Tuesday, December 24, 2013

BAKAL HAJI 1435 HIJRAH

Tabung Haji telah mengeluarkan surat tawaran menunaikan haji pada 1435 H kepada bakal haji yang mendaftar sebelum 13 Mac 2013. Mereka yang terlibat diharap menjawab tawaran ini samada Menerima atau Menolak Tawaran sebelum atau pada 9 Jan 2014. Semasa menjawab menerima Tawaran pastikan simpanan dalam akaun TH Bakal-bakal haji tidak kurang dari RM9,980.00 bagi mereka yang pertama kali menunaikan haji. Bakal Haji yang akan menunaikan haji melebihi sekali simpanan dalam AkaunTH tidak kurang RM15,555.00.  Jumlah tersebut adalah panduan Bayaran Haji 1435H Bayaran Haji akan ditolak dari Akaun TH bakal-bakal haji apabila menerima pengesahan menerima tawara. Bayaran Haji tersebut tertakluk kepada pindaan. Bakal Haji wanita berumur 44 tahun dan ke bawah perlu bersama dengan...

Friday, November 29, 2013

PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN HUJJAH 1434 PERINGKAT WP

THWP akan mengadakan Perhimpunan Persaudaraan Hujjah Peringkat Wilayah Persekutuan pada 8 Disember 2013 bertempat di Dewan Solat Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, KL. Tujuan Majlis diadaka adalah adalah seperti berikut; Mengekalkan dan meningkatkan perhubungan silaturahim di kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakan masyarakat yang sihat. Mengekalkan roh haji/falsafah haji Memupuk minat kepada Majlis Ilmu Surat jemputan telah dikeluarkan kepada jemaah haji 1434 yang berurusan dengan TH Wp dan Putrajaya. Jemaah haji 1434 yang akan menghadiri Majlis ini perlulan menjawap untuk hadir. Jawapan ini diperluka adalah bagi melancarkan urusan penyediaan makanan. Jawapah boleh dilakukan melalui saluran berikut: Telefon ke no 03 26929244/26914413 atau Fak slip kehadiran...

Wednesday, November 20, 2013

MENGENAL AL QURAN 4

PEMBAHAGIAN AL QURAN Al Quran dibahagi kepada 30 Juz  dan 60 hizb yang mengandungi 114 surat yang diberi nama. 114 Surat dibahagi kepada 4 iaitu : Assab’uththiwaal iaitu tujuh surat yang panjang  ( Al Baqarah – 286 ayat dan 47 muka surat, Ali Imran – 200 ayat dan 29 muka surat, An Nisaa’ – 120 ayat dan 29 muka surat, Al Maaidah – 120 ayat dan 11 muka surat, Al An’aam – 165 ayat dan 22 muka surat, Al A’raaf – 206 ayat  dan 26 muka surat, dan Yunus – 109 ayat dan 12 muka surat. Al Miuun iaitu surat yang mempunyai 100 lebih ayat. Al Matsaani iaitu surat yang mempunyai ayat kurang dari 100. Al Mufashshal iaitu surat-surat pendek. 1 hizb dibahagi pula kepada 4 yang bertanda di sisi muka surat seperti ¼ hizb, ½ hizb dan ¾ hizb. Al...

Thursday, November 14, 2013

MENGENAL AL QURAN 3

AYAT MAKKIYYAH DAN AYAT MADANIYYAH Al Quran di turunkan dalam dua keadaan seperti berikut: 1.       Ayat-ayat yang di turun di Mekkah atau sebelum Nabi Muhammad s.a.aw Hijrah ke    Madinah dinamakan ayat-ayat Makkiyyah. ·         Ayat-ayat Makkiyyah adalah pendek-pendek. ·        Ayat Makkiyyah bermula penghujung Juz 11 dari surah (11) Huud, iaitu ayat 1 hingga 4 dalam Juz 11 sehingga Juz 30. Terdapat beberapa ayat-ayat Madaniah di Juz 28 dan juz 29 ·        Ayat Makkiyah  berjumlah 4,780 ayat. ·   Ayat Makkiyyah pada umumnya mengandungi hal-hal yang berhubungan dengan Keimanan, Ancaman dan Pahala, kisah-kisah umat terdahulu...

Wednesday, November 13, 2013

MENGENAL AL QURAN 2

AL QURAN DITURUNKAN BERANSUR-ANSUR BUKAN SEKALI TURUN Al Quran diturunkan secara beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun. Diturun di Mekkah selama 13 tahun dan di Madinah selama 10 tahun. Hikmah Al Quran diturunkan beransur-ansur adalah: Agar lebih mudah dimegerti dan dilaksanakan. Ada ayat yang di Nasikh dan ada ayat yang di Mansukh. Turunnya  sesuatu ayat sesuai dengan peristewa-peristewa yang terjadi akan lebih memberi kesan dan lebih terpengaruhnya di hati. Memudahkan penghafalan. Di antara ayat-ayat yang merupakan jawapan daripada pertanyaan atau penolakan suatu pendapat atau perbuatan....

Tuesday, November 12, 2013

MENGENAL AL QURAN

Bakal Haji perlu mengenali Al Quran supaya kita benar-benar faham apakah peranan Al Quran dalam kehidupan kita. Al Quran ialah “Kalam Allah s.w.t yang merupakan mu’jizat yang diturunkan (diwahyukan) kepada Nabi Muhammad s.a.w dan yang ditulis di mushaf dan diriwayatkan dengan mutawatir serta membacanya adalah ibadah.” Cara-cara Al Quran diwahyukan adalah seperti berikut: Malaikat memasukan wahyu dalam hati Nabi Muhammad s.a.w. Dalam hal ini Nabi s.a.w tidak melihat sesuatu apa pun, hanya beliau merasai telah ada dalam kalbunya. (rujuk surah Asy Syuura ayat 51 ) Malaikat menampakan dirinya kepada Nabi s.a.w berupa seorang lelaki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu. Wahyu datang kepada Nabi ...

Thursday, October 31, 2013

HUKUM UNTUK MENGENAL ALLAH TAALA

Bakal haji perlu mengetahui berkaitan hukum-hukum mengenal Allah Taala. Perkarayang sinyatakan dibawah ini adalah bagi membuka minda kita untuk terus mendalami perkara ini. Hukum untuk mengenal Allah Taala terbahagi kepada 2 bahagian seperti berikut : Hukun Akal Hukum Syarak Hukum Adat Hukum Syarak ialah perintah Allah Taala berkenaan perkara-perkara yang diperbuat oleh orang Mukalaf samada dengan jalan Tuntutan atau Hantaran. “Tuntutan” itu lima perkara : Wajib Sunat Haram Makruh Harus “Hantaran” itu lima perkara: Sebab Syarat Makna Sah Batal Hukum Adat ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan ...

Tuesday, October 29, 2013

MEMBATALKAN KEISLAMAN

Menunaikan haji diwajibkan kepada orang Islam saja. Pelaksanaan Haji akan mendapat balasan baik dari Allah Taala. Oleh itu bakal haji hendaklah memastikan bahawa Keislaman kita tidak terbatal disisi Allah Taala. Perkara yang banyak dilakukan oleh orang Islam yang boleh menyebabkan terbatalnya Islam adalah seperti berikut: Mempersekutukan Allah ( Syirik ) dalam Ibadat.Diantara perbuatan syirik ialah meminta doa dan pertolongan kepada orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban demi mereka (yang telah mati ) Menjadikan sesuatu sebagai perantara, antara dirinya dan Allah dengan meminta doa dan syafa’at serta berserah diri (tawakkal) kepada pengantara. Melakukan perkara ini menurut kesepakatan Ulamak adalah kafir. Tidak mengkafirkan orang musyrik,...

Monday, October 28, 2013

20 SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI ALLAH TAALA

Sifat yang mustahil bagi Allah Taala perlulah difahami secara jelas adalah seperti berikut: Adam ertinya tiada Hadus ertinya baharu Turuuwul adam ertinya didatangi oleh tiada Mumaasalatu lilhawadisi ertinya bersalahan dengan yang baharu Ihtiyaju lil’ghairi ertinya berhajat kepada sesuatu Taadduz ertinya berbilang –bilang Allah Taala pada Zat pada sifat pada Afal. Alajzu ertinya lemah Karaahah ertinya tergagah Aljahlu ertinya tidak mengetahui Almautu ertinya mati Assamamu ertinya Tuli Alumyu ertinya buta Albakamu ertinya bisu Kaunuhu Aajizu ertinya keadaan Allah Taala yang lemah Kaunuhu Kaarihaa ertinya keadaan Allah Taala yang gagah Kaunuhu Jahila ertinya keadaan Allah Taalah yang Bodoh Kaunuhu Maiyitaa ertinya keadaan Allah Taala yang mati Kaunuhu...

Friday, October 25, 2013

SIFAT 20 WAJIB ALLAH TAALA

Bakal Haji hendaklah memahami sifat 20 yang Wajib pada Allah s.w.t. Sifat ini perlu diperjelaskan satu persatu supaya tidak disalah fahamkan. Sifat tersebut ialah  : “Wujud” ertinya Ada Allah Taala. “Qidam” ertinya sedia Allah Taala “Baqa” ertinya Kekal Allah Taala. “Muhalafatu Taala lilhaawadis “ ertinya bersalahan Allah Taala dengan sekalian yang baharu. “Qiyaamuhu Taala binafsihi” ertinya berdiri Allah Taala dengan sendirinya. “Wahdaaniyah” ertinya se, satu, tunggal Allah Taala “Qudrat” ertinya kuasa Allah Taala “Iradat “ ertinya Menghendaki Allah Taala “Ilmu “ ertinya Mengetahui Allah Taala “Hayat “ ertinya hidup Allah Taala “Samak” ertinya Mendengar Allah Taala “Basar” ertinya Melihat Allah Taala “Kalam” ertinya ...

Thursday, October 24, 2013

BAKAL HAJI HENDAKLAH MENGENAL ALLAH

Orang Islam diwajibkan menunaikan Haji dengan Syarat-syaratnya. Setiap orang yang mengaku sebagai seorang Islam hendalah mencari maklumat berkaitan Mengenal Allah. Maklumat boleh di dapati melalui buku, ceramah dan berguru. Maklumat tersebut adalah seperti berikut: Memahami Rububiah dan Uluhiyah Allah. Mengetahui dan memahami  20 sifat Wajib, 20 sifat mustahil Allah dan sifat Harus bagi Allah. Fahami 99 Hasmaulhusna  ( Nama-nama Allah ). Mengetahui dan mengelakan dari 10 Perkara yang boleh membatalkan Syahadah. Bakal Haji yang akan menjadi tetamu Allah yang mereka kenal. ...

Tuesday, October 22, 2013

HAJI ADALAH PERJALANAN KEROHANIAN.

Umat Islam hendaklah memahami bahawa pergi ke Mekkah untuk melaksankan Haji adalah menyahut panggilan Allah s.w.t.  Apabila sampai di Mekkah kita adalah Tetamu kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t akan memberi layanan yang terbaik kepada tetamunya. Tetamunya akan merasa aman dan seronok berada di Tanah suci Mekkah. Apabila kita menghadapi sesuatu yang tidak selesa mengikut pertimbangan kita. Kita hendaklah bersangka baik dengan Allah s.w.t yang bersifat “Maha Pengasih dan Maha Penyayang”. Menjadi Tetamu Allah adalah pilihan Allah. Allah menuntukan Kewajiban Haji mengikut Syarat-syarat berikut: Islam Manusia yang mengakui sebagai orang Islam hendak memahami dengan Ilmu berkaitan Rukun Islam dan Rukun Iman. Baligh Kanak-kanak tidak wajib untuk menunaikan Haji. Berakal Tidak wajib...

Monday, October 21, 2013

KOMUNIKASI DENGAN TABUNG HAJI MELALUI TEKNOLOGI

Bakal Haji yang akan menunaikan haji akan kerap menghubungi TH berkaitan persiapan dan Urusan Haji. Kekerapan datang ke TH menyulitkan bakal Haji kerana terpaksa meninggalkan kerja beberapa jam, menghadapi kesesakan jalan raya, kesulitan mendapatkan petak kereta, terpaksa menunggu dan pelbagai masalah lagi. Oleh itu Bakal Haji bolehlah berurusan dengan TH WP melalu teknologi yang sedia ada seperti melalui email : mazlan59@gmail.com atau phptdwil@lth.gov.my, Facebook , whatsapp melalui no 016 2285563 atau blog : tanahsucimabrur.blogspot.com. Penggunaan teknologi ini buka saja menjimatkan masa dan wang ringgit tetapi sangat  mudah. Urusan yang memerlukan maklumat ialah  seperti berikut: Perkembangan Rayuan Haji Surat Tawaran Haji Urusan menjawab terima atau menolak  tawaran Surat...

Friday, October 18, 2013

PERANCANGAN HAJI 1435 HIJRAH

Bakal Haji yang merancangan untuk menunai Haji pada 1435 Hijrah boleh lah membuat persiapan awal dari sekarang. Tahun Hijrah 1435 akan masuk pada 5 Nov. 2013 yang mana Umat Islam di Malaysia akan menyambut Maal Hijrah. Tarikh penting untuk urusan haji adalah seperti berikut : Persiapan Ilmu Ibadat Haji, Pengurusan Haji dan Kesihatan hendaklah diperolehi melalui Kursus Asas Haji sebanyak 17 Siri, Kursus Intensif Haji dan Kursus Perdana Haji. Kursus ini seharusnya Bakal Haji melaluinya. Penambahan Ilmu hendaklah juga ditambah dengan banyak membaca Tafsir Al Quran, Sirah Nabi Muhammad , Berkaitan Pembentukan Fikiran Positif dan lain-lain. Bakal Haji juga hendaklah memastikan bahawa simpanan dalam Akaun TH tidak kurang dari RM10,000.00 (...

Thursday, October 17, 2013

KETIBAAN TAHUN 1435 HIJRAH

Alhamdulillah Jemaah Haji 1434H akan kembali ke Tanah Air bermula 18 Okt. 2013 sehingga 18 Nov. 2013. Semoga mereka mendapat Haji Mabrur. Tabung Haji Wilayah Persekutuan akan mengadakan Majlis Perhimpunan Persaudaran Hujah pada tarikh dan tempat yang akan dimaklumkan kemudian. Tabung Haji Wilayah juga sedang membuat persiapan bagi urusan Haji 1435 H. Padu Bulan Rabiuiawal Kursus Asas Haji akan bermula di Masjid Terpilih dalam kawasan Wilayah Persekutuan dan kawasan pinggiran seperti di Batu Caves dan Ampang. Pendeposit TH yang akan menunaikan Haji pada tahun 1435 H diharap mengambil tindakan berikut : Membuat kemaskini alamat dan no telefon. Membuat semakan samada telah membuat Penama Menghadiri Kursus Asas Haji di tempat yang mengadakan Kursus dengan Kerjasama TH Mencukupkan Bayaran...

Sunday, September 29, 2013

KASUT KAIN TAPAK LEMBUT

Bakal Haji dicadangkan memaiak kasut kain tapak lembut di Mekah, Madinah untuk ke masjid.  Kasut ini sangat mudah disimpan dalam beg kecil atau uncang kasut apabila masuk masjid. Apabila bakal haji masuk masjid , kasut dibawa bersama dan dimasukan dalam uncang  dan diletakkan dibahagian belakang bakal haji apabila hendak menunaikan solat. Tapi adalah lebih baik kasut tersebut diletakan pada tempat kasut yang berhampiran tempat duduk bakal haji. Pastikan no tempat kasut yang kita letakan. Adalah lebih baik ambil gambar dengan kemera telefon bimbit bakal haji sebagai ingatan. Kasut ini sesuai dipakai untuk berjalan dalam cuaca panas. Dapat mengelakan tumit kaki dari pecah kerana cuaca panas. Tidak perlu pakai sarung kaki. Mudah...

Friday, September 27, 2013

BAJU DALAM KAIN KAPAS UNTUK LELAKI

Baju dalam kain kapas berlengan pendek sesuai dipakai semasa di Mina pada hari Tasrik. Dicadangkan dibawa dua helai untuk ditukar ganti pemakaian nya. Bakal haji semasa berehat atau semasa tidur dalam kemah, kawasan perkemahan dan ke bilik air amat sesuai dipakai baju ini saja. Pemakaian baju ini agak selesa dan bersantai saja. Jika dibasuh sangat mudah dan cepat kering. Jika disimpan dalam beg tidak mengambil ruang yang banyak. Semasa hendak pergi melontar bolehlah dipakai dibahagian dalam bagi menyejukan badan dan menyerap pelu...

Thursday, September 26, 2013

KAIN PELIKAT UNTUK LELAKI

Kain Pelikat 2 helai perlu dibawa semasa Masair adalah bagi kegunaan di Arafah dan Mina. Semasa di Arafah boleh dipakai dengan cara tidak disarungkan atau kain Pelikat tidak dicantum dan dipakai macam memakai Kain Ihram. Apabila Bakal Haji hendak ke Tandas pakaian Ihram di tukar kepada memakai kain pelikat supaya selesa untuk ke tandas dan kain Ihram tidak kotor. Semasa berehat menunggu Hari Wukuf bakal haji lelaki juga boleh memakai kain pelikat seperti yang dinyatakan di atas. Di Mina kain pelikat boleh digunakan untuk ke tandas atau dijadi kain basahan. Sehelai lagi di gunakan untuk solat jika telah  Tahlul Awa...

KAIN IHRAM LELAKI

Pada 8 ZulHijah Bakal Haji Lelaki akan memakai Pakaian Ihram iaitu kain putih yang tidak berjahit, tidak bercantum dan tidak disarungkan. Sebelum memakai pakaian Ihram perkara-perkara sunat hendaklah dilakukan. Apabila Bakal Haji ingin bergerak iaitu dalam Bangunan Penginapan atau dalam bas barulah berniat Haji. (Haji Tamattu' ) Pemakaian Pakaian Ihram dipakai dari mula berniat Haji sehingga lah setelah melakukan 2 dari tiga (Tahlul Awal )perkara berikut : Melontar Jamrah Kubra Bergunting atau bercukut Tawaf dan Saie Pemakaian ini dalam 3 hari ( 8 ZulHijah, 9 ZulHijah dan 10 ZulHijah ) bagi yang mampu bertahlul Awal selepas tengahmalam 10 Zulhijah) Semasa di Mina pada Hari Tasrik ( 11, 12 dan 13 Zuhijah ) kain Ihram bilehlah dijadikan...

Wednesday, September 25, 2013

PAKAIAN LELAKI UNTUK MASAIER

Bakal Haji lelaki yang akan ke Arafah dan Mina dicadangkan membawa perkara berikut: Pakaian 1.   2 helai kain Ihram selain yang dipakai. 2.   2 helai kain pelikat yang bercantum atau yang lepas tidak bercantum. 3.   2 helai Baju dalam berlengan pendek (cotten) 4.   Kasut kain tapak lembut. 5.   Sehelai Seluar panjang 6.   sehelai baju Melayu atau baju Pakistan. 7.   sehelai tuala besar 8.   Sehelai tuala kecil Alat  1.   Kole stainless steel 2.   Tali Nyalon 3.   Tikar kalau boleh jangan tikar plastik. 4.   Plastik sampah yang besar 5.   Pisau lipat 6.   Lampu Suluh 7.   Berus gigi 8.   Ubat Gigi 9.   Sabun 7.   Kebal sambungan Letrik 8.   Apa-apa Ubat yang diperlukan ...

PETUGAN PEMBIMBING IBADAT HAJI TANAH SUCI (PIHTAS)

Tabung Haji telah menyediakan seorang Pembimbing Wanita dan seorang Pembimbing Lelaki di setiap Zon (Madinah) dan Maktab ( Mekah) bagi membantu Jemaah Haji yang menghadapi masalah berkaitan Ibadat Haji dan Umrah. Jemaah Haji boleh membuat pertanyaan atau kepastian dari Pembimbing ini. Pembimbing akan memgadakan 6 kali Ceramah bagi setiap Kumpulan yang tiba di Mekah. Notis Pemberitahuan ditampal di Papan Kenyataan untuk memaklumkan Tarikh, Masa dan tempat Ceramah yang akan diadakan. Jemaah Haji hendaklah merebut Peluang untuk Menuntuk Ilmu di Tanah Haram kerana kelebihan menuntut Ilmu di Tanah Haram tinggi ganjarannya dari Allah s.w....

Monday, September 23, 2013

AIR ZAM-ZAM 10 LITER

Sesiapa yang berhajat Air Zamzam (botol 10 liter) bolehlah menyatakan alamat penuh dan no telefon ke alamat email mazlan59@gmail.com dengan upah RM120.00 penghantaran. Pesanan sehingga stok masih ada. Penghantaran terus ke alamat yang diberika...

PETUGAS KEBAJIKAN DI KAAIA JEDAH

Tabung Haji telah melantik Petugas Kebajikan di Lapangan Terbang Jedah. Tugas mereka adalah mengalu-alukan ketibaan Jemaah Haji. Membantu kelancaran pegerakaan dan urusan Jemaah Haji untuk melalui proses Ketibaan, Pemeriksaan Imegersin, Pengambilan Baggasi, Pemereksaan Kastam, Urusan menaiki bas untuk ke Mekah dan lain-lain Petugas Kebajikan juga akan membantu urusan pegerakan Jemaah Haji dari Terminal ke tempat menunggu bas dan mengaturkan tempat meletak beg mengikut nombor bas. Semasa menunggu bas Petugas Kebajikan akan mengedarkan makanan dan minuma...

Sunday, September 22, 2013

TEROWONG UNTUK KE TEMPAT MELONTAR

Bakal Haji yang berkhemah di Muaisim akan berjalan kaki 2.5 km - 3 km (5 km atau 6 km pergi/balik) pada 10, 11, 12 dan Zulhijah. Pada tahun ini Alhamdulillah kemudahan kepada mereka untuk pergi melonta diberi kemudahan untuk melalui Terowong yang lantai nya bergerak. Mereka yang tua dan tidak berdaya untuk berjalan jauh boleh menggunakan laluan ini. Ambil kesempatan untuk melakukan sendiri  melontar (Wajib Haji ) dengan sempurn...

Thursday, September 19, 2013

JEMAAH HAJI MASUK MEKKAH

Bermula 20 September 2013 bakal haji akan menaiki pesawat yang mendarat di Jedah dan menaiki bas ke Mekah. Berkaitan dengan memakai pakaian Ihram banyak pandangan dan cadangan bila masa hendak memakai pakaian Ihram. Masa Untuk memakai pakaian Ihram sebaiknya apabila hendak berniat Haji atau Umrah. Oleh itu ada yang mencadangkan untuk memakai pakaian Ihram di dalam kapalterbang.Ada yang bercadang untuk memakai pakaian Ihram apabila sampai di Kelana Jaya. Cadangan tersebut tidak menjadi kesalahan dan tidak dikenakan Dam.Tapi didalam Pesawat atau di Kelana Jaya tidak selesa kerana ada perkara-perkara SUNAT sebelum memakai Ihram memerlukan tempat yang sesuai. Jika bakal Haji memakai Pakaian Ihram di rumah adalah sangat selesa. Sebelum memakai Pakaian Ihram perkara SUNAT yang dilakukan ialah: Memotong...

Wednesday, September 18, 2013

PETUGAS PERONDA TABUNG HAJI

Tabung Haji telah melantik Petugas Peronda di Kawasan Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi bagi membantu Jemaah Haji. Petugas Peronda adalah salah satu Perkhidmatan yang disediakan bagi mempertingkatkan Lagi Perkhidmatan bagi Menyantuni DuuffurRahman. Bakal Haji yang perlu bantuan seperti menunjuk jalan untuk balik ke tempat penginapan bolehlah menghubungi mereka dikawasan sekeliling masjid Al Haram atau Masjidil Nabawi. Kebiasaan nya jika terdapat jemaah haji tidak dapat balik ke tempat penginapan, mereka akan dibawa ke Ibu Pejabat TH dan seterusnya akan dihubungi petugas Maktab (Makah ) atau Zon (Madinah ) untuk datang menjemput Jemaah Haji tersebu...

Tuesday, September 17, 2013

BEG SELENDANG

Beg Selendang akan di terima di Stesen Berlepas. Pastikan beg ini di tampal stiker bilik bagi menentukan bahawa beg ini adalah milik nama yan ditampalkan. Semua Bakal Haji Muassasah akan mendapat beg yang serupa. Bakal Haji boleh menandakan beg tersebut dengan tanda yang boleh dikenali dari jauh. Pasport (apabila diterima semasa melapor diri )Buku Rekod Rawatan, Buku Panduan dan Buku Doa hendaklah disimpan dalam beg ini. JANGAN simpan duit tunai dalam beg ini. Semasa solat jangan letakan beg ini di atas sejadah kerana dikuatiri akan diambil oleh orang yang tidak dikenali semasa solat. Apabila pergi ke Bilik Air jangan mengantungkan beg ini di pintu atau dibahagian atas kerana kemungkinan beg ini akan diambil oleh orang tanpa disedar...

BARANG YANG AKAN DITERIMA DI TEMPAT MELAPOR DIRI

Bakal Haji digalakan berada di Kelana Jaya 2 jam sebelum waktu Melapor Diri. Apabila sampai di Stesen Berlepas bakal Haji boleh lah mendapatkan barang-barang berikut: 1.   Lencana 2.   Stiker Bilik 3.   Tag Beg 4.   Gelang Pengenalan Haji jika Bakal Haji masih belum menerima melalui Pos Laju. Lencana adalah sebagai Pengenalan Bakal Haji di Arab Saudi. Bakal Haji hendaklah sentiasa memakainya. Lencana adalah sebagai mengganti Pasport kerana Pasport akan disimpan oleh Muassasah. Lencana ini juga sebagai pengenalan bagi urusan Pengeluaran Wang di Madinah dan Mekah. Stiker Bilik hendaklah di lekat di Beg Pakaian, Beg Selendang dan Beg 5 kg. JIka beg seperti di atas tercicir atau tertinggal pihak TH akan memulangkannya berpandukan...

Thursday, August 29, 2013

PERBEZAAN RUKUN DAN WAJIB HAJI/UMRAH.

Rukun Haji/Umrah ialah perkara yang mesti dilakukan.  Jika tertinggal salah atau tidak sah perlakuan salah satu Rukun, tergantung Haji atau tiada Haji dengan melakukan Dam Ihsar. Wajib Haji/Umrah adalah perkara yang Wajib dilakukan.  Jika tidak dapat melakukan salah satu maka perlu digantikan dengan Dam. Haji/Umrah sah...

Wednesday, August 28, 2013

LARANGAN DALAM IHRAM

Bakal haji apabila telah berniat Ihram Haji atau Umrah perlu menjaga diri dari melakukan 13 perkara berikut:   Pakaian ·         Memakai pakaian berjahit, bercantum dan disarungkan. (pada Lelaki saja) ·         Menutup kepala (pada lelaki saja) ·         Menutup muka (pada wanita saja) ·         Memakai sarung tangan Berhias ·         Memotong Kuku ·         Mencabut rambut atau bulu di badan. ·         Memakai Minyak di kepala, janggut dan semua bulu  muka selain yang tumbuh di pipi...

Tuesday, August 27, 2013

WAJIB HAJI DAN WAJIB UMRAH

Wajib Haji terbahagi kepada 6 : Berniat di Miqat Larangan dalam Ihram Bermabit di Mudzlifah Melontar di Jamrah Kubra Bermalam di Mina Melontar pada Hari Tasrik Wajib Umrah terbahagi kepada 2 : Berniat di Miqat Larangan dalam Ihram...

Monday, August 26, 2013

RUKUN HAJI DAN RUKUN UMRAH

Bakan Haji 1434 akan mula berangkat ke Tanah Suci pada 7 september 2013. Bagi Mengulang Kaji berkaitan Ibadat Haji dan Umrah di sini di nyatakan berkaitan Rukun Haji dan Umrah. Rukun Haji terbahagi kepada 6 : Niat Wukuf Tawaf Saie Bergunting atau Bercukur Tertib pada kebanyak Rukun. Rukun Umrah terbahagi kepada 5. Niat Tawaf Saie Bergunting atau Bercukur Tertib. Perbezaan Rukun Haji dan Rukun Umrah ialah pada Rukun Umrah tiada Wukuf . Pada Rukun Haji “Tertib pada kebanyak Rukun” tapi pada Rukun Umrah “Tertib” saja...

Monday, August 19, 2013

SERAHAN BARANG HADIAH BAKAL HAJI 1434

Bakal Haji 1434 yang berurusan dengan THWP akan mula menerima barang-barang hadiah dari Sahabat Koperat Tabung Haji pada 1 dan 8 September 2013. ( Hari Ahad). Surat menjemput bakal haji akan diposkan pada 22 Ogos 2013. Barang hadiah akan diserahkan kepada Bakal haji di tingkat 22 Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.  ( THWP) Semasa penyerahan barang hadiah bakal yang mengikuti Muassasah akan diberi beg Bimbit.  Bakal Haji Pakej atau Syarikat Swasta, beg akan diserahkan oleh Pakej atau Syarikat swasta. Bakal haji hendaklah datang untuk mengambil hadiah tersebut mengikut Tarikh dan masa yang ditetapkan dalam surat panggilan bagi melancarkan penyerahan barang hadiah...

Tuesday, August 6, 2013

SURAT JADUAL PENERBANGAN HAJI

Tabung Haji sedang mencetak dan menguruskan Surat Jadual Penerbangan (SJP)Haji 1434 secara berperingkat. TH Wilayah akan pos  SJP pada 7 Ogos 2013 kepada Bakal Haji. SJP adalah Surat yang memaklumkan kepada Bakal Haji Tarikh untuk Melapor Diri untuk ke Tanah Suci. Maklumat yang dinyatakan ialah No. Penerbangan pergi dan Balik. Tempoh berada di Tanah Suci. Tempat Melapor Diri. Tempat mendarat di Tanah Suci. TH Wilayah mengucapkan Selamat Berangkat ke Tanah Suci Semoga mendapat Haji Mabrur. Bakal Haji yang ingin mendapatkan SPJ sila hantar maklumat Spt. berikut di alamat email : phptdwil@lth.gov.my. Maklumat yang diperlukan untuk rujukan ialah Tajuk : Jadual Penerbangan, Nama dan No. Kad Pengenalan. Di Kesempatan ini juga Mengucapkan : SELAMAT HARI RAYA FITRAH SEMOGA ALLAH MENERIMA...

Tuesday, July 23, 2013

KURSUS PERDANA HAJI 1434

THWP sedang menguruskan pengeluaran surat panggilan Kursus Perdana Haji bagi bakal haji Wilayah Persekutuan KL , Putrajaya dan kawasan Ampang dan Batu Caves. Insya Allah pada 29 Julai 2013 surat akan diposkan kepada bakal haji. KPH akan di adakan pada 24 dan 25 Ogos 2013 di Dataran dan Masjid Putra, Putrajaya. KPH bermula 2.00 ptg 24 Ogos. hingga 12.00 pagi 25 Ogos 2013. Pemandangan Kawasan Masjid Putra, Putrajaya. Bakal haji yang menerima surat hendaklah menjawab kehadiran ke THWP dengan menghantar Slip kehadiran atau menjawab melalui email : phptdwil@lth.gov.my dengan mencatat: KPH, Nama, No IC dan hadir. Jawapan hendaklah dilakukan sebelum atau pada 13 Ogos 2013. Jawapan sangat diperlukan untuk menyediakan makanan secukupnya bagi peserta...

Saturday, July 20, 2013

PEMBESARAN MASJIDIL HARAM MEKAH

Peraturan Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan pengurangan Kuota kepada Semua Negara termasuk Malaysia sebanyak 20% dalam Musim Haji 1434 Hijrah kerana Pembesaran Masjidil Haram. Pengurangan Kouta 20% mungkin sehingga 1436 Hijrah. Oleh itu Bakal Haji Malaysia hendaklah dapat menerima Peraturan ini. Pembesaran Masjidil Haram adalah untuk keselesaan Jemaah untuk beribadah. Dijangkakan Masjidil Haram dan Pembinaan di Mekah akan siap 2020. Sehingga hari ini Pembinaan Tempat Tawaf Sementara sedang rancak berlaku. Tempat Tawaf Sementara sedang disambungkan di Bahagian Atas bagi memudahkan orang bertawaf. Pembinaan Masjidil Haram Sambungan ke Tempat Tawaf di bahagian Atas ...

Saturday, July 13, 2013

PAKAIAN LELAKI SEMASA DALAM IHRAM

Bakal Haji Lelaki yang telah berniat Ihram Haji atau Umrah dilarang memakai pakaian berjahit, bercantum dan bersarung. Pakaian yang boleh di pakai semasa dalam Ihram adalah seperti berikut : Pakaian Ihram yang dijahit tepi supaya benang kain tidak berjurai. Pakaian Ihram yang disambungkan kerana kain Ihram yang sedia ada kecil. Kain pelikat yang bercamtum tapi TIDAK disarungkan apabila memakainya. Larangan memakai Pakaian Ihram yang telah dijahit pada pinggang dengan getah supaya ianya melekat pada pinggang apabila memakainya, atau dikenakan pin atau butang tekan . Jika dalam keadaan TERLUPA memakai Pakaian Kain Pelikat dengan cara Bersarung, maka apabila teringat atau diingatkan orang hendak lah segera menanggalkanNYA. Tempoh segera...

Sunday, June 30, 2013

WANITA DALAM HAID YANG BELUM TAWAF UMRAH

Wanita yang melaksanakan cara Haji Tamattu' akan mengerjakan Umrah dahulu apabila masuk ke Mekah. Sebelum melakukan Tawaf Rukun Umrah , wanita kedatangan Haji dan menyebabkan tidak dapat disempurnakan Tawaf Umrah. Apabila masa sudah sampai waktu hendak ke Araah wanita tersebut belum lagi suci dar Haid.Wanita tersebut tidak perlu bimbang kerana mereka boleh menukarkan cara Haji Tamattu' ke Haji Qiran dengan berniat Haji. Dengan itu jadi lah Cara Qiran iaitu Umrah dan disekalikan Haji. Mereka hendaklah melaksanakan Dam Haji Qira...

BOLEH DILAKUKAN WANITA DALAM HAID SEMASA IBADAT HAJI

Wanita  dalam Haid semasa Ibadat Haji atau Umrah boleh melakukan perkara berikut: 1.     Mandi sunat Ihram 2.     Niat Ihram 3.     Bertalbiah 4.     Sai'e menurut syaratnya 5.     Wukuf di Arafah 6.     Mabit di Muzdalifah 7.     Melontar Jamrah 8.     Mabit di Mina 9.     Mengunting gambut ketika Tahall...

Wednesday, June 26, 2013

MAKLUMAT TARIKH DAN MASA UNTUK SERAH PASPORT

THWP telah mengeluarkan surat panggilan kepada Bakal (BH) Haji Wilayah Persekutuan, Batu Caves dan Ampang  untuk menyerahkan Pasport ( Jika hendak mengetahui maklumat tersebut sila maklumkan nama dan no KP dan majikan ke email : phptdbil@lth.gov.my ).  BH dikehendaki menyerahkan Pasport  Malaysia Antarabangsa sendiri, tidak boleh diwakilkan kepada orang lain bagi menyerahkan bagi pihak. BH Pemastautin (PR) hendaklah menyerahkan Pasport Negara Asal mereka berserta Surat Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah, Fotostat Kad Pengenalan dan fotostat Sijil Nikah ( Jika pergi suami Isteri ) Semasa berurusan dengan TH bagi urusan penyerahan Pasport sila bawa bersama 2 keping gambar Visa, Kad Pengenalan, Buku Rekod Rawatan Jemaah Haj (BRR). Apabila BH menyerahkan passport THWP...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Facebook Themes