Tuesday, December 30, 2014

SURAT TAWARAN TERPILIH BAKAL HAJI 1436H

Tabung Haji telah mengeluarkan Surat Tawaran Peringkat Pertama kepada Bakal Haji 1436H yang Terpilih dan tempoh menjawab sebelum atau pada 3 Jan 2015. Bakal Haji 1436H yang telah menerima surat Tawaran Terpilih harap dapat disegerakan menjawab. Mereka yang Mendaftar Haji sebelum Akhir Jun 2007 bolehlah membuat semakan dengan THCC 03 62071919 untuk memastikan samada mereka termasuk dalam senarai Terpilih. Sehingga 30 Dis 2014 sebanyak 49.96% mereka yang di Tawar Terpilih yang berurusan dengan THWP masih belum menjawab Tawaran. Jika mereka tidak menjawab sehingga 3 Jan 2015 , mereka dianggap menolak Tawaran dan tiada jaminan  ditawarkan pada Musim-musim Haji berikutnya. ...

Monday, December 29, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1436H

Kursus Asas Haji (KAH) 1436H akan bermula awal Januari 2015. KAH adalah terbuka kepada semua umat Islam, samada belum mendaftar Haji, telah mendaftar tapi lambat lagi giliran, mereka yang sedang membuat Rayuan untuk pergi tahun 1436H dan mereka yang terpilih 1436H ( Wajib) hadir. Di Kawasan Wilayah Persekutuan banyak pihak yang menganjurkan KAH diantaranya Anjuran Pihak Masjis, Anjuran orang perseorangan, Syarikat Umrah dan Syarikat Pengendali Jemaah Haji. Bakal Haji yang akan menunaikan Haji atau mereka yang membuat Rayuan untuk menunai Haji 1436H adalah digalakan mengikuti KAH 1436H Anjuran Tabung Haji kerana Modul KAH telah disusun mengikut keperluan Bakal Haji supaya bakal Haji bermaklumat berkaitan Ibadah, Pengurusan Haji, Pengurusan Kesihatan dan Permasalahan Wanita berkaitan Ibadat. THWP...

Monday, December 22, 2014

SURAT TAWARAN HAJI 1436H

THWP telah mengeluarkan surat Tawaran Haji 1436H kepada bakal Haji yang terpilih kepada mereka yang berada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan kawasan berhampiran. Bakal Haji yang di Tawarkan Haji peringkat pertama adalah mereka yang berdaftar sebelum atau 30 Jun 2007. Mereka yang mendaftar pada tarikh ini yang tidak menerima Surat Tawaran bolehlah membuat semakan melalui email : pppemwil@lth.gov.my dengam menyatakan nama dan no IC. Bakal Haji 1436H yang menerima surat Tawaran hendaklah menjawab Tawaran sebelum atau pada 3 Jan 2015. Semasa menjawab Bakal Haji 436H perlu ada dalam Akaun TH tidak Kurang RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan Haji dan RM16,155.00 bagi mereka yang menunaikan Haji lebih dari sekali. Bayaran Haji tertakluk kepada perubahan...

Monday, December 8, 2014

HIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAJ (HISHAJ) WILAYAH PERSEKUTUAN

Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengadakan Himpunan Persaudaraan Hujjaj Peringkat Wilayah Persekutuan pada 13 Disember 2014 bertempat di Dewan Solat Masjid Negara jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Antara tujuan Himpunan Persaudaraan Hujjah adalah seperti berikut: Mengekalkan dan meningkatkan hubungan silaturrahim di kalangan jemaah haji setempat bagi mengalakan hubungan masyarakat yang sihat. Mengekalkan roh haji/falsafah haji Majlis ilmu di kalangan jemaah haji Surat jemputan telah dikeluarkan kepada bakal haji kawasan Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Jemaah Haji yang menerima surat perlu menjawab kehadiran selewat-lewatnya pada 10 Disember 2014. Jemaah Haji lelaki diminta memakai Jubah Putih dan Jemaah Wanita memakai Jubah Hitam. Kehadiran Jemaah Haji sangat...

Friday, November 14, 2014

KEMASKINI MAKLUMAT BAKAL HAJI 1436H

Tabung haji sedang membuat persiapan untuk Musim Haji 1436H seperti perkara berikut: 1.  Membuat persiapan untuk mengeluarkan surat Tawaran Haji 1436H 2.  Membuat Persiapan untuk mengadakan Kursus Asas Haji 1436H Bakal Haji 1436 H hendaklah membuat kemaskini maklumat Alamat dan no tel yang terkini supaya apa-apa maklumat berkaitan haji dapar disampaikan kepada bakal haji. Pada tahun yang lepas terdapat bakal haji tidak menerima surat Tawaran dan menyebabkan mereka tidak menjawab Tawaran dan seterus tidak dapat menunaikan haji pada tahun tersebut. Oleh itu bagi mereka yang bercadang untuk menunaikan haji pada tahun 1436 H hendaklah kerap membuka Blog ini supaya tidak ketinggalan maklumat.&nbs...

Thursday, September 4, 2014

PENGHAYATAN HIJRAH RASULULLAH 3

Rasulullah s.a.w berada di Madinah selama 10 tahun dengan pelbagai dugaan. Menghadapi peperangan. Menghadapi orang Yahudi dan orang Munafiq. Peringkat permulaan Hijrah Rasulullah s.a.w, melakukan tindakan seperti berikut: • Mendirikan Masjid dan umat Islam mendiri solat Waktu berjemaah . • Mempersaudarakan Kaum Ansar dengan Muhajirin. • Melaksanakan Perundangan dan Hukum Islam yang terkandung dalam 28 Surah Madaniah seterusnya menegakkan Daulah Islamiah. Bakal Haji akan berada di Madinah selama 8 hari bagi merasai kehidupan bersama Rasulullah s.a.w. Bakal Haji akan berusaha menjauhi sifat-sifat Yahudi dan Munafiq dalam diri mereka bagi menzahirkan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Semasa 8 hari berada di Madinah, hendaklah bersungguh...

Wednesday, September 3, 2014

PENGHAYATAN HIJRAH RASULLAH 2

Rasululah s.a.w berhjirah dengan berjalan kaki dan kadang-kadang bergilir dengan Saidina Abu Bakar menaiki unta. Berjalan dengan kepanasan matahari dan kepanasan pasir. Menuruni lurah dan mendaki bukit semasa dalam perjalanan. Dikejar oleh musuh yang hendak membunuh. Kehabisan bekalan makanan dan pelbagai cabaran. Perjalanan mengambil berhari-hari baru sampai di Madinah. Adakah bakal haji akan menghadapi kesusahan dan ketakutan seperti Rasullah s.a.w ? Sudah pasti , bakal haji hanya merasa penat dalam kapalterbang kira-kira 8 jam. Ketakutan menaiki kapalterbang bagi mereka yang tidak pernah menaiki nya. Susah untuk begerak, mengunakan tandas dan tempat duduk yang sempit. Adakalanya takut kerana kapalterbang dipadamkan lampu, terasa...

Thursday, August 28, 2014

PENGHAYATAN HIJRAH RASULULLAH 1

Penerbangan Haji telah masuk hari kedua membawa bakal haji ke Madinah. Bakal Haji akan meninggal tanah air, keluarga. Harta benda, kesenangan, rumah yang selesa, jawatan dan pangkat untuk berangkat ke Madinah. Semasa di di stesen berlepas bakal haji dan penghantar yang menitiskan air mata untu berpisah dengan keluarga.  Bakal haji hendak memikirkan bagaimana perasaan Rasulullah s.a.w apabila ingin melakukan Penghijrahan ke Madinah yang terpaksa meninggalkan Mekkah, saudara dan sahabat handai. Sahabat nabi terpaksa meninggal rumah, harta dan perniagaan untuk berhijrah ke Madinah. Pengorbanan dan kesusahan Rasulullah s.a.w dan Sahabat sangat besar. Segala nya ditempuhi dengan tabah kerana Allah s.w.t.  Oleh itu Peristiwa...

Thursday, August 21, 2014

PENEMPATAN JEMAAH HAJI DI MADINAH

Bakal Haji akan ditempatkan di Madinah 2 kawasan dinamakan Zon. Bentuk mukabumi adalah mendatar. Jemaah Haji yang berada di Madinah agak selesa. Penempat Jemaah Haji adalah seperti gambar dilampirkan. ...

Wednesday, August 13, 2014

PENEMPATAN BAKAL HAJI 1435H DI MEKKAH

Bakal haji 1435H (Muassasah ) akan menginap di Bangunan yang disewa oleh TH. Bangunan tersebut lengkap dengan kemudahan lif, hawadingin, ruang legar yang luas. Beberapa kemudahan di lobi ialah kefteria, menghantar pakaian untuk Dobi, Perkhidmatan Penghantaran ke Malaysia dan lain-lain. Bakal haji lelaki dan perempuan akan diasingkan bilik mereka. Bakal Haji hendaklah menjaga kebersihan, pastikan tiada sisa makanan di buang dalam sinki kerana boleh menyebabkan tersumbat. Dalam bangunan tersebut tidak dibenarkan MEROKO...

Tuesday, August 12, 2014

PENAPIS HIDUNG ( NOSK )

Musim Haji 1435H dijangka cuaca panas dan berabuk. Biasanya Jemaah Haji akan mengidap penyakit Selsema dan Batuk. Bakal Haji di nasihatkan memakai penutup hidung. Untuk keselesaan Bakal Haji semasa berada di Tanah Suci untuk beribadah dicadangkan bakal haji memakai Penapis Hidung ( NOSK ) Harga RM20.00 1 pad jika beli 5 pad (1 kotak ) RM100 dan dipos tanpa kos tambahan. Bakal Haji yang ingin mendapatkan NOSK boleh menghubungi saya 0193858471 atau email : mazlan59@gmail.c...

TARIKH PENERBANGAN HAJI 1435H

Penerbangan Haji 1435H akan bermula pada 27 Ogos 2014. Sebahagian Bakal Haji telah menerima Surat Jadual Penerbangan (SPJ) dan sebahagian akan menerima SJP kemudian. SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI DAN MENDAPAT HAJI MABRU...

Monday, August 11, 2014

BAYARAN DAM DAN QURBAN

Tabung Haji telah membuka Perkhidmatan Bayaran Dam dan Qurban sehingga 20 September 2014. Bakal Haji 1435H boleh berurusan dengan TH berhampiran. Kadar adalah seperti berikut: Dam Haji Tamattu (Qibas) pada kadar SAR455 (bersamaan RM400.40) Ibadah Qurban (Qibas) pada kadar SAR490 (bersamaan RM431.20) Ibadah Qrban (Unta ) pada kadar SAR3,700  (bersamaan RM3,256.00) Bakal Haji boleh membuat Dam atau Qurban bagi pihak bakal haji lain dengan syarat mendapat keizinan mereka. Bayaran tersebut akan ditolak dari Akau Bakal Haji yang berurusan. SELAMAT BERANGKAT KE TANAH SUCI, SEMOGA MENDAPAT HAJI MABR...

Friday, August 8, 2014

PENERBANGAN HAJI 1435H

TH telah menghantar Surat Jadual Penerbangan kepada sebahagian Bakal Haji. Bakal Haji yang  belum menerima Surat Jadual Penerbangan boleh bertanya melalui email mazlan59@gmail.com dengan memaklumkan nama dan No IC sebagai rujukan. Pada Surat tersebut akan dimaklumkan maklumat seperti berikut: 1.  Tarikh dan Waktu Melapor Diri 2.  Tempat Melapor Diri 3.  No KT dan No Penerbangan spt MH (MAS) atau SV (A Saudi) 4.  Bilanga Hari berada di A Saudi 5.  Miqad 6.  Masuk Madinah atau Mekkah 7.  Maklumat bila balik ke Tanah Air Sila tinggalkan kepada Waris di Malaysia bahagian bawah surat tersebut untuk rujukan merek...

Sunday, July 13, 2014

KURSUS PERDANA HAJI 1435

THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepada bakal haji 1435 untuk menghadiri Kursus Perdana Haji pada 9 dan 10 Ogos 2014 di Masjid Putra Putrajaya. Kursus hanya dijemput kepada Bakal Haji 1435 yang berurusan dengan THWP saja. Bakal haji perlu menjawab untuk hadir apabila menerima surat panggilan ini. Jumlah peserta yang hadir perlu diketahui bagi persiapan makan iaitu minum petang pada 9 Ogos dan sarapan pagi dan makan tengahari pada 10 Ogos. Makanan disediakan dan ditanggong kos nya oleh TH . Bakal Haji perlu membuat Pendaftaran pada 9 Ogos jam 2.00 ptg. Jika bakal haji datang lebih awal, makan tengahari pada hari tersebut tidak disediakan. Kursus Perdana Haji akan berakhir sebelum Zohor pada 10 Ogos 201...

Saturday, July 12, 2014

SERAHAN PASPORT BAKAL HAJI 1435

THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepda bakal haji 1435 untuk menyerahkan pasport bagi tujuan Visa. Bakal haji hendaklah menyerahkan sendiri pasport pada tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat tersebut. 1. Bakal haji dipanggil ke kaunter Haji bagi tujuan penyerahan pasport dan 2 keping gambar Visa. 2. Maklumat terkini bakal haji perlu dikemaskini dalam sistem TH. 3. Bakal Haji perlu memastikan penama telah dibuat dengan TH. 4. Bakal Haji perlu kemaskini keputusan Pemereksaan Kesihatan dalam sistem TH. (Jika Belum) 5. Bakal Haji perlu merakam ibu jari kiri dalam sistem bagi memudahkan urusan pengeluaran wang di Tanah Suci. 6. Bakal Haji akan menurunkan tandatangan dan cop jari kiri pada surat yang disediakan oleh TH bagi pihak bakal haji. 7. Apabila selesai urusan serahan pasport...

Monday, June 9, 2014

BUKU REKOD KESIHATAN BAKAL HAJI

Bakal Haji 1435 yang telah lulus Pemeriksaan Kesihatan hendaklah menyerahkan Buku Rekod Kesihatan kepada TH untuk semakan dan merekodkan dalam system TH. Maklumat kelulusan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1435 sangat penting bagi TH mengaturkan Jadual Penerbangan Haji. Bakal Haji yang masi belum mengambil tindakan tersebut hendaklah melakukannya segera. Bakal Haji yang masih belum lulus Pemeriksaan Kesihatan, hendaklah menyerahkan Buku Rekod Kesihatan kelulusan selewat-lewatnya minggu kedua Ramadha...

Friday, May 16, 2014

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1435

THWP telah mengadakan Pemeriksaan Kesihatan Bakal Haji 1435 di Tingkat 41 Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur bermula 12 Mei 2014 sehingga 1 Jun 2014. Surat panggilan telah dikeluarkan kepada bakal haji untuk membuat pemeriksaan pada tarikh dan masa yang ditetapkan. Pemeriksaan ini diberi secara PERCUMA. Bakal Haji yang tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan boleh membuat Pemeriksaan Kesihatan di Klinik Swasta yang diluluskan oleh Jabatan Kesihatan. Kos pemeriksaan Kesihatan ditanggung oleh bakal haji. Doktor yang dibenarkan pemeriksaan Kesihatan kepada bakal haji diberi Nombor Daftar oleh Jabatan Kesihata...

Tuesday, April 15, 2014

KURSUS INTENSIF HAJI 1435

THWP telah  telah pos surat panggilan Kursus kepada Bakal Haji 1435 hari ini. Bakal Haji hendaklah menjawap hadir atau tidak sebelum atau pada 21 April 2014. Jika bakal haji tidak menjawab , tempat mereka akan diganti dengan orang lain. Semasa kursus makan dan minum akan disediakan oleh TH. Kursus ini tidak dikenakan bayaran. Kursus akan diadakan di Dewan Syarahan Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kumpulan 1 : 5 dan 6 Mei 2014 Kumpulan 2 : 7 dan 8 Mei 2014 Kumpulan 3 : 12 dan 13 Mei 2014 Kumpulan 4 : 14 dan 15 Mei 2014 Kumpulan 5 : 19 dan 20 Mei 20...

Thursday, April 3, 2014

PERSIAPAN KURSUS INTENSIF HAJI 1435

THWP sedang membuat persiapan untuk mengadakan Kursus Intensif Haji 1435. Pihak Masjid Negara telah memberi persetujuan kepada THWP untuk menyewa Dewan Syarahan sebagai tempat kursus. THWP telah melantik Syarikat Pembekal makanan untuk penyediaan minuman dan makan tengahari kepada peserta kursus. Surat panggilan Kursus akan dikeluarkan pertengahan April ini kepada Bakal Haji Terpilih 1435 yang telah menerima Tawaran. Setiap Peserta Kursus perlu menghadiri 2 hari Kursus bermula 8.00 pagi sehingga 5.00 petang setiap hari. Jadual Kursus : Hari Pertama - Ibadat Haji dan Amali Haji Hari Kedua   - Masalah Wanita dalam Ibadat Haji, Panduan Kesihatan, Ujian dan Pengurusan Haj...

Monday, January 20, 2014

PERSIAPAN KEROHANIAN

Haji adalah satu Jihad bagi mematuhi segala Rukun, Wajib , Syarat sah Rukun dan menjaga Larangan Ihram di tempat  dimana cuaca, bentu muka bumi, budaya dan cara pergaulan  yang sangat berlainan dengan di tempat kita, Malaysia. Semasa berada Di Madinah dan Mekkah pelbagai aktiviti yang mencabar seperti berikut: Menginap dalam sebilik dengan orang yang belum dikenali, perbezaan lorat percakapan, perbezaan umur dan tahap pendidikan  dan perbezaan cara hidup. Setiap aktiviti perlu beratur dan menunggu giliran seperti mengguna bilik air, menaiki dan turun lif, membeli makanan, mendapat perkhidmatan TH atau Klinik dan pelbagai lagi. Untuk melakukan solat di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi perlu...

Friday, January 10, 2014

KURSUS ASAS HAJI 1435 HIJRAH

THWP telah membuat ketetapan untuk memilih 18 buah Masjid untuk menjalani Kursus Asas Haji pada tahun 1435 yang akan bermula pada 18 atau 19 Januari 2014. Pada tahun ini TH telah menetapkan bahawa pihak Masjid tidak mengenakan Bayaran Pendaftaran. Nota Kursus akan diberi Percuma kepada Bakal Haji yang Terpilih pada 1435. TH akan memaklumkan masa untuk mengambil Nota Kursus di Pejabat TH. Di Wilayah Persekutuan banyak Masjid yang menjalankan Kursus Asas Haji. Ada yang dianjurkan oleh Syarikat yang dibenarkan menguruskan Jemaah Haji. Ada orang perseorangan yang menjalani Kursus Asas Haji di Masjid. Ada Masjid sendiri menjalankan Kursus Asas Haji. Oleh itu bakal Haji 1435 hendaklah mengikuti Kursus Asas Haji yang di Anjurkan bersama TH dengan Masjid kerana TH akan memberi maklumat...

RAYUAN HAJI 1435

THWP telah memproses Permohonan Rayuan yang dihantar  bermula bulan Muharam 1435. Rayuan yang telah diproses akan dikeluarkan surat penerimaan Rayuan dan menyatakan jawapan sehingga Akhir Ramadhan. Surat ini akan diposkan pada 15 Januari 2014. Penentuan Terpilih bukan ditentukan oleh Pejabat Cawangan atau Pejabat Negeri. Jika tiada apa-apa jawapan sehingga Akhir Ramadhan , rayuan tidak Berjaya. Terkini seramai 300 orang yang membuat rayuan di Kaunter TH Wilayah Persekutuan. Rayuan akan ditutup pada 1 Rejab bersamaan  1 Mei 2014...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes