
THWP sedang menguruskan pengeluaran surat panggilan Kursus Perdana Haji bagi bakal haji Wilayah Persekutuan KL , Putrajaya dan kawasan Ampang dan Batu Caves. Insya Allah pada 29 Julai 2013 surat akan diposkan kepada bakal haji.
KPH akan di adakan pada 24 dan 25 Ogos 2013 di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya. KPH bermula 2.00 ptg 24 Ogos. hingga 12.00 pagi 25 Ogos 2013.
Pemandangan Kawasan Masjid Putra, Putrajaya.
Bakal haji yang menerima surat hendaklah menjawab kehadiran ke THWP dengan menghantar Slip kehadiran atau menjawab melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat: KPH, Nama, No IC dan hadir. Jawapan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 13 Ogos 2013. Jawapan sangat diperlukan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi peserta...