
Bakal Haji 1434 yang berurusan dengan THWP akan mula menerima barang-barang hadiah dari Sahabat Koperat Tabung Haji pada 1 dan 8 September 2013. ( Hari Ahad).
Surat menjemput bakal haji akan diposkan pada 22 Ogos 2013.
Barang hadiah akan diserahkan kepada Bakal haji di tingkat 22 Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. ( THWP) Semasa penyerahan barang hadiah bakal yang mengikuti Muassasah akan diberi beg Bimbit.
Bakal Haji Pakej atau Syarikat Swasta, beg akan diserahkan oleh Pakej atau Syarikat swasta.
Bakal haji hendaklah datang untuk mengambil hadiah tersebut mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat panggilan bagi melancarkan penyerahan barang hadiah...