Monday, January 20, 2014

PERSIAPAN KEROHANIAN

Haji adalah satu Jihad bagi mematuhi segala Rukun, Wajib , Syarat sah Rukun dan menjaga Larangan Ihram di tempat  dimana cuaca, bentu muka bumi, budaya dan cara pergaulan  yang sangat berlainan dengan di tempat kita, Malaysia. Semasa berada Di Madinah dan Mekkah pelbagai aktiviti yang mencabar seperti berikut: Menginap dalam sebilik dengan orang yang belum dikenali, perbezaan lorat percakapan, perbezaan umur dan tahap pendidikan  dan perbezaan cara hidup. Setiap aktiviti perlu beratur dan menunggu giliran seperti mengguna bilik air, menaiki dan turun lif, membeli makanan, mendapat perkhidmatan TH atau Klinik dan pelbagai lagi. Untuk melakukan solat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi perlu...

Friday, January 10, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1435 HIJRAH

THWP telah membuat ketetapan untuk memilih 18 buah Masjid untuk menjalani Kursus Asas Haji pada tahun 1435 yang akan bermula pada 18 atau 19 Januari 2014. Pada tahun ini TH telah menetapkan bahawa pihak Masjid tidak mengenakan Bayaran Pendaftaran. Nota Kursus akan diberi Percuma kepada Bakal Haji yang Terpilih pada 1435. TH akan memaklumkan masa untuk mengambil Nota Kursus di Pejabat TH. Di Wilayah Persekutuan banyak Masjid yang menjalankan Kursus Asas Haji. Ada yang dianjurkan oleh Syarikat yang dibenarkan menguruskan Jemaah Haji. Ada orang perseorangan yang menjalani Kursus Asas Haji di Masjid. Ada Masjid sendiri menjalankan Kursus Asas Haji. Oleh itu bakal Haji 1435 hendaklah mengikuti Kursus Asas Haji yang di Anjurkan bersama TH dengan Masjid kerana TH akan memberi maklumat...

RAYUAN HAJI 1435

THWP telah memproses Permohonan Rayuan yang dihantar  bermula bulan Muharam 1435. Rayuan yang telah diproses akan dikeluarkan surat penerimaan Rayuan dan menyatakan jawapan sehingga Akhir Ramadhan. Surat ini akan diposkan pada 15 Januari 2014. Penentuan Terpilih bukan ditentukan oleh Pejabat Cawangan atau Pejabat Negeri. Jika tiada apa-apa jawapan sehingga Akhir Ramadhan , rayuan tidak Berjaya. Terkini seramai 300 orang yang membuat rayuan di Kaunter TH Wilayah Persekutuan. Rayuan akan ditutup pada 1 Rejab bersamaan  1 Mei 2014...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes