Wednesday, April 24, 2013

KURSUS INTENSIF HAJI 1434

TH telah berusaha membantu Bakal Haji (BH) dalam persiapan berkaitan Ilmu Ibadat Haji, menyampaikan maklumat Pengurusan Haji dan Maklumat berkaitan Kesihatan dengan Mengadakan Kursus seperti berikut: Kursus Intensif Haji (KIH)  adalah lanjutan maklumat yang diperolehi semasa  Kursus Asas Haji selama 17 Siri. Setiap BH yang terpilih akan dipanggil untuk menghadiri KIH selama 2 hari. Hari Pertama berkaitan Ceramah dan Sumalasi Haji dan Hari kedua Ceramah berkaitan Masalah Wanita dalam Ibadat Haji, Kesihatan dan Pengurusan Haji. Pada hari Pertama Peserta KIH dikehendaki membawa Kain Ihram bagi lelaki dan Kain Telekong bagi wanita dan 21 biji anak batu bagi tujuan simulasi melontar. Pada hari kedua  Peserta Lelaki hendaklah mengambil kesempatan mendapat maklumat berkaitan...

Thursday, April 11, 2013

PEMERIKSAAN KESIHATAN BAKAL HAJI 1434

Bakal Haji (BH) 1434 di Wajibkan membuat Pemeriksaan Kesihatan yang di aturkan oleh TH dengan kerjasama Jabatan Kesihatan. Pemeriksaan  ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap BH berada dalam tahap kesihatan yang optima, supaya BH dapat melaksanakan ibadat haji dengan sempurna tanpa menghadapi sebarang komplikasi kesihatan yang boleh menghalang bh melakukan semua rukun dan wajib haji. Ibadat haji memerlukan tahap kesihatan fizikal dan mental yang mantap. BH akan dipanggil melalui surat untuk membuat Pemeriksaan Kesihatan mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan. Jika BH tidak dapat datang pada tarikh dan masa yang ditetapkan, BH boleh memaklumkan tarikh dan masa yang sesuai dengan BH. Pemeriksaan ini di beri Percuma. BH yang lulus pemeriksaan kesihatan akan diberi suntikan Vaksin...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes