Kami kumpulan yang menaiki KT 57 diminta oleh Petugas TH untuk melakukan Tawaf Wida’ pada 3.00 pagi (sebelum solat subuh) kerana dimaklumkan bas akan bergerak ke Madinah jam 7.00 pagi. Saya dan isteri menaiki bas No 4 bersama 43 penumpang lain. Jangkaan untuk bas bergerak telah terlewat dan bergerak jam 9.00 pagi. Saya hanya beristifar semoga Allah s.w.t mengampunkan dosa ku dan penumpang-penumpang lain. Alhamdulillah bas bergerak dengan lancar. Kira-kira 200km bas bergerak tiba-tiba tayar belakang bas meletup dan menyebabkan bas agak hilang kawalan dan menuju ke tepi jalan. Tak lama kemudian bantuan sampai untuk menukar tayar bas. Alhamdulillah tayar bas telah di tukar dan bas mula bergerak. Tidak berapa jauh bas bergerak, pemandu bas memberhentikan bas dengan membawa sebaldi air turun dari...