di dalam minda saya.Saya sedar saya akan melaksanakan haji, ini bermakna saya perlu memperkemaskan lagi kepahaman berkaitan akidah, wuduk dan solat. Saya akan menolak atau tidak melakukan perkara-pekara dan perkataan yang boleh mensyirikan Allah swt. Saya mula...

Saturday, June 19, 2010

SERAHAN PASPORT MALAYSIA ANTARABANGSA (PMA)

Bakal Haji 1431H akan menerima surat dari TH bagi memaklumkan untuk menyerahkan Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) kepada Pejabat TH yang berhampiran. Bakal haji hendaklah menyerahkan PMA mereka sendiri dan TIDAK BOLEH menyerahkan bagi pihak orang lain.Semasa penyerahan PMA bakal haji perlu meletakan Ibu jari pada mesin membaca ibu jari kemudian surat yang menyatakan bakal haji akan menyerahkan PMA kepada TH akan dicetak dan perlu ditandatangani oleh bakal haji dan seterusnya satu surat TH akan diserahkan kepada bakal haji sebagai akuan penerimaan PMA.Bakal haji yang telah menyerahkan PMA kepada TH boleh meminjam semula PMA jika ada keperluan yang mendesak atau sangat penting. Terlebih dahulu hubungi pejabat TH yang menerima PMA untuk memastikan dimana PMA bakal Haji berada. Kemudian PMA...

Friday, June 18, 2010

KURSUS HAJI INTENSIF 1431

Bakal Haji 1431H yang terpilih dan Menunggu yang telah menerima tawaran seluruh Malaysia akan menerima surat panggilan Kursus Haji Intensif (KHI) dari Pejabat TH yang berhampiran atau Pejabat Pengendali Pendaftaran Haji.Bakal Haji yang berurusan dengan TH Ibu Pejabat, TH Batu Caves, TH Ampang dan THWP akan menerima surat panggilan KHI yang diposkan oleh THWP pada 25 Jun 2010. Setelah dibuat perancangan semula maka THWP akan memulakan KHI pada 10 dan 11 Julai 2010 di 3 lokasi iaitu Masjid Negara (MN) , Masjid Muaz Ibnu Jabar (MMIJ) Setiawangsa dan Masjid Saidina Othman Ibnu Affan (MSOIA) Bandar Tun Razak. Bakal Haji yang menerima surat panggilan hendaklah menjawab akan hadir dengan mengembalikan keratan kehadiran ke THWP atau melalui SMS No. 012 684 6427 dengan menaip KHI (Nama) (No KP) (tarikh...

Tuesday, June 8, 2010

BAKAL HAJI YANG BERURUSAN DI THWP

THWP telah mengeluar surat panggilan Pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji yang berurusan dengan pejabat ini. Ada bakal haji yang berurusan dengan THWP beralamat di luar Wilayah Persekutuan seperti Shah Alam, Petaling Jaya, Rawang, Bangi, Kajang dan Negeri lain. Bagi bakal haji yang di atas mereka boleh berurusan dengan pejabat TH yang berhampiran dengan SYARAT hubungi pejabat tersebut dahulu untuk mereka membuat perancangan persiapan.THWP hanya dapat mengaturkan Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Tanglin pada 19, 20, 26 dan 27 Jun 2010 sahaja sehingga kini kerana keputusan bakal haji terpilih belum ditambah lagi. Bagi bakal haji yang telah mendaftar lebih awal atau kemudian dari tarikh di atas tidak dapat dipenuhi. Harap m...

Wednesday, June 2, 2010

PANGGILAN PEMERIKSAAN KESIHATAN

Bakal haji 1431H yang berurusan dengan THWP, TH Batu Caves, TH Ampang dan TH Ibu Pejabat akan menerima surat panggilan awal minggu hadapan untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Tanglin (berhampiran Masjid Negara) bermula 19 Jun 2010. Bakal Haji hendaklah menjawab kehadiran seperti tarikh yang dinyatakan dalam surat panggilan. Jawapan boleh dilakukan dengan menghantar Slip jawapan atau melalui SMS ke no. 012 684 6427. Jika tiada jawapan diterima maka bakal haji tidak akan hadir dan dikehendaki membuat pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan dengan kos tanggungan sendiri.Buku Rekod Kesihatan (BRK) hendaklah diambil sebelum membuat pemeriksaan Kesihatan dan BRK hendaklah dilengkapkan muka hadapan,...

Tuesday, June 1, 2010

PAKAIAN DAN KEPERLUAN HAJI

Bakali haji 1431H boleh lah dari sekarang membeli keperluan dan pakaian untuk kegunaan semasa di Tanah Suci. Bagi memastikan pakaian dan keperluan bakal haji semuanya telah tersedia dan telah dimasukan dalam beg maka disini diturun contoh senarai semak sebagai panduan. Apabila keperluan dan pakaian telah dimasukan dalam beg tandakan pada kotak sebelah kanan. Insya Allah tidak timbul persoalan samada keperluan dan pakaina telah dimasukan dalam beg...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes